Isnin, 31 Ogos 2015

Cara Masak Nasi Ayam Penyet by SH

Hari ini terajin pulak nak kongsi bagaimana hendak buat Nasi Ayam Penyet cara surihome buat. 



Rempah Ayam untuk 1 ekor Ayam 
(Bahan-bahan perapan)

1 1/2 Sudu Jintan manis
1 1/2 Sudu Jintan Putih
4       Sudu Ketumbar
**SANGAI BAHAN TULISAN MERAH
1       Sudu Serbuk Lada Putih (Aji so)
1 1/2 Serbuk Kari 
1       Sudu Teh Garam
1 Buku Halia

(Belendar bahan di atas kecuali garam dan kari)

Siap di kisarkan, Masukkan kesemua bahan ke dalam Ayam, Dan gaul sehingga sebati. Dan Perap sehingga 1 malam.

:GORENG AYAM YANG SIAP DI PERAP : SIAPP !!!!!


BAHAN-BAHAN NASI AYAM

3 Cawan Beras - Cuci Bersih dan Tos Kan
6 Ulas Bawang Putih
4 Kuntum Bunga Lawang
10 Biji Pelaga
Majerin 
2 Cubit Garam
Serai titik
1/3 Halia
1 1/2 Kiub Ayam 
2 Batang Kayu Manis


(Cara masak nasi ayam)
: Tumiskan bawang putih, kayu manis, bunga lawang, pelaga guna majerin
: Masukkan beras siap di tos
: tambah 6 cawan air
: masukkan 2 cubit garam
: Masukkan kiub ayam

**Guna dapur Elektrik, Pastikan Nasi di masak Sehingga masak.


BAHAN-BAHAN SAMBAL

1 Genggam Cili Hijau
3 cm Belacan
7 Biji Bawang Merah / Hiris Kasar
Garam . Gula . Aji no moto Secukup Rasa **Gula sikettt jer
Lada Merah 1 Batang
Ikan Bilis 1/2 Genggam

(Cara masak Sambal)
: Goreng Kesemua Bahan diatas kecuali garam/gula/aji no moto
: Tabur garam/gula/aji no moto atas bahan siap di goreng.
: Belendar dan SIAPPP !!!!!!



BAHAN-BAHAN SUP

Daun Sup
Bawang Putih
Bawang Merah
Bawang Kecil
Sup Bunjut
Kiub Sup
Serbuk Lada Putih
Daun Bawang
Buah Pelaga
Bawang Goreng
Daun Sup
Bunga lawang
kayu Manis
Ayam Siap di tos, potong kecil (Bahagian kaki, leher, atau isi siket)

Cara-caranya
: Tumis Bawang Merah, Bawang putih, Bawang Merah, Bunga Lawang, Kayu Manis, Buah pelaga
: Masukkan air, sampai mendidih
: Masukkan Serbuk lada putih, sup bunjut, kiub pati ayam, Ayam
: Siap di masak, Tabur bawang goreng, daun sup.

Hiasan : Timun, Salad, limau, tempeh goreng


Selamat Mencuba !
Resepi SuriHome, 


JANGAN LUPA MINUM BERSAMA MUNIF COCOA AIS , SEDAP !!!!!!!!!!!


whatsapp Surihome : 0126502030
call 0172035070 untuk Order Munif cocoa
Jom Singgah Ke Page FB MUNIF COCOA
KLIK SINI






























Jumaat, 28 Ogos 2015

Perniagaan yang belum mencapai kejayaan




Assalamualaikum, 
      Pada hari ini, saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang diri saya dalam dunia perniagaan yang masih belum mencapai kejayaan. Pada Febuari 2014, saya dan suami mula berniaga tisu. Memang tersangat penat pada mulanya, kehulu kehilir naik kereta dari Negeri Sembilan ke Selangor. Barulah saya tahu betapa letihnya meniaga ni. Dari petang sampai ke malam. Tetapi tidak lah lama saya meniaga tisu ni, kerana atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya dan suami berhenti dalam meniaga tisu. Masa nak mulakan perniagaan ni, saya dan suami gunakan duit yang ada. Tatkala  pelangan pun dah mula call menanyakan. Dek kerana da tidak meniaga, Tamat lah sudah perniaagaan tisu. Oh antara sebab utama kegagalan perniagaan tisu ni adalah sebab, hendak bertukar kepada polistren. Nak di jadikan cerita, ada lah kedai ni tanya nak polistren lah, plastik lah. Pergilah satu kilang ni, beli polistren. Lepas beli polistren ni. Terus gagal buat tisu. Apa-apapun lepasni kena fokus kepada satu barang, dah ok baru lah tukar barang lain. Kalau tak fokus, macam ni lah jadinya.

       Suami saya yang tidak segan silu, bertanya kepada pembeli. Sepanjang saya dan suami berniaga, satu kali je yang aku tanya pada pembeli. Itupun Suami aku yang backup, dapatlah 10 bag tisu pembeli tu beli. Perasaan malu untuk bertanya itu, adalah sikap yang tidak perlu ada dalam dunia perniagaan. Bila malu, bak kata pepatah " Bila malu sesat jalan." Bak kata saya pulak , " Kalau dah malu, tak dapat lah duit. Suami saya pun dari sekolah dah ada pegalaman berniaga, pandai mengurus diri sendiri. Macam saya, tak pernah walau sekali menyusahkan diri sendiri. itu lah jadi nya. Dari kecil apa yang saya nak saya dapat, mintak je, tak payah susah-susah nak kerja. Tapi bila saya dah kenali dunia meniaga kecil-kecilan ni, saya tahu. Betapa susahnya nak dapatkan duit dari pembeli walaupun seposen.

         Dengan muka tebalnya, suami saya ni bertanya. Ada pulak yang nak beli, ada juga yang tidak mahu beli. Macam-macam perangai lah saya dan suami jumpa. Tapi apa-apa pun Sabar itu indah, sabar je la. Demi mencari rezeki yang halal. 

         Habis bab tisu, lama sudah menyepi. Saya pun duduk mengait topi,belajar sikit-sikit. Nak mengait ni bagi saya terlalu lama nak menyiapkanya. Entah berapa lama dah mahu siap. macam-macam lah saya beli alatan kait, benang lah apa lah, banyak lagi. Jadikan hobi jela, kalau ada masa baru lah saya mengait, kalau masa tidak ada. Biarlah dia terbengkalai.

KLIK SINI UNTUK KE PAGE TOPI HAT SAYA

         Hah satu hari ini, adik saya jual lah burger depan rumah, saya pun apa lagi cuba lah belajar buat nasi ayam penyet. hahaha nak di jadikan cerita saya da lah baru pandai masak. bulan puasa tahun 2015 tu, saya belajar lah masak Nasi Ayam Penyet. 3 kali belajar buat nasi ayam penyet, baru lah menjadi. Saya pun jual lah nasi ayam penyet. Buat dari rumah je pun. Penghantaran percuma di sediakan. Nak di jadikan satu cerita, ada lah budak ni. Order nasi ayam penyet. Dah penat-penat saya buat, eh dia tak datang rumah untuk ambik nasi yang telah siap. Sakit pulak hati kita ni. Lepas je Raya tahun 2015 saya dah tak buat dah Nasi Ayam Penyet. Entahlah, mungkin sebab saya tidak minat untuk masak memasak kot! Jika tak berminat, lebih baik berhenti! ^___^'


KLIK SINI UNTUK TAHU CARA MASAK NASI AYAM PENYET

           Sekarang Ogos 2015, setelah sebulan  saya berniaga munif cocoa. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil ini, saya jual aje lah dengan pegerakan yang perlahan. Munif cocoa ni saya meniaga secara maya dan secara depan-depan. maknanya dekat internet jual kalau pelangan nak beli, dekat luar pun kalau orang nak beli. Saya dan suami jual. Sekarang tengah mencari pelangan-pelangan untuk membeli produk munif hijjaz ni. Saya suka jual munif cocoa ni sebab barang dari orang islam.  

KLIK SINI UNTUK KE PAGE MUNIF COCOA 

Ada juga saya daftar affiate, kerja dari rumah, ashadee dan banyak lagi lah. Tah apa kenama affiate banyak saya daftar. Daftar je lah, promote nya tak da lah sangat. Dari pembacaan saya affiate ni dapat komisen dari syarikat tersebut. Itu yang saya daftar je. Buat masa ni, Seposen pun belum masuk dalam akaun lagi bab-bab affiate ni. Tapi apa-apa pun semoga satu hari nanti dapat lah seposen dua posen masuk dalam akaun saya, kalau lebih pun, apa salahnya. "Rezeki jangan di tolak." Tak gitu. Dalah . Penat membebel. 

Sampai di sini sahaja lah celoteh dari saya,
Bukan senang nak senang.
Begini lah nasib saya, Duduk di depan PC memikirkan, bagaimana untuk menambah pendapatan sampingan.
#Biar sikit, Asalkan Halal. Daripada Banyak tetapi Haram."
#USAHA TANGGA KEJAYAAN."
Doa Usaha Ikthiar Tawakal
#Semoga suatu hari nanti saya dan suami berjaya dalam Perniagaan.















         

Khamis, 20 Ogos 2015

Celoteh Suri Rumah sepenuh Masa

Kenapa saya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa? Ya hal ini terjadi apabila saya tidak berminat bekerja di bawah arahan-arahan orang lain. Setiap kali kerja saya akan berhenti, suami saya tidak pernah suruh saya bekerja ataupun tidak pula melarang saya untuk bekerja. Sudah hampir 2 tahun saya duduk di rumah, ada masanya saya akan pulang ke kampung. Oleh kerana jarak perjalanan dari rumah ke kampung halaman saya hanya 50 minit, ia tidak memerlukan wang yang banyak untuk sekali perjalanan pergi dan balik. 

       Berdasarkan pegalaman saya menjadi suri rumah tanga yang tidak mempunyai cahaya mata ini, saya sentiasa memikirkan bagaimana ingin menambahkan pendapatan keluarga saya. Hampir setiap hari saya memikirkan apa perniagaan yang sesuai untuk saya buat. Tatkala mendapat idea saya akan menulis di atas kertas supaya idea yang terkeluar di awangan kepala tidak hilang begitu sahaja. Banyak idea yang terlintas di kepala, tetapi saya telah tetapkan apa yang perlu saya lakukan selepas ini. InsyaAllah.

       Semenjak menjadi suri rumah, saya sudah pandai masak. Alhamdulillah. Jika saya bekerja sahaja, mana mungkin saya akan pandai masak. Sangat lah mudah rupa-rupanya untuk memasak. Apabila memasak dengan ikhlas, semuanya jadi mudah. 

       Suri rumah ini juga adalah tanggungjawab saya untuk menjaga rumah ini semasa ketiadaan suami, maklumlah suami kerja tidak tentu masa. Demi menjaga Negara dan bangsa, isteri pula perlu akur dengan ketentuan yang maha Esa. Pada awalnya terasa sangatlah sepi duduk di rumah, kerana sering ketiadaan suami di sisi. Terasa serabut yang keterlaluan, setahun tidak boleh menerima kenyataan. Kini saya mampu mengatasi masalah bosan itu dengan mengisi masa lapang dengan  ikut cita rasa tersendiri. Tatkala bosan terlampau melanda diri, saya akan tidur sahaja. Saya lebih suka melelapkan mata apabila kebosanan atau permasalahan melanda diri. 

           Selain daripada itu, tugas saya dirumah adalah mencatat setiap perbelanjaan bulanan bagi memastikan duit belanja keluarga di guna pakai dengan sebaiknya. Pada awal perkahwinan, masalah krisis kewangan keluarga melanda diri. Segala duit syiling dalam tabung turut di guna pakai. Inilah yang membuat saya lebih berhati-hati dalam membuat setiap perbelanjaan.  Ini lebih mematangkan saya dalam hari-hari akan mendatang dalam merancang kewangan. Walaupun saya seorang yang tidak bekerja di sebuah syarikat yang gah. Tetapi saya berhidmat untuk keluarga dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, membasuh kain, membasuh pingan, memasak dan sebagainya. 

       Telinga ini pernah juga mendengar  kata-kata yang terkeluar dari mulut orang lain,  "Belajar tetapi tidak Bekerja, hurm buang masa jer." selain itu "Eh kau ni bila nak kerja." dan "Engkau buat apa jer duduk dekat rumah, tak bosan ke."  dan lagi "menghabiskan duit mak bapak jer." Kata-kata berikut sering keluar dari mulut-mulut orang. Apa yang boleh saya buat, saya buat tak tahu je lah. Apa yang saya tahu, apa yang saya buat itu betul. Jika sudah tidak berminat bekerja di bawah orang lain, apa yang hendak di paksakan diri, bukanya kalau saya bekerja di sebuah syarikat akan menjamin kebahagiaan diri. Pokok pangkalnya diri sendiri, buat apa yang kita suka, kita akan suka. 

Apa yang orang lain cakap, adakala nya boleh diguna pakai,

Adakalanya perlu dengar, dan perlu di abai.

Bukan Senang Nak Senang,

Bukan Susah Nak Susah.

Cakap tanpa melakukan,

Hanya sia-sia. 

Dapatkan Sekarang!
   Kandungan Munif Cocoa
  • Serbuk malt,
  • Serbuk koko,
  • Maltodekstrin dan
  • Arabic Gum (Al-Manna
Munif Cocoa ~ Arabic Gum merupakan minuman ALTERNATIF kepada "Malt Drink" bagi anda yang inginkan produk2 keluaran Syarikat Muslim. Rasanya LAZAT GILERR & BERKHASIAT


      




















Ahad, 16 Ogos 2015

Kisah Keguguran kali pertama - baby pertama

Semasa di wad
StOry mOry AjiE and Suami : laka laka, lucu, sodih dan redha (berakhir dengan Complete Abortion)

9 DEC 2014 : gi Klinik gemas (Doktor sah kan mengandung 6 minggu 5 hari,  nurse pulak cakap 7 minggu 3 hari) .

:Doktor  yang baik hati, terus scan, nampak kantung , komputer kecik, saya pun tak nampak sebenarnya. banyak kali doktor ni ucap tahniah, tahniah. Suami pun senyum jer. Sejak dari hari itu mulalah hidup terasa "happy", bakal nak jadi emak dan ayah lah kan, kena lah matang. Setiap kali suami pergi kerja, dia akan cakap. "Bye baby." Ok tamat bab ini.

10 DEC 2014 : Buat buku merah, Daftar dekat kaunter, lepastu jumpa dengan nurse lak. Berjam-jam lamanya tunggu punya tunggu, Akhirnya. azie....... oke saya pun mengajak suami. Suami kena tunggu luar. Da amek selesai sesi soal jawab, amek darah,Urine Pregnant Test, di bagi vitamin B, Vitamin c, Acid folic dan iron tablet. Dah boleh balik. Pada hari juga, Suami juga kena ambil darah. Nurse pesan nanti pergi cek gigi dan 13. 01. 2015 datang lagi.




Ni lah buku merah. Due date tercatat
30.07.2015
11 DEC 2014 : Berhenti kerja sebagai kerani buat kali kedua.  Mungkin tak ada rezeki, sejak kerja situ. Hari-hari batuk, dengan rela hati berhenti kerja. 


12 DEC 2014 : Mula jadi SRT (Suri rumah tangga) . Masa ni sangat-sangat pemalas, kerja tidur, makan malas, kalau lapar sangat makan buah, jajan dan maggi. Ayam ikan dalam peti sejuk tak berusik. 
(Benda macam ini tidak patut dilakukan)


09 JAN 2015 : Pergi klinik gemas untuk cek gigi. 09 MARCH 2015 untuk tampal dan cuci gigi. Trismeter pertama tidak di galakkan rawat gigi.

12 JAN 2015 : Tiba-tiba jadi rajin, selera makan menjadi-jadi, saya pun kemas rumah. Baru tadah air mesin basuh, lipat baju, kemas buku-buku bacaan, angkat baju. Tiba-tiba ada rasa lendir keluar, saya tengok.. DARAH!!!  Terus telefon suami, Abang keluar darah. cepat-cepat saya baring, takut kang jadi apa-apa. Suami bagi salam dengan cemas, Sayang buka pintu, abang balik. Terus suami ajak pergi klinik.


Scan kantung kosong
                                                       (12 JAN 2015 : PETANG KAT KLINIK)  Jumpa nurse. Kenapa tak pergi hospital terus? tapi tak pe, kita cek dulu. Gi buat UPT (urine pregnant test), Catat dekat kertas tu, tiada di dalam rumah. Tunggu doktor pulak, Saya pesakit terakhir, klinik pun tutup. Tunggu punya tunggu, kena marah. geram jer? Lepas ni kalau keluar darah walaupun setitik. Terus pergi hospital. Jangan pergi Klinik.  Masa scan Terkejut, nampak kantung je, baby tak nampak. BLIGHT OVUM. Doktor tu suruh datang selepas 2 minggu. Dia cakap mana lah tahu baby akan membesar.

So balik rumah, pada mulanya tak dapat terima kenyataan. Suami di persalahkan. Pelik mana baby tu pergi. Rasa sedih tak keruan. Mula tercari-cari apa permasalahan yang dihadapi di google. Tak lama kemudian tenangkan fikiran dan rehatkan otak.


12 JAN 2015  (DI HOSPITAL)
Lepas balik dari klinik, rehatkan diri dan suami pun dah pergi kerja semula. Jam 10 malam, Saya tengok ada darah lagi. Cepat-cepat telefon suami, Ada darah lagi. Suami pun balik terus bawa pergi hospital segamat. Mula-mula daftar, lepastu cek tekanan darah dan terus dibawa masuk ke wad kecemasan. Dia suruh baring dekat katil tu, tertidur-tidur lah kat atas katil tu. Selepas beberapa jam, tangan kena cucuk dan nurse ambil darah, dan di beri bekas suruh kencing untuk upt lagi. Tak lama kemudian, 2 orang jururawat datang untuk cek laluan dan scan.  Terpapar di screen komputer, kantung kosong juga, tetapi kali ini nampak lebih jelas. Saya di tolak guna wheelchair ke labour room dan doktor suruh datang klinik pakar 2 minggu lagi. Pada 26.01.2015.



speculum sumber google
Benda ni lah di guna pakai untuk cek laluan, terpaksa.

13 JAN 2015 Sehingga 18 JAN 2015
Setiap hari darah turun, warah merah coklat. Kali ini darah turun siket demi sedikit. Rasa mula tidak sedapa hati, dan tercari-cari apa puncanya di google. Apa benda tu BLIGHT OVUM dan MISS MISCARAGE ?? Berpandukan pegalaman orang lain dari blog-blog yang saya baca, banyak berakhir D & C atau nama lain cuci. Kini saya redha dan gembirakan harti sendiri. Malas nak ingat, bila duduk terfikir terasa kesedihan.

19 JAN 2015
Seawal jam 8 pagi, saya pergi ke tanda nak buang air kecil. Pada masa itu, saya sangat-sangatlah terkejut, seketul darah berupa hati ayam keluar. Masa tu fikir nak pergi hospital segamat  26.01.2015 di klinik pakar, buat biasa je lah macam tiada apa yang berlaku. Jam 6 petang siap pergi KFc. Tapi tak lalu nak makan, Bungkus jelah.  Dari sejak keluar ketul darah, darah mengalir tidak berhenti. Terasa sakit-sakit sangat. Saya dah mula rasa lain macam, Saya siap pesan pada suami. " Abang nanti kalau orang masuk hospital, bawak baju tu ni dan sebagainya. Jam 10 malam,  Terasa sakit sangat-sangat, Seluruh badan rasa sakit, dari leher sampai ke kaki sakit. saya sempat post dekat facebook. Sahaja gedik nak berfacebook supaya boleh rujuk balik jam berapa kejadian berlaku. Jam 11 malam Sakit bertambah teruk, kali ni memang dah tak boleh berfacebook lagi. Pergi ke tandas tengok pad dah penuh darah tak berhenti. Lepas basuh tidur, tak sampai satu jam pad penuh darah, bangun lagi baring lagi. Suami ajak pergi hospital, saya cakap tak payah lah sebab boleh tahan lagi. Suami pun tertido.

20 JAN 2015
Jam 1 pagi, semasa saya pergi ke tandas, meleleh-leleh darah, kali ni tak putus darah keluar, sampai menitik ke lantai. Saya menangis-nangis kerana sakit rasa nak mampus. Jadi suami kemas-kemas nak pergi hospital. Suami dokong saya masuk dalam kereta, Pasal nak jalan pun dah tidak terdaya. Semasa dalam perjalanan ke hospital segamat. Saya doa-doa supaya di permudahkan segala urusan, supaya kurang sakit. Semasa dalam perjalanan terdengar lah pulak lagu fynn jamal dekat radio, saya siap layan. Best jugak lagu ni kan, saya bersuara. Saya suruh suami kuatkan radio tu, si suami yang tengah memandu, tetiba tekan lagu lain pulak. Lagu nya menyakitkan otak saya, naik pecah mental. Dah suruh perlahankan radio, dikuatkan pulak. Menjerit lah secara tiba kegeraman. Hahaha suami tu sebenarnya tengah mamai. Dalam masa yang sama, Dekat tangan saya tak lepas lotion mustajab dherb, Sapu tempat sakit, untuk mengurangkan rasa sakit yang teramat sangat.

20 JAN 2015 (HOSPITAL SEGAMAT, bilik kecemasan)
Jam 3 pagi kot, Sampai di Hospital segamat, Terus cek tekanan darah dan tembak telinga, haha nak tahu demam ke tidak. Terus di bawa masuk dalam bilik kecemasan, Baring atas katil, kena cocok tangan ambil darah dan terlekat lagi tempat saluran air dan darah dekat tangan. Di beri bekas lagi dan buang air kecil di dalam bekas tersebut. Tukar kain hospital, dan scan rahim. Tengok pada screen kantung dah tidak ada. Mulalah adegan macam nak terberanak. Terkangkan lah, di masukkan lagi speculum atau muncung itik tu, Suruh buat-buat batuk, 3 kali batu, BLurrrrpppppp keluar kantung dan di ikuti darah darah ketul semacam hati ayam. Masa keluar tu, Rasa lega sangat, cakap dekat doktor tu. Lega nya rasa, kurang sakit. Penuh darah melimpah dekat kain, katil pun berdarah. Kena msukkan air dalam badan dan am darah ke apa. saya tak tahu.

20 JAN 2015 (wad bersalin) Pagi yang sejuk
Jam 5.20 pagi, Saya di tolak masuk ke wad bersalin. Masa itu ada seorang pesakit tengah kusyuk tidur, Jadinya suami boleh tolong dan teman kan saya. Tangan pun ada botol air, yang orang tolak saya berhentikan air yang masuk kat dalam badan tu. Saya fikir saya dah sihat, semangat berjalan dan cakap nak kencing la, saya ajak suami pergi tandas, nurse pun tak kisah. Siap bagi baju suruh tukar. Suami tolong pegangkan botol air tu, tengah nak buang air kecil tu. Blurrpppppp Sekali lagi. Darah tu keluar depan mata suami aku macam hati ayam, lonjong pun ada. Suami panggil nurse, nurse cakap kalau pecah itu semua darah, katanya tadi dah keluar kan kantung? Oh maknanya semua darah beku lah. Da siap saya bersihkan tandas, Mula la tukar baju hospital, Kali ni kain saya tidak pandai pakai, pasalnya tangan sakit sebelah tempat masuk air. Suami saya tolong pakaikan macam orang jantan pakai kain pelekat. Ya Allah, Lama sangat berdiri nak tunggu suami ikatkan kain. Sampai pitam di buatnya, Suami pangil nurse, nurse tak berapa dengar. Dia ambil wheelchair dan tolak saya ke katil.. 
 
Tidur sebentar, Nurse kejot suruh bangun, nak pergi Labour room , Cek lah atas bawah macam biasa, tengok pada screen. Setiap beberapa jam ada sahaja jururawat pam tangan dan tanya ada darah lagi tak? Tiba malam Tak nyenyak malam tu tidur, rasa macam dah sihat sedikit. h Beborak lah dengan pesakit lain. Duduk sebelah katil dengan makcik ni, haha kita ni pertama kali masuk hospital, tak da nya nak bawak bekalan apa-apa. Makcik ni pelawa makan, minum. saya dan sorang lagi pun makan, minum lah. Semoga macik di permudahkan rezeki.

21 JAN 2015 DI HOSPITAL
Pagi lepas makan, doktor pakar roun dari katil ke katil, saya pergi mandi. Orang lain dah selesai mandi, kol 8 baru lah sibuk nak mandi. Konon nak buat macam rumah. Tengah mandi, nurse ketok pintu bilik air, dia suruh cepat siket, mahu tak gelabah kau jah. Cepat-cepat mandi, tiba di katil. Doktor pakar tanya ada darah tak? saya cakap tak ada. Cek jalan dah tertutup. COMPLETE MISCARAGAE, so boleh balik hari ini. Doktor pakar pesan, jangan mengandung sebelum 3 bulan, sebab risiko gugur akan bertambah teruk.


Hari ini 16 / 8 / 2015 . Belum ada rezeki lagi dan belum ada tanda-tanda untuk menjadi seorang ibu.redha sabar tabah menghadapi dugaan. Ada Hikmah di sebaliknya.
Di ingatkan, sekiranya mengandung, ada pendarahan tak kira lah banyak ke siket, cepat-cepat pergi ke hospital. Nyawa baby mungkin boleh di selamatkan, sebab nya ada gak tengok  pesakit ni bleeding juga,tetapi baby nya dapat di selamatkan. Alhamdulillah. 

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...