Isnin, 30 Januari 2017

Tahun 2017 memulakan perniagaan baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 
'
           Setelah sekian lama surihome tak update blog ni. Bukan lah kerana tidak mahu meluangkan masa di sini. Yang sebenarnya  saya telah memulakan perniagaan baru.Setelah 4 tahun saya menceburi bidang perniagaan online atau offline dengan menjual produk orang lain, pada tahun ini saya telah daftar kan syarikat di SSM yang di beri nama MAMA UMAR PRINTING. Semoga perniagaan saya berjalan dengan lancar. Pada bulan pertama ini, syukur alhamdulillah adalah rezeki saya dalam melaksanakan perniagaan ini. Kini saya ada blog baru iaitu umarprinting.blogspot.my. Bolehlah berkunjung di blog baru saya agar dapat mencuci mata dengan apa perhidmatan yang surihome telah buat. Sekiranya berminat dengan perhidmatan yang saya buat, bolehlah hubungi saya.

            Saya memulakan perniagaan secara online dan offline, Saya juga turut memberi peluang kepada sesiapa yang berminat hendak menjadi rakan mama umar printing. Terdapat 2 peluang yang saya telah sediakan kepada mereka yang berminat. Di antara adalah menjadi rakan sebagai Promoter online dan Editor. Tugas promoter online adalah membuat iklan sahaja, Sekiranya ada yang ingin mengunakan perhidmatan mama umar printing,  Pada 15 hb saya akan membuat kiraan jumlah bayaran kepada promoter online dan editor. Dan saya akan bank in kepada mereka selepas itu. Tugas yang sangat mudah dan  bayaran juga boleh dikatakan berbaloi dengan kerja mudah, Tugas editor pula, mengedit apa-apa sekiranya ada kekosongan kerja. Jika anda berminat hendak bersama-sama saya. Boleh lah isi borang di sini. Disini adalah saya ingin bersama-sama membantu orang yang mahu bantu diri sendiri.


             Walaubagaimanapun saya seharusnya berusaha keras lagi bagi mencapai cita-cita saya.

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...