Rabu, 31 Ogos 2022

9 Kesalahan besar apabila memulakan perniagaan atas talian.

10 Kesalahan besar apabila memulakan perniagaan atas talian. 

1. Menunggu terlalu lama untuk melancarkan produk/perkhidmatan.

2. Menyelesaikan masalah yang tidak penting

3. Tidak dengar kehendak pelanggan

4. Tidak ada kelainan yang ketara dengan perniagaan lain. (Unique Selling Point)

5. Memulakan dengan jangkaan yang salah

6. Menghabiskan masa dengan berfikir tanpa bertindak

7.  Melakukan berseorangan

8. Keliru antara 'blog' dan 'perniagaan'.

9. Tidak Bermula.



Khamis, 18 Ogos 2022

Sekian lama menanti, Hutang 2 tahun lepas,boleh lah bayo

 Sekian lama menanti, Pelik pelik.. patut 14+ layak, tetibe bila dapat ni turun 12 lak..Tak tau sebab apa.. Papepon semua pun dah ditentukan.

Bila dapat, Macam ayoorr abess . Kasi settle semua hutang arini.. dah 2 tahun aku behutang dengan budak yg baik hati yg selalu bising tak abes abes suruh bayo hutang dia, Naik bising telinga aku dengar.... Masa aku perlukan bantuan, Behabis dia bagi aku pinjam tatkala ada hal yang tak diingini mendatangðŸĪŠ Dalam buruk, ada baiknya.
Semua datang Dari Allah, Rezeki tak disangka-sangka dtg sejak mengenali Dunia niaga. Lebih suka aku tidak keluar rumah Dan Jadi surirumah niaga, berniaga Dari rumah.. Ketika peluang datang, Aku Cuba mengisi kekosongan. Akhirnya dibalas dengan bantuan tepat pada waktu memerlukan.
Haritu saje saje Tanya org, sapa nak labor, sorang pun buat tak tau.. Mujur ada kerajaan buat program, Dan Syukur hanya kepada Allah yang memberi tepat pada waktunya.. Mudahan opis MUP akan operasi tahun depan..
Persoalan dia aku memang nak online je 100% .Tak minat nak duduk kat depan sanun.. Mudahan tapak MUP depan umah Akan beroperasi ..Tu je nak habaq... Semua dtg Dari Allah.. Mintak pada manusia-agak sukar.. Mintak lah pada Allah-InsyaAllah.
..Syukur# Ujian# Suka# Duka# Sabar# Terus# Melangkah# slow# slow# kayoh# masalah# penyelesaian# tekanan# Ujian# Pahit# Manis# begadai# langgo# dinding #kesilapan #kesalahan # pembetulan#
macam-macam dilalui sejak menegenali dunia niage.
Santai santai niage Dari rumah,
#Tak mintak kayo..#Cuma mintak banyak pahala, dapat tolong org yang perkhidmatan cetak-cetak by MUP. sekian Nukilan harini...
Semoga Rakan Rakan niaga lain, turut dipermudahkan urusanya. Aminn...

Beli baju bayi berhutang

 Aku ada Cerita, Dan kisah dimana aku kenali minah 2 orang ni..Kira aku kawan kejap jelah dalam 2 minggu je kawan, lepastu lost contact, Aku da benti praktikal masa tu. Cite ni masa aku praktikal kat KL. tahun 2012.

Minah ni mempunyai laki bermasalah,
Yang Sorang ni, Bekas Laki dia penagih dadah
yang lagi sorang, Laki dia masa tu dalam penjara.
Dalam ko rasa hidup ko kurang, ada lagi, orang lain yg serba kurang.. jadi besyukurlah hati hati Setiap manusia.
Minah sorang tu hutang aku Rm30, Masa tu Ar dia pinjam duit aku...Hahaha dah lah aku pon masa tu, duit bapak bagi ..Jadi dia pon pinjam lah... Aku pon bagi..
Dia beli apa dengan Rm30 tu??
Dia beli baju baby timbang tu. 🙉
Ini lah yang aku cakap, Bersyukurlah, kerana hidup ko Masih ada fb, TikTok , segala bagai.. Orang lain, sangup berhutang untuk beli baju anak dia.
Dulu ada jadi friend fb aku ni, Tah mana lah budak ur skang.. Yang best nya, Aku dapat lah ikot dia merayau masa tu, naik moto kehulur kehilir dekat kl tu.. Tapi yg aku pelik Arn, dia cakap dia keja opis..Tapi pakaian tak macam keja opis pon..Aku rasa macam aku kena tipu pun Ade😊.
Selain Dari pada Rm30 tu ...ada gak kawan sorang ni hutang aku 30sen...sampai skang aku umor 30 an da ...Aku ingat okeðŸĪŦ. Dan tak banyak aku bagi org, sebab aku Arn aji bakhil..😅
Sekarang dah 2022... Mudahan minah tu, da senang..Aku panggil minah Dua org ni..sebab aku pon dah lupa nama Diorang apo⚠️ ðŸĪ  yang aku tau, sorang minah sebaya aku (2012:Anak3) , lain lain lupo lah aku.
Kalau sapa sapa nak bayar hutang aku, ada hutang aku... malu nak jumpa aku ...Ko pegi jelah sedekah kat mana mana masjid.. Niatkan ko bayar hutang aku..
sekian untuk celoteh Hari ni..
Next.....
*Macam mana aku boleh kenal minah ni?*
*Tajuk Aku Naik Moto Bertiga di KL Dan aku tak ingat jalan balik 🙉*
*Sewa Rumah kedai, masa practical KL di rumah ada org Indonesia laki bini rupanya*
*Naik bas, teman minah ni cari kerja di KL*
Dan lain lain2x...Sekadar Cerita untuk di kenang😉

Selasa, 16 Ogos 2022

Pengalaman kerja sepanjang hidupku

 Pengalaman keja. Sapa sini kawan aku pernah keja sekali. Boleh Komen. x kawan. . wakkakakaa.atau boleh kongsi. Pengalaman keja anda. Hihi.

1.,kilang bahau 4 hari. 2008
2.juru jual sisi 2 bulan. 2009
3. Kilang sensata subang jaya 2 bulan.2009
4. operator kilang freescale PEtaling jaya 1bulan,..2009
6.kilang western digital. x sempat keja.. temuduga je.2009
5. operator Kilang omron petaling jaya 2 bulan.2009
6. operator Kilang hitachi bangi . Setengah hari
7. juru jual Sisi 4 bulan 2011
8. part time juru jual Pasarayaku sabak bernam 1bulan. masa ni tengah belajar 2012 kat politeknik. tak ramai tahu. Aku bosan. tu pasal keja. duit belambak aje.
9. frozen Econsave bahau 3hari. 2013
10. cashier marrybrown bahau 2 bulan. 2013
11. buat ice blended cool blog bahau sebulan.2013
12. pembantu Kerani. ytg logistic gemas 2bulan.2013
13. jual tisu. sendiri.2013.. Jual munif koko 2013 x silap
14. Duduk umah bedoa. Supaya dapat keje. asek baca al waqiah aje. muhasabah diri. Mula pakai tudung 2014
15. Kerani Firama jaya gemas sebulan2014
16. jual Kiwi kasut. sampai kilang tu tutup 2014
17. jual kait. manik. melingkup. tak jadi 2015
18. jual nasi Ayam penyet. kah kah
19. Keja sendiri. Mama Umar Printing. 2 tahun lebih sampai skang. + Mup solution..2016
Mudah mudahan Dengan pengalaman di atas. aku Akan terus Majukan diri Aku. #Suka buat kepala. aku x suka. Aku blah. Sekarang. suka ke. tak suka. Aku nak Duit. Aku kena kerja. #Rezeki halal mudah mudahan.

Update 2022
20. 2018-2022 hingga kini Printing. (MUP PRINTING)
Sepanjang sejak 2017, Aku telah Join Program usahawan. KLIK SINI.

BARU SEDAR AKU MINAT APA, AKU MINAT BUAT KERJA SENDIRI. SEKIAN TERIMA KASIH.






Rabu, 10 Ogos 2022

FOKUS SELESAIKAN MASALAH, BUKAN FOKUS CERITA MASALAH

 FOKUS SELESAIKAN MASALAH, BUKAN FOKUS CERITA MASALAH

Hai, Assalammualaikum dan salam sejahtera, Oke di pagi hari 11 ogos 2022 ni, Aku agak serabot sedikit tadi, Ni dah dengar selawat tafriyyah, agak tenang pemikiran. 

Masalah sememangnya ada, jadi hadapi dengan bijak. 

Listkan senarai masalah dan lakukan tindakan. Mana yang tak perlukan , abaikan sahaja dari pada senarai masalah. Selesaikan satu persatu. 

Tadi mula memang bekecamuk, memang membebel terus. Tapi bila di kenang balik, bertambah tak selesai masalah tu, bertambah masalah adalah. Jalan nya adalah tenangkan fikiran dahulu, dan selesaikan satu persatu, Jangan nak kalot sangat. Slow slow kayoh orang cakap. 

Jadilah manusia yang pandai mengurus hidup, jangan jadi manusia yang membawa masalah kepada kehidupan sendiri. Tenang-tenang hadapi kehidupan, setenang-tenang air di sungai, jaga kata-kata agar diri sendiri akan terus menjadi seorang yang positif. Sekian Terima Kasih. 

Sambung buat kerja, kerana kerja ni lah yang akan dapat membayar hutang aku, kalau tak kerja, sapa pulak yang nak tolong bayarkan hutang aku. Ok bye. 

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...