Khamis, 12 Mei 2016

Kelebihan Senyum



1)  Meningkatkan sistem imun 
- Jiwa akan menjadi lebih tenang dan relax.

2) Kurangkan kesakitan
-Menahan rasa kesakitan secara semula jadi.

3) Mengurangkan tekanan

4) Menurunkan darah rendah

5) Menjadikan wajah awet muda. 
-Dengan senyum wajah berseri-seri dan bercahaya.

6) Menampakan kita lebih angun dan mudah untuk berurusan dengan orang lain. 

7) Senyum akan membaiki mood kita.

8) Senyum akan berjangkit
-Akan membahagiakan orang persekitaran. 



Kisah Seram 2 Malam

Cerita Aku#
Malam pertama : Jam 11 malam, bunyi bising.. sakit telinga... Eh bunyi apa ni, aku pun bawak penyapu. terus bunyi macam jauh jer..Oh mungkin dekat longkang belakang rumah.
: Jam 3 Pagi.. Bunyi bising sangat.. Sakit kepala aku, Aku pasang lah ayat kat mp3, . Aku ambil bantal.. aku tutup telinga kuat-kuat..kurang dah dengar bunyi bising.. sampai lah tetido.
: Siang hari : Aku cakap dengan yop, abg ada bunyi Pelesit. Ayam pun ada bunyi bising. Aku pun sibuk mengoogle cari pasal pelesit... kata satu blog ni, kene pukul dengan penyapu kalau masuk rumah. jangan pegang. Takut ada orang anto ke apa, kang antu masuk dalam badan? 

Tu aku pK, selama 3 tahun aku duduk sini tak da pun bunyi pelik macam ni.. Seram jugak.
malam kedua : Jam 2 pagi. Bunyi benda sama lagi. Yop pun tersedar, aku pun cakap. hah bunyi cam ni lah semalam.....!  

Yop pun dengan berani bangun.. Aku cakap, Eh tak payah lah nak tunjuk berani?..... Yop pergi dapur, aku pun ikut belakang dia. Aku cakap ambil penyapu. Yop pun ambil penyapu.. Hah bunyi kuat tu pun jadi perlahan jer, dengar jauh sangat. Yop pun ketuk-ketuk lah lidi penyapu kat pintu ngan tingkap tu. Bunyi tu pun dah pergi jauh.  

Kembali lah ke tempat tidur, aku pun asek PK je.. Aku cakap dengan yop. Eh abang benda tu dah bunyi jauh, dia dah singgah dekat rumah orang lain ke. Aku pun doa lah.doa doa doa dalam hati. apa terlintas kat kepala aku baca je lah. Tiba-tiba? 

Jam 3 pagi bunyi kuat lagi. Aku tutup telinga kuat-kuat sampai jam 4 pagi. tiba masa ni lah surah mp3 dekat hanset tak boleh buka pulak. aku pun cakap..eee bunyi setan ni, sakit telinga aku wei tak dapat tido dengan tenteram. Yop pun buat kali kedua bangun, Ambil penyapu lidi. Kelepuk kelepuk kelepuk... Aku pun bangun tengok.. Dia cakap, Cengkerik ni. Hah ye ke..bukan pelesit. Tu dia tanya, tahu tak pelesit ngan cengkerik... Aku pun tak tahu sebenarnye ***** Dia buang dalam tong sampah..aku cakap mana boleh buang dalam umah, lama gak lah. Yop pun gi buang lah dekat luar rumah benda tu... Baru tenteram hidup aku...Aman damai aku tidur sampai ke pagi.. 

Betul lah mak aku cakap, Ko banyak sangat membaca# Yop pun cakap aku ni mistik sangat. Tapi papepon ini lah pengalaman aku selama 2 malam tak dapat tidur, Selamat dia dah di bunuh pada malam kedua, Kalau sampai malam ke 44 tak mati haiwan ni... Bunyi bising je.. boleh jadi gile kepala otak nieh.. Adeyyy Sekian sahaja Celoteh Saya hari ni... 

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...