Selasa, 20 Disember 2022

DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA

 DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA

- 21 DECEMBER 2022 -

1.    Hidup ni , nak cakap lebih-lebih, akan di salah erti.

Begitulah kehidupan. 

Ada baik nya diam seribu bahasa. 

Daripada terlebih berkata-kata.

Apa yang perlu di sampaikan telah di sampaikan,

Anda mahu terima atau tidak, 

Terpulang. 

Hidup ini ada peraturan,

Jika tidak ikut peraturan, 

maka hadapilah hidup yang tidak mahukan peraturan. 

Hidup yang tidak mahukan peraturan, 

Bakal menyusahkan Hidup diri sendiri dan orang berhampiran.

Apa yang di buat pada hari ini, 

akan memberi kesan pada masa akan datang. 

Hidup tanpa ilmu,

ibarat hidup dalam kepompong kegelapan.

Tambahkan Pengetahuan tentang Dunia dan Akhirat.

Dan hidup yang sementara

untuk menggapai Akhirat. 

Kerana kehidupan ini bukanlah hanya di dunia semata-mata. 

Kehidupan selepas kematian adalah menuju Alam Akhirat. 

Alam Akhirat itu benar. 

Semoga kehidupan di dunia yang sementara ini

bakal memberi ketenangan dan kemenangan di Alam Akhirat.

* Hargai masa-masa yang ada dengan mengisi dan mempelajari sesuatu yang bermanfaat *

2.    Kita tidak berhak untuk membenci orang atau tidak berhak untuk tidak suka kepada orang, tetapi perasaan itu itu hadir kerana itu adalah sebuah perasaan. 

3.    Dalam hidup ini, kita tidak perlulah ada satu perasaan yang boleh  menyimpan dendam dengan orang. Kerana ia hanya akan membuang masa dan sekiranya ada dendam itu hanyalah akan merosakkan sebuah kehidupan. Sucikan hati kita dengan perkara yang baik-baik seperti zikir-zikir dan simpanlah ketenangan yang mengembirakan hati sendiri. 


Sabtu, 26 November 2022

Adol Cakap Sedihnya...

 Oke ni sahaja sahaja jela nak menaip hari ni, setelah sekian lama aku tak merepek di blog. 

Beberapa hari lepas.

Adol : Mama nak air milo.

Aku : Air jarang jelah adol.

Adol : Sedihnyaaa.... 


Hahahahaa itu jela,

Ahad, 6 November 2022

Hari Ke - 2 buat kerja-kerja Pembinaan kecil.. RUANGAN NIAGA MUP ON PROGRESS 7.11.2022

Hari Ke - 2 buat kerja-kerja Pembinaan kecil..
RUANGAN NIAGA MUP ON PROGRESS 7.11.2022

Buat kerja sambil belajar...
Mujur jumpa dengan org tak kedekot ILmu..
Rezeki..
Setelah lebih beberapa org tanya Dan lawat tapak rumah Dan beri sebut harga "Ada yang mengatakan Kos lebih 22k siap semua." Dan ada juga yg Mulanya beritahu 4K finding je tanpa bumbung bila da dtg lagi sekali jadi 8K pulak". ada yang cakap sambung dapur kecik "4K", Ada yang nak repair sahaja kedai stor depan rumah sampai 8K" Dan ada yang cakap bin sahaja 3K siap dalam masa 2 hari. ..
Akhirnya panggil acik ni, Beli barang sendiri sahaja survey tempat harga paling rendah Dan Bayar Upah harian sahaja.. Disebabkan boleh Runding.. Ikotkan upah 300 sehari, Tapi inci Sumi cakap..Biar dia yang tolong acik ni sambil belajar.. Kos upah hanya 150 sahaja 1 hari..
Jimat sudah Kos upah, boleh lah beli barg lain..
NEXT Tak dapat cuti panjang dah..Dan slow slow kayuh dalam proses yang bakal di lalui pada masa akan datang.
Maybe lama gak nak siap.. Sebab modai banyak da abes tempat lainπŸ˜‚ Nanti akan usaha kan cari modai lagi.. Mudahan Akan terjadi ruangan MUP dengan sejuk mata memandang....
Buat masa ni ruang tamu rumah..Penuh dengan machine.. Jadi ruang tamu rumah pon tak de.. Akan dtg kalau da siap ur... baru lah ada ruang tamu.. Begitulah kehidupan..
Melalui satu satu fasa.. Dahulu dah dapat kedai majlis gemas, tapi tak jadi sewa, pindah pula Melaka.. Dahulu bengang .. Kenapa lah kena pindah melaka mengejot..
Setiap apa yang BERLAKU pasti ada hikmahnya... Apa yg Penting..Buat tanpa memberi Alasan..
Apa apa pun, Kena ada Matlamat.
isi masa masa yang ada, dengan perkara-perkara yang berfaedah...
Maju akan tiba, jika ada usaha. Cepat atau lambat..Serahkan pada Yang Maha Esa.
JUST DO IT.
SENANG TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK, TANPA ADA NYA PENGORBANAN...
KORBAN KAN MASA MASA MU PADA HARI INI.
Hidup tanpa hala tuju, ibarat Hidup sepΓ©rti kera di hutan...

#SemogaHabisHutangDiduniaDanAkhirat



 

Khamis, 27 Oktober 2022

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

 Cerita hari ni. Lepas abes kelas tajwid.

Aku sembang sembang lah,
Akupon cakap lah aku ni dah tak semangat nak niaga.. Aku nak robohkan aje kedai kecik depan umah tu.. Aku serabot kadang bila aku da semangat nak niaga, gadoh pula dengan laki, berbeza pendapat Dan aku stress jugak nak hadap mesen waktu Rosak. Kadang aku terpikir nak tukar bidang..
Aku pon cakap lah, aku tak nak dah buat printing..Aku nak tanam pokok pulak..Hahahahaha
Lepastu acik tu cakap kau tanam pokok..lagi lah susah . Kena makan ulat. Cuaca lagi..
Aku renungkan betul juga tu...
Pokok depan umah pon aku kadang malas nak siram..hahahaha
Memandang kan acik ni pon org bisnes aku mintak tips ... Dan dia bagi beberapa tips .. kursus. Production. Marketing. ledger /akaun .. siap lah last Kali kene daftar lhdn bayar zakat semua..Sikap .. Kalau ada pekerja kena tegas. oke aku pon dah dengar nasihat Dan Aku sebenarnya nak semangat aku balik... Sebab semangat aku ni hilang entah kemana .Rasa macam da malas sungguh nak niaga.
Tadi Aku dapat pesanan.
Jaga solat, ngaji hari hari. Dan Jaga hubungan Dengan Allah dengan Mak bapak tiap bulan tu sedekah... Serahkan semua pada Allah..
Yela tu, kadang punca serabot ni. Daripada tak jaga hubungan dengan Allah. Solat akhir waktu, kadang tak solat. huhu Berani betul jadi manusia sebegitu ek. Sok dah mati baru nak menyesal.
Ok dah ,
Tengah aku anto acik ni balik..
Acik ni pon cakap.. Hari hari buat sedekah subuh.. Aku cakap sebelum ni aku pernah buat..sekali je ..waktu puasa.. Lepastu tak buat dah.. Dah acik tu cakap..eh buat lah.. Mana boleh puasa je buat... Masukkan dalam tabung.. lepas tu bagi lah org susah.. Atau bubuh dekat masjid surau..
Aku cakap.baik Acik.
DAH sampai umah acik tu..Aku pon cakap lagi..Aku tak tahu sama ada aku nak pergi kursus tani tu ke x.. dah lah pompuan tak banyak.. laki je yg pegi situ banyak...Dan Sebab anak aku pon rombongan minggu depan.. Sama tarikh..
Acik tu cakap..Tak yah lah kursus tu
. Ko pegi je buat photostat ko tu .oke dah tu.. πŸ€£πŸ˜‚
Aku jadi confuse ..Dan aku pon ikot jelah Apa yang Allah tetapkan... Apa yang akan terjadi..Aku akan serahkan pada Allah..
Kisah dia... Semangat aku ni hilang Dari 18.10.2022 ..Ni semua gara gara Dari samsol lah ni.. Kalau dia tak buat aku..Takda lah aku jadi sebegini... Hilang deria aku nak niaga lagi.. Rasa macam tak de Guna hidup kat muka bumi..bahahahha
Allah temukan dengan Acik 2 orang ni.. Ada hikmahnya..Aku beserah sahaja pada Allah..
Aku da cakap.. Kalau Umor 40 tak jadi apa..emm tak tau lah..
Acik tu cakap.. Baru umor 31.. laki umor bape..aku cakap Umor 33.. .
Matlamat aku Dan samsol sama ..Nak niaga..Tapi selalu yg buat aku down.. Adalah punca bergaduhπŸ€£πŸ€£πŸ€£πŸ˜‚ Modal dah beriban riban.. kang gadoh lagi.. Cam lahanat..
Tu aku cakap dengan Acik tu.. Insaf kejap saya.. pastu acik lagi sorang cakap.. ko jangan kejap je Insaf..hahahhaa πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Baiklah Acik.. Balik pada Allah..Serahkan segalanya pada Allah..Jaga Allah..Allah akan jaga kita.
SEKIAN DARI BUDAK DEGIL.. KEPALA BATU...
SETIAP APA YANG BERLAKU . PASTI ADA HIKMAHNYA..
MOHON DI TEMUKAN DENGAN ORG ORANG YANG BAWAK BALIK KE PANGKAL JALAN..

Rabu, 26 Oktober 2022

TERSANGAT LAH PANTAS MASA BERLALU. PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI.

 Sejak 18 Oct Aku da mogok dalam melakukan hal hal Berkaitan dengan PC..

πŸ˜‚πŸ˜ harini dah 27 Oct 2022.
TERSANGAT LAH PANTAS MASA BERLALU...
Tak puas Hidup . Macam baru Haritu aku umor 18. pejam celik pejam celik..Eh dah 31 Tahun ...
Zaman muda mudi fikir keseronokan tanpa memikirkan hal-hal yang mensesakkan Akal Fikiran.
Kesana kemari kesitu,
kalau masa boleh di putar.. Aku nak Duduk dekat Umur 18 je..hahahha ..
tapi apa kan Daya .. Waktu Dan masa begerak PANTAS..
Lalui dengan tenang.. Lakukan apa yang hendak dilakukan .
Kerana Waktu tidak akan terhenti..
yang tehenti adalah Nyawa yg bakal di cabut. Dan Malaikat maut datang mendekat.
OKE NYANYI LAH ---->
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
............................................................................................................................
Nak tak nak? lepas Mati..Berpindahlah ke Alam kubur ... alam Akhirat... Masih panjang nak lalui kehidupan selepas hidup di dunia.
Sediakan bekalan,
Istiqamah dalam menjadi sebuah kehidupan.
Nikmati kehidupan dengan melakukan aktivit Aktiviti yang bermanfaat.
kerana apabila sudah pergi.. Hanya tinggal Nama Dan Cerita yang telah di lakonkan di pentas Dunia...
cari sebanyaj Mungkin kenalan kenalan yang berpontensi.. Mudah Mudahan Selamat Di Akhirat kelak..
hidup di Dunia Hanyalah Sekejap sahaja...Dunia yang tidak kekal ..Dan Akhirat lah tempat yang kekal..
elakkan diri Dari menyombong diri..
Elakkan Dari berbangga diri...
Kerana Apa yang kita ada pada hari ni..
Hanyalah pinjaman Dari Yang Maha Esa..
BERSYUKURLAH...
Hari hari sentiasa perbaiki diri, kerana semua org pun hanya lah pendosa. Memandang kesilapan diri Dan baik diri sendiri..Tidak perlu memandang Dan mencari kesilapan orang lain untuk memuaskan hati sendiri...
1 hari di Tunjuk pada orang..4 hari akan berbalik pada diri sendiri... Semoga Semua orang dalam keadaan baik, sabar , tabah menghadapi ujian yang sedang di hadapi...
Kehidupan adalah sebuah perjalanan.. Jalani lah selagi Masih bernafas...
Tatkala Nafas sudah terhenti, berpindah lah ke Alam yang lain..
sekian Terima kasih...
PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI.

Selasa, 25 Oktober 2022

Menoleh ke belakang beberapa jam

 Hidup ni terkadang perlu menoleh ke belakang beberapa jam, kerana selepas menoleh ke belakang. Ia akan memperingatkan liku-liku permulaan kenali perniagaan yang telah di jalani.

Tarikh mulai jual tisu, Pada 2 Febuary 2014, Cermat tertib penulisan permulaan yang di buat. HAHAHA Entah sejak bila becelaru.
Permulaan itu adalah sebenarnya perangai. Kekalkan yang tertib, Kecelaruan yang berlalu jangan diulangi lagi, kerana jika di ulangi , ia akan bertambah menjadi haru biru.




SMILE ALWAYS WAJAH TAK DIMAMAH USIA

 Aku nengok makcik makcik umor 50 tahun, muda nya muka. Anak semua 30 an ke atas.

Menjadi sumber inpirasi gak ur, Nak senyum senyum , lepas senyum senyum. HAHAHAHHA.
SMILE ALWAYS.
POSITIF SELALU.
TENANG TENANG AIR DI LAUT,
TENANG LAGI AIR DI SUNGAI.
EH #TIBERRR !!!!!!!!
Mood beTegur sapa dengan org org. HAR HAR HAR ~ ^______________^' ~
Korang pun, jangan lupa SMILE ALWAYSS.
GELAK GELAK SELALU.
BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI.
KERANA BAHAGIA ENGKAU,
BUKAN PADA AKU. HAHAHAHA

NGAJI TEMPAT BARU

 NGAJI TEMPAT BARU

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Oke hari ni aku tegerak nak pergi surau di taman aku duduk, Oke abes je Ngaji 6 orang di situ, 

Jam 10.30 Pergi sambung ngaji ke rumah Ustazah. 

Selesai sudah ngaji iqra 2 pada harini. 

......................................................................................................................................................................

Yang tak best nya, baru hari pertama aku ngaji. Aku telah dapat berita yang ustazah ni akan pindah bulan 12 / 1 ni, Fuhh jadi nya kena lah aku rajin pergi ngaji. Sementara ustazah ni ada dekat dalam taman ni. Dekat je dengan rumah aku,  kalau jalan kaki tu,  1 minit sampai, Naik moto tu  30 saat sampai. Hah gitulah dia, kemain dekat lagi rumah ustazah ni. 

Tapi nak buat macam mana kan, Dah hujung bulan 10, baru tahu yang ada ustazah dalam taman aku duduk ni. 

Semua pon sudah di takdirkan. Begitulah hendak nya. 

Mudahan dapat ilmu yang bermanfaat. 

Jadi setiap selasa Jam 9 Sampai pukul 11 Pagi akan ada kelas ngaji di surau. 

Manakala hari lain, kalau nak ngaji. Boleh lah datang rumah ustazah tersebut. 

Sekian sahaja nukilan aku pada hari ni.. 

Mudahan akan berjaya di dunia dan Akhirat. 

Menjadi manusia yang bertakwa, manusia yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Aminnnnnnnnnnnnnnnn . 


#aJieBakhil

Sabtu, 15 Oktober 2022

Hidup ini adalah proses belajar.

Beberapa hari lepas, aku agak rushing dengan 7 Pelangan bill book,

Selesai semua dah dapat item masing masing.
Minggu ni 3 kali aku kecot perot, Sebab persoalan pelangan. Membuat aku sedia hadapi segala yang terjadi.
Kisah 1 dan kisah 2 dan kisah ke 3. Dah lama customer tak komplen, Jadi bila terima komplen aku akan amek tindakan.
Yang pertama bukan salah aku, Sebab customer tak cek size betul betul. Jadi takpa aku cuba bantu dengan membuat 1 size yang baru.
Yang kedua, Pelangan amek gambar buku bill 10 buku itu, dan bertanya mana no. tu, Jadi aku pon mengambil sedikit masa dalam beberapa minit, meneliti di manakah silapnya, Ketika aku membuka pc, aku cek semula, aku sudah print out semula. Dan aku teliti lebih lagi di manakah silapnya?? Kerana pelangan telah menerima sebanyak 10 buku, Tetapi setelah aku teliti dan teliti. Maka terjawablah ada muka depan Yang tersilap , double No. Salah diri sendiri, memang salah aku, tak cek 1 No. silap , Mujur lah dapat pelangan yang oke.Tersalah No. sahaja di kulit depan. Dan pelangan mengatakan tidak apa, boleh tulis guna tangan muka depan tersebut. Sebelum itu aku menawarkan, sekiranya hendak betulkan , boleh aku betulkan kesilapan itu....
Alhamdulillah dapat pelangan yang baik hati, ia memudahkan urusan pada hari ini.
Yang Ketiga, Memang salah pelangan sebab dah confirmkan. Jadi aku pon print out. Sesudah sampai pelangan pon mesej bertanya, kemanakah No. Sebab pelangan dan confirm, jadi aku follow sahaja. Memang ingat pelangan taknak no. Jadi pengajaran lepas ni confirmkan betul betul. Nak No. atau taknak. Oleh sebab ada budi bahasa, Aku mencadangkan pelangan Guna stiker No1 sehingga 250 sebanyak 500PCS. Aku pon print out dan memberi Penghantaran percuma. Walaupun aku sebagai seller tak salah. Tapi atas budi pekerti, aku akan selesaikan masalah pelangan.
Komplen itu sangat penting, untuk memperbaiki perkhidmatan pada hari akan datang.
dalam kehidupan ni, kita akan melalui hidup dan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Apa apa pun terima kasih kerana sudi menjadi pelangan MUP.
-----------------------------------------------------------------------
Itulah Pelajaran yang aku dapat belajar pada minggu ini, sebab itu kena betul-betul teliti. Kalau tak teliti. Untung rugi kena hadapi.
Bagi aku pula, aku meniaga bukan lah semata mata nak keuntungan, lebih kepada aku mengisi masa masa hidup aku dan membantu mereka yang memerlukan.
-------------------------------------------------------------------
Itu yang dapat customer ,baik.
Sebelum ni dalam tahun lepas aku dapat 2 orang pelangan yang agak tak boleh berbincang.
Aku terlupa buat ------------------- 2 helai, padahal tarik itu percuma, Oleh kerana nak menjaga hati pelangan aku memulangkan duit kepada 2 orang ini, dan aku terus blok. HAHAHAHHA..........................................................................................................
Itu lah sedikit kisah aku dalam menjalani perniagaan di atas talian,
Ia adalah satu proses, kalau aku menyerah kalah dari aku mengenali sebuah perjalanan meniaga ini.
Maka berakhirlah kisah MUP SOLUTION, Tapi aku terus kan juga, belajar dari kesilapan.
Banyak benda silap, tapi terus perbaiki dari hari ke hari.
Kerana hidup ini adalah proses belajar.
-------------------------------------------------------------------







Jumaat, 14 Oktober 2022

UCAPAN KAHWIN KE - 8 , 2022

 TAJUK : UCAPAN KAHWIN KE - 8 , 2022

Gambar Baju Oren Tu Tahun pertama kawen,
baju biru tu Tahun ke 8 Kawen..(bulan 5)
Okee gambar bersama omey Umar Printing tu baru je amek Oct 2022...
Hahahahahahahhaa
Aku tak tahu nak gelak ke .. Nak Cakap apa ke.. Oke Haritu Bulan 5, Haritu ..Aku mood memang tak de ucapan nak bagi...Hidup dengan penuh serabot..
Oke Ni dah bulan 10.. Aku saje nak bagi ucapan... Memandang otak boleh berfikiran dengan waras..oke aku sambung dengan celoteh..Ucapan Sempena bulan depan aku 31 Tahun...Okeee.. Dan Sempena aku Add friend semula pada hari ni.. 14 Oct 2022, Setelah sekian lama bertahun lamanya aku blok laki sendiri. baru hari ni dapat jadi kawan di muka buku semula.
....
Dimulakan dengan,
Bismillahirahmannirrahim, Assalamualaikum Dan salam sejahtera,
Selamat Ulang Tahun Kawen yg ke 8, Dah berapa tahun ni memang banyak stress.. Tahun 2020 Dan 2021 Paling stress ..Hahahhaa...
Tahun 2022 ni oke ..dah boleh kawal stress...
Semoga Aku Dan Shamsul Rizal Berjaya Dunia Akhirat..
1. Berkekalan hingga ke Akhirat...
2. Semoga Berjaya Dunia Akhirat..
3. Semoga Bahagia Dunia Akhirat..
4. Semoga habis hutang Dunia Dan Akhirat..
5. Semoga Banyak ingat Selalu Mak bapak dengan berdoa atau membantu Tatkala Mampu.
6. Semoga lebih matang dalam menjadi laki Dan bini...
7. Semoga jaga mulot jangan celupar sangat... 8. semoga Dapat pahala banyak dalam melalui kehidupan...
9. semoga biz MUP berkembang baik.. .
semoga mendapat rezeki Yang barakah
10. Semoga menjadi Mak bapak yang baik kepada adol omey.
11. semoga jadi suami isteri yang baik menjalankan tugas tugas..Semoga jaga mata jaga hati..
semoga setia sehingga Akhir Hayat.
Semoga Mentaati perintah Allah..
12. Semoga Dapat istiqamah Belajar Dan terus belajar arah kebaikan Sehingga Akhir Hayat.
Semoga selalu menyenangkan hati sesama manusia.
13. sentiasa memaafkan kesalahan yang tak sengaja atau disengaja.
14. Semoga Menjadi insan Yang berguna pada masyarakat.
15. Semoga Memahami anta satu sama yang lain.
16. Semoga Ada masa bersama Keluarga Tercinta.
17. Semoga bertambah Rajin dalam hidup
18. Semoga Isi masa Lapang dengan perkara perkara yang baik.
19. Semoga Dapat kurangkan bergaduh di usia Tua..Hahahhahahahaa
20. Semoga Menyenangkan hati selalu..
21. SEMOGA jujur selalu..Tak jujur Allah nampak.. Petir memancar tatkala hujan
22. Semoga sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.
23. Semoga Sentiasa Besyukur dengan apa yang ada.
24. Semoga menjadi manusia yang memberi manfaat.
25. Semoga tenang-tenang selalu.
26. Semoga bekerja dengan sebaik-baik kerja. Jangan mengulau waktu kerja.
27. Semoga saling mempercayai antara satu sama lain
28. Semoga berfikiran positif dalam hidup
29. Semoga menjadi manusia yang baik
30. Semoga tidak suka mengungkit dalam segala hal
31. Semoga Perbaiki diri dari hari ke hari sehingga Ajal datang menjemput. Kerana hidup ini terlalu singkat. Jadi gunakan masa yang ada sebaik-baiknya.
Itu sahaja ucapan sempena Nak capaikan Umor 31 tu pada bulan hadapan......okeeeeeeeee
papeponnnn .......
SELAMAT PENGANTIN LAMA.....
SAMSOL DEKOT DAN AJI BAKHIL..
🀫🀫🀫🀫🀫🀫🀫🀫🀫🀫🀫🀫🀫πŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ™‚πŸ™‚πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜πŸ˜πŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€«πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸŽπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Aku suka becerita Dan suka taip panjang panjang...Yihaaaaaaaa ..... zasssss byeeeee....
tq baca ....Dan yang mendoakan Aku .Semoga doa doa Tuan Tuan Dan puan puan kembali kepala Tuan tuan Dan puan puan... Terima kasih juga kepada uOlss Yang memberikan Tanda like dan tanda suka...... Okeyyyyyyyyyyyyy~
Lihatlah dengan hati suci ..Agar Hidup lebih baik Dari hari semalam...😊 Jalani hidup dengan ceria walau hati kalian Dan hati aku sering disakiti..Hahahahahahahaha😁







BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...