Ahad, 16 Ogos 2015

Kisah Keguguran kali pertama - baby pertama

Semasa di wad
StOry mOry AjiE and Suami : laka laka, lucu, sodih dan redha (berakhir dengan Complete Abortion)

9 DEC 2014 : gi Klinik gemas (Doktor sah kan mengandung 6 minggu 5 hari,  nurse pulak cakap 7 minggu 3 hari) .

:Doktor  yang baik hati, terus scan, nampak kantung , komputer kecik, saya pun tak nampak sebenarnya. banyak kali doktor ni ucap tahniah, tahniah. Suami pun senyum jer. Sejak dari hari itu mulalah hidup terasa "happy", bakal nak jadi emak dan ayah lah kan, kena lah matang. Setiap kali suami pergi kerja, dia akan cakap. "Bye baby." Ok tamat bab ini.

10 DEC 2014 : Buat buku merah, Daftar dekat kaunter, lepastu jumpa dengan nurse lak. Berjam-jam lamanya tunggu punya tunggu, Akhirnya. azie....... oke saya pun mengajak suami. Suami kena tunggu luar. Da amek selesai sesi soal jawab, amek darah,Urine Pregnant Test, di bagi vitamin B, Vitamin c, Acid folic dan iron tablet. Dah boleh balik. Pada hari juga, Suami juga kena ambil darah. Nurse pesan nanti pergi cek gigi dan 13. 01. 2015 datang lagi.




Ni lah buku merah. Due date tercatat
30.07.2015
11 DEC 2014 : Berhenti kerja sebagai kerani buat kali kedua.  Mungkin tak ada rezeki, sejak kerja situ. Hari-hari batuk, dengan rela hati berhenti kerja. 


12 DEC 2014 : Mula jadi SRT (Suri rumah tangga) . Masa ni sangat-sangat pemalas, kerja tidur, makan malas, kalau lapar sangat makan buah, jajan dan maggi. Ayam ikan dalam peti sejuk tak berusik. 
(Benda macam ini tidak patut dilakukan)


09 JAN 2015 : Pergi klinik gemas untuk cek gigi. 09 MARCH 2015 untuk tampal dan cuci gigi. Trismeter pertama tidak di galakkan rawat gigi.

12 JAN 2015 : Tiba-tiba jadi rajin, selera makan menjadi-jadi, saya pun kemas rumah. Baru tadah air mesin basuh, lipat baju, kemas buku-buku bacaan, angkat baju. Tiba-tiba ada rasa lendir keluar, saya tengok.. DARAH!!!  Terus telefon suami, Abang keluar darah. cepat-cepat saya baring, takut kang jadi apa-apa. Suami bagi salam dengan cemas, Sayang buka pintu, abang balik. Terus suami ajak pergi klinik.


Scan kantung kosong
                                                       (12 JAN 2015 : PETANG KAT KLINIK)  Jumpa nurse. Kenapa tak pergi hospital terus? tapi tak pe, kita cek dulu. Gi buat UPT (urine pregnant test), Catat dekat kertas tu, tiada di dalam rumah. Tunggu doktor pulak, Saya pesakit terakhir, klinik pun tutup. Tunggu punya tunggu, kena marah. geram jer? Lepas ni kalau keluar darah walaupun setitik. Terus pergi hospital. Jangan pergi Klinik.  Masa scan Terkejut, nampak kantung je, baby tak nampak. BLIGHT OVUM. Doktor tu suruh datang selepas 2 minggu. Dia cakap mana lah tahu baby akan membesar.

So balik rumah, pada mulanya tak dapat terima kenyataan. Suami di persalahkan. Pelik mana baby tu pergi. Rasa sedih tak keruan. Mula tercari-cari apa permasalahan yang dihadapi di google. Tak lama kemudian tenangkan fikiran dan rehatkan otak.


12 JAN 2015  (DI HOSPITAL)
Lepas balik dari klinik, rehatkan diri dan suami pun dah pergi kerja semula. Jam 10 malam, Saya tengok ada darah lagi. Cepat-cepat telefon suami, Ada darah lagi. Suami pun balik terus bawa pergi hospital segamat. Mula-mula daftar, lepastu cek tekanan darah dan terus dibawa masuk ke wad kecemasan. Dia suruh baring dekat katil tu, tertidur-tidur lah kat atas katil tu. Selepas beberapa jam, tangan kena cucuk dan nurse ambil darah, dan di beri bekas suruh kencing untuk upt lagi. Tak lama kemudian, 2 orang jururawat datang untuk cek laluan dan scan.  Terpapar di screen komputer, kantung kosong juga, tetapi kali ini nampak lebih jelas. Saya di tolak guna wheelchair ke labour room dan doktor suruh datang klinik pakar 2 minggu lagi. Pada 26.01.2015.



speculum sumber google
Benda ni lah di guna pakai untuk cek laluan, terpaksa.

13 JAN 2015 Sehingga 18 JAN 2015
Setiap hari darah turun, warah merah coklat. Kali ini darah turun siket demi sedikit. Rasa mula tidak sedapa hati, dan tercari-cari apa puncanya di google. Apa benda tu BLIGHT OVUM dan MISS MISCARAGE ?? Berpandukan pegalaman orang lain dari blog-blog yang saya baca, banyak berakhir D & C atau nama lain cuci. Kini saya redha dan gembirakan harti sendiri. Malas nak ingat, bila duduk terfikir terasa kesedihan.

19 JAN 2015
Seawal jam 8 pagi, saya pergi ke tanda nak buang air kecil. Pada masa itu, saya sangat-sangatlah terkejut, seketul darah berupa hati ayam keluar. Masa tu fikir nak pergi hospital segamat  26.01.2015 di klinik pakar, buat biasa je lah macam tiada apa yang berlaku. Jam 6 petang siap pergi KFc. Tapi tak lalu nak makan, Bungkus jelah.  Dari sejak keluar ketul darah, darah mengalir tidak berhenti. Terasa sakit-sakit sangat. Saya dah mula rasa lain macam, Saya siap pesan pada suami. " Abang nanti kalau orang masuk hospital, bawak baju tu ni dan sebagainya. Jam 10 malam,  Terasa sakit sangat-sangat, Seluruh badan rasa sakit, dari leher sampai ke kaki sakit. saya sempat post dekat facebook. Sahaja gedik nak berfacebook supaya boleh rujuk balik jam berapa kejadian berlaku. Jam 11 malam Sakit bertambah teruk, kali ni memang dah tak boleh berfacebook lagi. Pergi ke tandas tengok pad dah penuh darah tak berhenti. Lepas basuh tidur, tak sampai satu jam pad penuh darah, bangun lagi baring lagi. Suami ajak pergi hospital, saya cakap tak payah lah sebab boleh tahan lagi. Suami pun tertido.

20 JAN 2015
Jam 1 pagi, semasa saya pergi ke tandas, meleleh-leleh darah, kali ni tak putus darah keluar, sampai menitik ke lantai. Saya menangis-nangis kerana sakit rasa nak mampus. Jadi suami kemas-kemas nak pergi hospital. Suami dokong saya masuk dalam kereta, Pasal nak jalan pun dah tidak terdaya. Semasa dalam perjalanan ke hospital segamat. Saya doa-doa supaya di permudahkan segala urusan, supaya kurang sakit. Semasa dalam perjalanan terdengar lah pulak lagu fynn jamal dekat radio, saya siap layan. Best jugak lagu ni kan, saya bersuara. Saya suruh suami kuatkan radio tu, si suami yang tengah memandu, tetiba tekan lagu lain pulak. Lagu nya menyakitkan otak saya, naik pecah mental. Dah suruh perlahankan radio, dikuatkan pulak. Menjerit lah secara tiba kegeraman. Hahaha suami tu sebenarnya tengah mamai. Dalam masa yang sama, Dekat tangan saya tak lepas lotion mustajab dherb, Sapu tempat sakit, untuk mengurangkan rasa sakit yang teramat sangat.

20 JAN 2015 (HOSPITAL SEGAMAT, bilik kecemasan)
Jam 3 pagi kot, Sampai di Hospital segamat, Terus cek tekanan darah dan tembak telinga, haha nak tahu demam ke tidak. Terus di bawa masuk dalam bilik kecemasan, Baring atas katil, kena cocok tangan ambil darah dan terlekat lagi tempat saluran air dan darah dekat tangan. Di beri bekas lagi dan buang air kecil di dalam bekas tersebut. Tukar kain hospital, dan scan rahim. Tengok pada screen kantung dah tidak ada. Mulalah adegan macam nak terberanak. Terkangkan lah, di masukkan lagi speculum atau muncung itik tu, Suruh buat-buat batuk, 3 kali batu, BLurrrrpppppp keluar kantung dan di ikuti darah darah ketul semacam hati ayam. Masa keluar tu, Rasa lega sangat, cakap dekat doktor tu. Lega nya rasa, kurang sakit. Penuh darah melimpah dekat kain, katil pun berdarah. Kena msukkan air dalam badan dan am darah ke apa. saya tak tahu.

20 JAN 2015 (wad bersalin) Pagi yang sejuk
Jam 5.20 pagi, Saya di tolak masuk ke wad bersalin. Masa itu ada seorang pesakit tengah kusyuk tidur, Jadinya suami boleh tolong dan teman kan saya. Tangan pun ada botol air, yang orang tolak saya berhentikan air yang masuk kat dalam badan tu. Saya fikir saya dah sihat, semangat berjalan dan cakap nak kencing la, saya ajak suami pergi tandas, nurse pun tak kisah. Siap bagi baju suruh tukar. Suami tolong pegangkan botol air tu, tengah nak buang air kecil tu. Blurrpppppp Sekali lagi. Darah tu keluar depan mata suami aku macam hati ayam, lonjong pun ada. Suami panggil nurse, nurse cakap kalau pecah itu semua darah, katanya tadi dah keluar kan kantung? Oh maknanya semua darah beku lah. Da siap saya bersihkan tandas, Mula la tukar baju hospital, Kali ni kain saya tidak pandai pakai, pasalnya tangan sakit sebelah tempat masuk air. Suami saya tolong pakaikan macam orang jantan pakai kain pelekat. Ya Allah, Lama sangat berdiri nak tunggu suami ikatkan kain. Sampai pitam di buatnya, Suami pangil nurse, nurse tak berapa dengar. Dia ambil wheelchair dan tolak saya ke katil.. 
 
Tidur sebentar, Nurse kejot suruh bangun, nak pergi Labour room , Cek lah atas bawah macam biasa, tengok pada screen. Setiap beberapa jam ada sahaja jururawat pam tangan dan tanya ada darah lagi tak? Tiba malam Tak nyenyak malam tu tidur, rasa macam dah sihat sedikit. h Beborak lah dengan pesakit lain. Duduk sebelah katil dengan makcik ni, haha kita ni pertama kali masuk hospital, tak da nya nak bawak bekalan apa-apa. Makcik ni pelawa makan, minum. saya dan sorang lagi pun makan, minum lah. Semoga macik di permudahkan rezeki.

21 JAN 2015 DI HOSPITAL
Pagi lepas makan, doktor pakar roun dari katil ke katil, saya pergi mandi. Orang lain dah selesai mandi, kol 8 baru lah sibuk nak mandi. Konon nak buat macam rumah. Tengah mandi, nurse ketok pintu bilik air, dia suruh cepat siket, mahu tak gelabah kau jah. Cepat-cepat mandi, tiba di katil. Doktor pakar tanya ada darah tak? saya cakap tak ada. Cek jalan dah tertutup. COMPLETE MISCARAGAE, so boleh balik hari ini. Doktor pakar pesan, jangan mengandung sebelum 3 bulan, sebab risiko gugur akan bertambah teruk.


Hari ini 16 / 8 / 2015 . Belum ada rezeki lagi dan belum ada tanda-tanda untuk menjadi seorang ibu.redha sabar tabah menghadapi dugaan. Ada Hikmah di sebaliknya.
Di ingatkan, sekiranya mengandung, ada pendarahan tak kira lah banyak ke siket, cepat-cepat pergi ke hospital. Nyawa baby mungkin boleh di selamatkan, sebab nya ada gak tengok  pesakit ni bleeding juga,tetapi baby nya dapat di selamatkan. Alhamdulillah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BUANG ADIK AKAK DALAM HIDUP AKU

  lebih 10 bulan..Hati aku sentiassa sakit......Memang raya pon aku takde hati nak raya..Memang cuti pon aku tak de hati nak cuti.... SAKIT ...