Isnin, 24 Januari 2022

SPEECH DELAY ADOL 6 TAHUN

Pada 21.1.2022, Aku telah pergi satu klinik swasta, Dan dah pergi hospital kerajaan. Dah dapat tarikh bulan 4 ni speech therapi.

 
 Pada harini 21/1/2022, Aku mewakilkan bapak adol untuk pergi ke klinik kerajaan berkaitan cek, apa pasal tak cakap macam org lain lagi , pada harini adalah tarikh appoinment adol. Setelah mereka berdua balik, 

 Setelah di cek, ketinggian, berat semua normal, dan adol juga paham. Cumanya si adol tak petah bercakap macam budak lain. 

 Buku biru ni last cek pada umur adol 3 tahun, 

Jadi apabila ada masalah pertuturan ni. 

Di umur 5 tahun 7 bulan ni, Baru lah tercatit lagi pada buku biru. Berat 16.2 Kg dan tinggi 109.5 CM Dan Bmi Adalah 13.5 , (Memuaskan) 

 Dan catitan di situ adalah Tidak Boleh bercakap dengan petah 

 Umur 5 tAHUN Pada buku biru adol : - 

Melompat tali dengan 2 Kaki ( Ya )
 - Tiru Rajah Segiempat (Tidak) 
 - Mengayuh basikal(Tidak) ----> yg ni memang dari umur 1 tahun beli basikal, sampai 6 tahun, x pernah kayuh basikal tu. Dia x nak kayuh, kalau kayuh pon, kebelakang.
 - Bercakap dengan petah (Tidak) 

 Adakah anda mempunyai masalah menjaga anak anda ? -----> speech Delay

 Senarai semak Perkembangan 
 1. Orang lain boleh memahammi pertuturan anak : (Tidak) 
 2. Anak boleh bercakap menggunakan ayat sepenuhnya : (Tidak)
 3. Anak boleh meniru lukisan . (Perhatikan) : (Tidak)
 4. Anak boleh berinteraksi dengan kanak - kanak lain : (Tidak) 

Pemeriksaan Pegawai perubatan
 General condition (Normal)
 Appearance (Normal)
 Skin  (Normal)
 Ears (Normal)
 Eyes (Including red light reflex) (Normal)
 RespiraTION (Normal)
 Heart (Normal) 
 Abdomen (Normal)
 Spine (Normal)
 Upper Limb (Normal)
 Lower Limb (Normal)
 Gait (Normal)
 Development
 i) Gross Motor (Normal)
 ii) Fine Motor (Normal)
 iii) Speech (LUAR BIASA)
IV) Psychosocial (Normal)
 v) Cognitive (Normal)

 *REFER OT For speech delay* Pada 14.2.2022 tarikh appoinment untuk langkah seterusnya. Di situ tercatatnya PERKHIDMATAN PEMULIHAN CARAKERJA.

NEXT............... 

Rabu, 19 Januari 2022

LAMBAT CAKAP DI USIA 6 TAHUN - ADOL

Misi baik pulih apa yg perlu di baiki??? .... Jadikan pengajaran, kalau ko ada anak kecik,, jangan bagi main hanset. Sejak dalam boyan adol dah main hanset.... Sekarng Umur dah 6 tahun, x leh buat ayat macam budak budak lain.
aku dah kawal dia dari main hanset, skarang dia tengok youtube dekat TV lak. Kalau aku terlupa sorokkan , mula lah dia nengok jap, masa aku sorokan, selalu dia tanya , mana hanset...Sampai lah JAN 2022 Masih tanya, mana hanset. hari hari tanya mana hanset.
1 peel lagi, kalau dah main hanset, dia taknak makan. kurus je. Tu bahaya nya hanset ni. Baru baru ni kalau ajak makan, dia akan makan . Sebelum ni memang susah nak makan, kalau x de donut ,kuih dia suka, @ roti aiskrim, jangan harap dia nak makan. Bulan jan 2022 dari segi makan, dah boleh makan selain tu.
Kalau dia tengok dekat hanset, games dan paling dia suka cerita antu. Aku punya lah takot, yg dia ni selamba Tengok cerita antu, atau ular, katak, atau benda benda yg aku geli nak tengok tu, dia suka tengok. Semalam aku layan dia main lori... Masih dia cakap depan lori tu ada antu. sebelum ni banyak dia cakap antu antu, Sekarang cakap antu, tapi kurang .... Kalau dekat youtube dia nengok cite yang menggelikan, aku suruh tukar.... Pandai lak dia cakap jijik. Kesimpulan dia, aku kene pantau apa dia nak tengok, kang kalau aku tak tengok kejap je... dah beralih cerita...
Aku tahun 2020/2021 sibuk tak kene tempat. Tebagi jugak, supaya tak kacau aku.
sepatutnya tahun lepas lagi da bawak, ada cikgu tu suruh bawak, tapi bapak dia cakap normal, nanti pandai lah cakap. Memang lah dia pandai cakap, Tapi dah jan 2022 , umur dah 6 tahun, masih cakap nya. Aku sendiri pon x paham apa dia cakap, aDA benda paham, ada benda tak paham, kadang-kadang, bila kite tak paham apa dia cakap. dia mula x puas hati. Maksudnya dia tahu tu apa, Bila dia tanya aku, dia nak aku jawab jawapan tu betul. kalau aku teka salah, dia akan tanya sampai aku jawab betul itu benda apa.
hah sebelum aku lupa, Adol kalau main game yang selamatkan org tu, sehari sampai beribu level dia lepas, Punya lah lama dia mengahadap hanset tu. Game tu pon aku da buang app dia, sebab nya kalau tak dapat selamatkan org, atau jatuh atas benda tajam ke , lalu kat sensor tu ke, dia akan mati merecik recik darah. Lama jugak dia main game tu.
Kucing dia da mati berdarah darah kene langgar, ni dah nak 1 bulan, sebut benda sama, kucing mati, masuk kubur. Ok abes cite,,, oh ada lagi. Si adol ni, kalau main ngan aku, dia suka buat tangan dia macam pistol tu kan, dia cakap. Pom mama, mati, Pom mama , mati. hari hari aku ni pura pura mati. AKu cakap kalau mama mati , macam mana, dia cakap "masuk kubor. Kalau nengok kubor, or lalu kat kubor, dia dah tahu itu org mati. Kalau main lori pon, Selalu lori tu belanggar, pasalnya kat youtube pon, lori lori tu asek belanggar masuk gaung. Si adol bukan nya jenis nak nengok cite upin ipin, cerita mati mati je dia layan. Antu, dinoursour n lori, lain lain dia x berapa minat. Skang da ngaji, ada lah dia nak nengok dinoursour yang ngaji. itu pon kejap je, kang ali h alih dah tengok cite katak tak bercakap pulak. aishhh bila nak cakap petah bercakap camtu, Suka tengok cite yang tak da suara berkata-kata.
................................................................................
........................................
Aku pon dah google sana sini,
Semalam aku da tanya pendapat cikgu, katanya adol speech delay, pegi bawak jumpa pakar.
Dah call hospital, katanya suruh bawak ke klinik dulu, nanti baru refer ke dia. Besok harap ada masa nak bawak, hari ni bapak dia keja.
Semoga adol, Umar Printing ; Boleh becerita macam budak budak lain. 😁✌ -------------------------------------------------------------

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...