Ahad, 1 November 2020

TAMAT BELAJAR PSIS

 8 tahun berlalu.. 2013 last aku tamat.. 

😅 Ni tinjau tinjau gak kot ada kelas advertising n design jangka pendek... Nak tambah ilmu dalam printing. Aku basic printing x de pun.. Ni pun Nasib ah dulu ada belajar kelas desktop publishing.. Ilmu tu topup topup.. Banyak belajar sendiri.. Software mase belajo dulu aku start install kat laptop... So mula lah aku hari hari menghadap komputer start 2016.. Dan aku rasa... Aku amek kos pengaturcaraan tu.. Cam silap je😝😝 masa 2009 aku yg mintak.. Tgok pengaturcaraan komputer.. ASalkan komputer.. Mintak je.. Kos spm aku Multimedia... 2010 start sakit kepala...coding 1010101 jadah sume ni😅 😂😝😝...Patut nya amek lah Designer ke... PERCETAKAN ke... Baru ah betul.. Agak sakit kepala aku belajo programing dulu. X jadi programmer pun?? Tapi aku tau sapa ada basic programmer...dok umah pun boleh buat duit...macam macam lah boleh buat kojo dari ngumah je pun.. Walau x Dapat kojo.. Dio org memang boleh buat duit pun.. Buat game android.. Buat app sume boleh buat duit..buat Web ke hapo ke... dah belajar pun kan?? Kena bijak.. Di mana mana boleh buat duit.. Cuma aku tejebak ngan Printing.. Sambung ah pegang komputer be tahun tahun lamanya😅... Apa apa pun sume kena belajar... X boleh sibuk bagi alasan... Kos desktop publishing tu Agak membantu... Papepon ada basic.. Sume jadi.. Mudah mudahan niaga aku akan dtg tambah lagi beso Di masa akan datang.. Bukan sekadar mencetak#

So.... Ni gambar bersama ngan mereka yg sama kelas sem 1 2 3...

Sem 6 7 praktikal sume bersama lain orang..

Wokey byee. Harap Dapat masuk kelas advertising dan designer.. Bayau pun bayau lah.. ASalkan Dapat topup ilmu pengiklanan. Banyak try n error je dalam PERCETAKAN..BIDANG PERCETAKAN yg menyakitkan kepala.. X semudah Di sangka...hari hari pun kena belajar..

Banyak lagi kena belajar...
2018 =MUP solution.
Hidup hadapi cabaran..
Bosan Kalau hidup Selalu sama...
#CariKelainan
#Gambar sekadar hiasan.
#ExPsis2013 vS 2012
#TempuhiUjianDanCabaran 
See less







Khamis, 24 September 2020

KONVOKESYEN KE 9 PSIS SABAK BERNAM

SAAT BELAJAR NAK DAPATKAN SIJIL DIPLOMA .LIKU-LIKU HIDUPKU

2014 ~
Simpan sini. kot hilang boleh  jumpa balik. 
Ceritaku , Bukan Cerita Mu. ^_^'
Pengalaman mendewasakan. 
Macam macam aku lalui. 
SEM 1 - SEM 3 Bersama kawan kawan yang mula mula masuk dulu .So abes dah sem bersama diorang .
Bersama dengan mereka Dari sem1-Sem3 Sahaja.

Mulalah liku-liku saat getir yang aku lalui. *,,*
Masuk, 

SEM 4 - Awalnya aku praktikal di risda plantation ampang kl. Masa ni pegawai ni da aturkan . jadual aku. dia dah bagi apa aku kena belajar.  Nak di pendekkan cite, Aku menyewa dekat rumah kedai. Tah kenapa aku seram duduk situ. kedai kecik je, kedai jahit baju tu. dia sewakan bilik 2. 1 bilik tu aku, sebelah bilik tu laki bini. Aku cam tekejot gak. dengar gelak bagai kat bilik sebelah ni... ingat x de laki.. so aku cam x selesa duduk situ..  diorang oke je. cuma aku je tak selesa. kadang dia pangil. "dik jom makan sekali. "Aku pon cakap x pe lah. Nak keluar. selalu aku lepak CC lah sorang sorang..  Aku tak da hati duduk umah situ. Aku selalu keluar. tu kadang nak gi praktikal dengan aku pakai baju kurung nya... makcik situ x abes cakap . "Dik sini banyak peragut. sampai aku takut duduk situ. 3 kali aku gi kedia acik tu. 3 kali dia cakap benda sama.  Dah lah aku sorang.  gi praktikal jalan kaki je pon.   mulot orang ni kadang merisaukan. padahal x de pape pon. 

Ada 1 hari tu, Minah sorang tu, pelangan tuan  kedai ni. Aku kan sewa bilik kecik situ. so dia nampak aku. aku borak ngan dia. So dia amek no aku, aku amek no dia..pastu sepanjang kat sana kawan gak lah dengan dia. Ada lah geng gak nak becakap. huhu dia selalu bawak aku merayau naik motor dia. so aku jumpa kawan dia lagi sorang. 

So lepas beberapa minggu aku jumpa lah ngan kawan baru. 
 Huhuhuu *,,* Aku merayau . ponteng praktikal. Merayau naik motor betiga. lepak rayau teman budak pompuan sebaya aku tu cari keja. mencecet dia tinggalkan anak dia.Kitorang naik bas. pusing kl. 

 kawan ni 2 orang pon dah hilang kemana. Pernah sekali. Aku lepak ngan kawan aku ni, leh pulak dia melepak ngan bekas laki dia. Aku punya hangin. Dah tak tak tau balik umah aku, aku lupa jalan. Mujur ada member baru sorang. anta aku balik. Law x beku aku kat situ. isk isk. betambah lagi 1 kawan aku kat situ, skang macam x nak kawan je.hahaha lama x tanya kabo. orang dah bahagia jangan di tanya, kang potong mood dia. 

Ada sekali lagi lepas aku da x gi praktikal. kira aku ponteng lah. 
Kerja mini mart  ampang kl Setengah hari. X lama tu pensyarah kol kol  cakap kat mana, behari hari diorang asek kol. Aku kadang malas nak dengar. aku letak je fon. Aku pon malas pk panjang. 
Aku hilang dari radar, semua cari. Aku matikan no Telepon, lepas beberapa minggu dengan barang yang gila banyak. 
Aku bawak balik, merengkek. sampai bahau. sebelum mak bapak aku marah aku. aku marah marah. aku cakap .eee berat lah benda ni. Masa tu dia orang pandang je aku.
Esok paginya.. abes lunyai aku kena ngan mak bapak aku. Kat umah kena pijak. berakal lah siket aku. Aku kecewakan mak bapak aku. sedih mak bapak aku, ada anak cam aku. Pasal org suruh pergi praktikal. Aku gi merayau sana sini. 

Dah balik umah, aku kerja kedai kasut jap. X rupa orang tengok muka. 

So pensyarah sama kol aku, so aku pon gi jumpa sume. kena kaunseling bagai.  
Insaf jap.  thankssssss , aku besyukur boleh sambung... 

1 SEM EXTEND. 

Jadi SEM 5 Aku practikal dekat IPN institut perakaunan negara.  sabak bernam . Betul betul sebelah poli.. haaha senang nak dipantau. !  Masa ni ada juga ceritanya. banyak gila cerita.  Pernah sekali dak dak cuti sem, aku practikal . duduk umah sewa 10 hari sorang. Seram pon hade. 
So kat sini aku melepak gak gan dak pompuan keja cafe kat sg besar. nama dia pon aku x ingat dah.  So kawan dan pergi. Banyak cite tak yah cite lah. hahaha, penat aku nak taip. 

SELESAI PRAKTIKAL. 

AKU MASUK SEM 6 
Masa ni , kejutan budaya aku dapat . 
Aku memang buat kepala aku. Masuk kelas , abes kelas paling awal aku kuar, Balik kelas, start moto beli makanan  Nasi . Ayam lauk sambal, paru paru. betahun beli lauk sama. haha.  kedai bawah pencawang. cukup masa aku tidur atau aku gi merayau naik moto aku yg tak best tu haha.. Taknak kecewakan mak bapak aku pon gi jelah kelas, balik kelas.sampai abes sem .walaupun hati aku x minat dah nak belajar.
Kelas aku banyak campur Dengan dak junior SEM 3 . 4 . 5 . 6 
Masa ni aku duduk rumah sewa wak amin, sama lah dengan dak dak kelas dulu. Diorang semua baik.  Aku je degil nak mampos kot. Hahha. 

: Nak dijadikan cerita SEM 6 Ni aku jadi cam Takda mood nak belajar.  So aku pun pergi merayau sorang sorang dekat sabak bernam @ sungai besar, Aku mintak kerja dekat pasarayaku.

Aku pon dapat kerja dekat sana. Aku kerja part time, kerja abes pukul 10 malam. Masa tu bulan puasa, Dapat lah berbuka puasa dengan bebudak kerja situ, Dan ada sekali pengalaman aku kena Hantar flyer pasarayaku dekat bazar  ramadhan. Dak poli ada nampak. dia cakap "Eh zi kau buat apa " Aku cakap . Kerja lah.  Aku banyak je duit. Duit bapak aku bagi tak pernah tak cukup. selalu cukup. sebab aku bosan . Aku kerja je lah situ. Tak lama tu aku behenti . pasal selisih paham ngan Cibai cine sorang tu. So Aku benti, kadang time cuti @ lapang tu. Aku ajak wan najiha gi sg besar, gi merayau kat kg. dia tu. hai lah mujur ada ko. Tak lah bosan sangat. 

Time gi kelas aku gi, time balik aku balik. So nak jadikan cite. Jumpa lagi sorang kawan. x perlu aku sebut nama, Ni pon isi gak lapang aku.  Sesekali kang gi lah merayau entah kemana. Hahaha .Ingat lagi masa bulan puasa. Beli juadah berbuka sama sama.  Bila aku gi kelas muka aku memang serius je kot haha, susah lah aku nak ketawa. takde geng lah. memang aku bawak diri aku sendiiri je. . sebab hati aku memang bukan nak belajar dah.. Bila aku dapat kawan kat luar, diorang ni best lah..isi masa lapang ngan diorang. 
Aktiviti aku lain, Aku akan webcam. itu hobi aku . paling rapat selalu nasihat aku dulu. sorang tu. oke terima kasih. skang x tegur dah. hahaa .Buat hal masing masing, orang dah bahagia jangan di kacau. 

 Aku dulu memang pale aku dah  tak pk apa pon ... Kata orang mood besuka ria. tak tentu hala. itu aku. hahaha. time belajar, aku belajar. balik x de makna . 

Oh last sem 6, waktu peperiksaan ni aku pk nak bawak balik motor dari sabak bernam ke negeri sembilan. Perjalanan agak jauh . pasal umah aku nak ke seremban pon dah 2 jam. So kira kali ke 4 aku nak balik bawak motor, aku ajak adik aku lah. duduk rumah sewa dalam 2 minggu ke 1 minggu aku lupa. rasa dalam 10 hari kot. lupa lah. So, nak dijadikan cerita. Dari Negeri sembilan aku naik bas komuter semua, bawak adik aku yg Umur 17 masa tu. Ada lah kawan aku. 

Masa tu peperiksaan Sem6. Aku cepat cepat balik, dah abes jawab exam. Aku belikan makanan aku n adik.  Makanan sapa beli. Nasi. Ayam sambal , paru paru. Aku balik rumah sewa. 
Kang ada je cite aku kat adik aku. Aku sentiasa ada benda nak dicerita. naik bebuih lah telinga dia nak dengar cite aku. 
Apa yang paling aku ingat , kisah aku dan adik aku kat umah sewa tu.
1. Taik ayam berakkan depan pintu, adik aku basuh. Adik aku memang pembersih, rajin. 
2. Belapar dekat sana,sampai mengigil. Malas kot nak gi beli . Sekali dah petang dah nak malam gitu, baru makan. Oder kemain banyyak. padahal dua dua badan kecik je. Abes ah aku dengan adik makan. kemain kebulor. 
3. Aku bawak adik beli meja, kat sg besar. Dah apehal aku nak beli meja aku pon tak tahu. Dah lah naik motor kristar tu . haha.  Masa pergi sg besar tu, kemain laju press motr.. motong 1 kereta ni... Dengan lajunya aku bawak motor, ZAAAAAAPPPPPPPPS. Visor aku tercabut lah. so helmet tu da togel. Malu nya rasa. Aku pon behenti tepi jalan... 
Aku cakap. Dik tukar helmet dik....Malu lah nak bawak motor, adik aku duduk belakang. Aku gelak tebahak bahak. Aku gelak tak behenti.. AKu cakap kat adik. "Dik muka kau macam apek." so teruskan perjalanan. Terus gi kedai motor, Tukar Visor baru. so  aku pon tukar helmet semula. 
4. Masa ni dah abes EXAM. Aku ngan adik pun naik motor dari sabak bernam hingga ke negeri sembilan. Masa ni sesat kat taman KL. Huhuu. memang selalu kalau balik. sesat jele. Ni kali ke 4 aku balik naik motor. So Kali 1 - Ke3 TU Aku balik sorang jelah. Kemain jauh. naik lenguh. Si sampai umah, banyak lah cite aku ngan adik aku kat umah . Cite ngan mak ina saoa lagi ada. tebahak bahak gelak. Ada lagi cite lain. Aku pun lupa lah. 

So abes lah sem 6.  

Masuk Sem 7 .
Aku tak duduk Rumah sewa lagi, sebabnya budak budak batch aku semua da tamat belajar..... Aku pon amek keputusan duduk asrama... 
Masa aku duduk asrama. Aku buat kepala hotak aku juga. Dapat lagi kelas 
dengan dak junior SEM 3, 4, 5 , 6,7
Bukan main banyak kelas aku. So bebudak nya tak ramai pon  aku kenal. pasal aku ni x pk pon pasal nak belajar ke apa. Pegi kelas, balik kelas. pegi kelas. balik kelas. Abes lah sem 7 Aku.

Masa sem 7 ni , ada gak lak geng geng sem7. lepak kat sarang burung.  Buat kojo sesamo lah sangat.  Tq lah. kot takde korang. tepu lah otak aku duk sanun. 

Dengan ni tamatlah aku punya perjalanan zaman belajar. ^_^'
Hidup aku masa belajar tak seindah mana. hahaha.  .  Aku Banyak dengan dunia maya aku. Dunia berjalan aku ikot kepala aku. ^___^' 

#Dari Budak degil 
#Pasti Ada Hikmah disebaliknya
#Semoga BizNes KU maju Satu hari nanti.
#Psis sabak bernam 2010 - 2013 #  
#Satu cerita untuk aku simpan di sini. 
 Aku adalah aku, Ego itu Aku, Love is chinta. 

****Degil itu, tak semesti. degil selamanya. Semoga mak ayah ku bangga denggan anak nya satu hari nanti. 

#Diploma teknologi Maklumat
(pengaturcaraan) 
Sekarang  buat bisnes Printing. InsyaAllah dari masa ke semasa akan tambah benda baru  ^______________^.
Doakan Product MUP Akan ramai kenal satu hari nanti. Berjaya dunia Akhirat.



#MUP PRINTING
BUKAN SEKADAR MENCETAK
#Dari Azirozeiah


BY MUP



Khamis, 17 September 2020

Dunia bukan tempat rehat

 Dulu kalau kerja, aku suka pergi tempat ada ramai budak kerja.Jenis aku suka bekawan, beborak, kerja enjoy. Aku cakap kat asol. rindunya nak kerja marry brown.. rasa nak gi mintak kerja sana. pastu asol cakap. nak buat apa kerja. bukak jela KFC. doakan 1 hari nanti MUP ada wang lebih nak bukak franchaise KFC. Ado modal semua jadi. AWuuuuuuuuu... kot melimpah limpah wang, kodai kasut mup pon buleh ado oi. segala gala nya nak dibuek, tapi suko buang maso. apa pon tak boleh. ~Mood suka enjoy. bila dok sorang, nak cakap ngan sapo?? Kepala hotak sentiasa berfikir, camno gayo nak majukan diri.

#Dunia bukan tempat rehat.

potong kertas
HEAVY DUTY MACHINE CUTTER


Isnin, 14 September 2020

KENA KETOK KEPALA, RASA BEHENTI KERJA.

 

Pengalaman aku gi kerja mana mana. Banyak tempat, mesti kena marah or nasihat or 1 tempat tu bajet keji aku. Yang marah sampai buat aku touching, memang
aku behenti je. Pagi ko marah, petang atau esok aku blah. 🤣Jenis aku memang tak suka orang nak tentukan hidup aku, ikot kepala otak, banyak kali da aku kena marah, kena pijak kepala, kena bantai, camtu je aku. So skang ni aku rasa cam baru nak matang. hahahha matang ke, tak tau lah. orang lain nilai lah sendiri.
Malam tadi aku kena ketok kepala, Aku pon bengang gila. Rasa taknak dah buat kerja, benda ni pon memang aku rasa nak lari rumah dah. Bukan sekali, banyak kali da aku gibab dalam hidup, Matang pemikiran aku lambat. dah kawen pon aku masih je selamba panjat pokok. Apa aku nak buat, aku buat. aku tak dulik dengan orang punya cakap. Nak di pendekkan cite aku ni dewasa pon lambat. kalau org lain. mungkin darjah 5 6 or form 1 2 dah dewasa, aku memang dilahirkan dewasa lambat. so ok Jelah kan. bukan ni aku nak citekanya. ni just suka suka nak taip. Tapi sekarang umur dah tua kot.
Usaha berubah kearah kebaikkan. Dah matang pun sepatutnya.

Beberapa bulan lepas, Mak aku da cakap. umur ko dah tua ji, bukan budak lagi. oke insaf lah jap, bulan demi bulan berlalu, cmtu yo. hahha. Ada lah berubah nya kot. Lebih baik dari sebelumnya. Kadang muhasabah diri jugak.
Hidup ni satu perjalanan, Semoga hari hari akan mendatang hidup lebih baik. Berfikir sebelum bertindakan. #SEMOGA LEBIH MATANG DALAM MELAKUKAN TINDAKKAN.!.

Selasa, 8 September 2020

CARA JUAL BARANG DI SHOPEE : CARA MUDAH EDIT GAMBAR PRODUK GUNA PIZAP DAN REMOVE BACKGROUND

Assalamualaikum, 

MUP nak share cara mudah edit gambar produk untuk jual di shopee dengan mengunakan Pizap dan Remove Background.  


Caranya 


1, Ambil gambar produk mengunakan smartphone

2.  Buka page https://www.remove.bg/

3.  Buka page https://www.pizap.com/app/start

Dengan mengunakan link di atas, boleh sudah edit gambar produk dengan senang. 


Disini MUP share sekali video cara mudah edit gambar produk. 






Rabu, 2 September 2020

Pengalaman 2009 | Bersama Wawa budak kedai kasut sisi

 Berapa orang friend fb ko da meninggal. Aku 3 org .. Kalau tengok mesej.. Ada lah tinggal kenangan.. Pernah mesej diorang🙂

Aku kadang tekilan lah pasal mesej mesej ni. Pada tahun 2009 masa ni x de fb lagi...adik si wawa dok lah mesej aku. Tanya aku buat apa. Belajo kat ne. 3 mesej je lah.. Aku just balas mesej. 👉Ok tengok tv.Nak belajo. P. Bye
MESEJ aku balas lebih kurang gitu je.
Ada 1 hari.. Si fateh tepon kan. Cakap adik wawa da meninggal.. Jadi aku tepon no udin..org lain angkat. Dia pon bagi tau udin lah meninggal.. Aku INGAT adik dia yg kecik tu.. Rupanya adik dia yg udin tu. Agak tekejot jugak.. Sebab beberapa hari sebelum tu dia ada mesej aku.. Aku lak malas nak layan sangat.. Masa tu mood aku mang malas nak main hanset.. Hanset pon balai anjing je oiii....line pon kena carikk😝bukan line penuh. 🙂
Semoga tenang disana udin adik wawa.
-Al fatihah-
Jadi kan pengajaran oke... Kalau org mesej tu. Balas lah dengan ikhlas😉 bila org tu dah takde.. Baru ko akan tekenang.. Last teserempak depan KFC. Aku tarik mto kau. Da apehal Jele. zaman aku budak kot. X matang 😝 saje kaco ko..
So Kalau korang kenal si wawa. Ada fb wawa budak sisi keja kedai kasut bahau 2009.. Bagi tau.. Lama aku x nampak budak tu.. Last aku gi umah mak dia n family dia tu.. Kat tanjung kling melaka.. Makan nasi empet goreng...Asal aku lalu melaka.. Kepala aku INGAT lah so wawa ngan keluarga wawa ni..
Last aku be jalan ngan ko.. Merayau kat bahau beli kasut kuning kedai boon. N baju kuning ko.. Bapak punYA kuning.. Merayau kat tampin. Jadi jakon masok kedai rm2.. Semua murah🤪 Naik bas dari bahau ke tampin.. Tampin ke melaka 2009.. Sampai telajak ke sg udang.. Pastu adik kau jempot..esok nya. Gi pasarmalam.. Itu jele yg aku INGAT.dan lepas panta klebang.. Poie naik moto dari rumah ko ke pantai klebang..
Dan last 1 lagi.. Lepak kat kedai Cc bahau. Isi borang. Mintak belajo.
Kot sapa kenal wawa sisi.. Soh add aku. Hahaha👉😝 kot ko tak kenal. Abaikan ajelah. 🤪🤪Aku just tulis sini. Sebab ini cerita aku.. Zaman bebudak. UMOr dalam ic pon baru 17😝😝ikot tahun 18. #kedai #kasut #sisi #2009

Jumaat, 28 Ogos 2020

Permulaan hidup untuk berniaga

Setelah sekian lama, Menanti, Hari ni aku terus menanti. Permulaan untuk berniaga printing ni.

Oke Rumah dah dapat, kedai kecik pun dah dapat. Tapi belum boleh masuk lagi. 

Kalau dah dapat. Akan di update . Oke ni lah tempat bakal aku duduk. 





cadangan aku,

Pilih 1, 2 atau 3.

???
1. Beli machine baru , Niaga dalam rumah dulu, ada duit lebih renovate kedai kecik ni.🤪
2. Renovate Kedai kecik ni dulu, ada duit baru tambah machine baru. 🧐
3. Tak payah Renovate kedai kecik ni. Just basoh, Tukar pintu baru. hias siket je. Jual Barang Frozen, @ Makanan ada potensi orang nak beli (jualkan orang lain punya) just collect komisen. Jual printing dalam rumah je. Banner pasang kat kedai kecik. Beli machine baru . Niaga dalam ngumah je. ada modal . + Renovate kedai kasi beso😄
penduduk banyak ni?? $$$$$ Fikirkan sampai melayang. Tah bila Lah akan mula duduk dekat situ. cam cam dugaan. Huhu~bertahun sudah belalu😅

Khamis, 20 Ogos 2020

Kerisauan hal rumah

Assalamualaikum,

Dengar kabo bulan 10 ni, da kena bayo duit rumah dimelaka ( 🥶) . sekarang masih digemas. Renung-renungkan nasib keluarga kecil ku. Harapnya settle lah masalah masalah jadah mak dia tu🤫😴 Tepalit jugak kena PK~Sini mau bayar. Sana mau bayar. dah nak masok bulan 9, #kerisauan melanda. #Harapnya 2021 ada sinar harapan. walaupun memang tgah down, x dapat nak repair kedai tu. PK Kan cara lain.🤪 🤧#Masih gelap gurita~

Al kisah belom masok lagi rumah melaka tu, Jiran situ dok dok tanya. Kalau nak keluar bagi tau dia. Isk isk isk. yele kite ni memang nak menyewa kat umah melaka sanun, Masok pon belom, da tunggu aku anak beranak keluar dari umah tu. Betapa ramai nya nak duduk rumah tu, dia tak tahu. Sakit hati tengok retak tu. kedai depan umah tu pon. macam cilanat. banyak nak kena betolkan. wang pon da abes. Tunggu ada modal baru ah betulkan. teruskan niaga cam biaso😂🤫 #Indah kabar dari rupa. masa nak dapatkan berebut sampai 5 orang, bila da dapat. jiran umah melaka lak tanya bila nak kuar bagi tau dia🤪, Bila da nak masok awal bulan 7,dah masok api air, rumah pulak bocor,retak, rosak sana sini dan bagai bagai lagi. #Waiting ~Harap nya masalah pindah randah ni selesai tahun ni. Nak fokus niaga. penat dah kehulur ke hilir mencari hala tuju. 🥰 #PK anak sekolah #Pk duit #Pk Hutang #Pk Bisnes #Pk pahala #pk dosa #pk hidup #Pk mati

Cerita Macamman boleh beli rumah: KLIK SINI



Pengalaman buat sampul raya

 Pengalaman buat sampul Raya -/Mulanya anak umur 4 bulan-tercipta lah biz printing




2016 hujung tahun: jumpa cina sombong. dia jerit!! Mana ada org jual Ampau.
Kehulur kehilir lah pusing. Jumpa uncle cina buat ampau. Dia pon cakap beli kertas dekat situ.
Balik rumah.Try print!! HAH x boleh. sebab printer x support!
(Anak umur 6 bulan)
2017: Hanya berangan nak buat sampul duit raya. ~ Xmampu buat.~
2018: Dah Ada machine yang ngam . Jual sampul rayal. Machine pemotong x support. nak guna cameo ok tapi lambat . guna lah gunting. Berjam gunting sampai x raya.Gam pulak tak lekat sebab first time buat, Rupa salah step**~**masa ni, buang Sampul Raya 1 Bakul besar tu ~ Banyak juga kuantiti nya, Masa tu buat tengah penat dan ngantuk. Komplen pon dapat. Its Oke. kite terima dan Mana yg masih support. terima kasih. Dan perbaiki kesilapan lalu~
(Anak umur 1 tahun tahun lebih)
2019: MUP cipta 1 mesin pemotong sendiri. Masa Raya 2019 ni Alhamdulillah FeedBack dari customer memang Baik.
(Anak umur 2 tahun lebih)
Dan 2020: Doakan MUP lepas Target. Mana nak jana pendapatan bersama MUP. ~Dipersilakan Ya. Anda Buat, anda dapat!
(Anak skang 3 tahun lebih, bulan 6 masuk 4tahun)


#Alasan beri Anda seribu penyesalan~
#Gagal nya MUP. bila MUP tidak bertindak.
#USAHA UNTUK BERJAYA!!


Jumpa mamat poyo, Masa tengah susah!

 

Hai Assalammualaikum, 

Cerita ni adalah, Semasa Kami bertiga mencari-cari apa itu kertas sampul raya? 

Cerita ni memang panjang. Sebabnya ni adalah kisah benar. 

Pengalaman cari kertas Sampul Raya


Okay bermulalah kisah seawal dulu buat printing. Aku , adol dan samsol pegi ke satu tempat, masa tu adol ni kecil lagi. Umur dalam 4 bulan gitu, Kehulur kehilir kami bertiga cari kertas. Ko dapat bayangkan tak, Aku dokong budak 4 Bulan, gilir-gilir lah dokong. Tiba di satu tempat ni kawasan printing memang banyak. Kami bertiga jalan dan terus jalan. kehulur kehilir, tanya kedai sana, Tak bagi tahu. Tanya kedai situ tak bagi tau. Tanya kedai situ pon tak da juga jual kertas nak buat sampul raya. Masing-masing nak berahsia. Tah apa yang nak dirahsia. Aku pun tak tahu lah. Nak beli 1 kertas pon tak bagi. Dia buat sampul raya, tapi dia tak jual kertas walaupun sekeping. 

Kalau korang yang nak beli kertas sampul raya, boleh beli dekat MUP Ok. MUP sedia jual kertas sampul raya kosong, x nak kertas. Nak beli sampul raya pun, MUP jual. Klik sini


Seawal tahun 2016 Dulu, Aku baru ada 1 printer canon G2000 Dan 1 Laptop. Satu hari tu aku terfikir lah nak buat sampul raya. Aku pon print guna kertas matt, boleh print. Tapi kualiti agak kecundang. Aku fikirkan, oh kertas tak sesuai. Mula dari sini, Tercari-cari  kertas sampul raya  yang sesuai. Pergi lah aku bertiga ke satu tempat. Yang aku cerita kat atas tu. Kami bertiga jalan dan terjumpa 1 kedai ni jual sampul raya C, Dan ada 1 anti ni tengah lipat dan gam sampul raya C. Memang belambak sampul raya yang dia tengah lipat. Dalam kepala, Apa kertas dia guna ni? 

Oh dalam kedai yang jual sampul raya C tu, Samsol tanya ini ampau guna kertas apa ya? Si mamat poyo ni dengan kuat, Cakap. "Mana ada orang jual Ampauuu." Memang kuat dia jerit. sangat memalukan! @,@ So kami bertiga pon pergi dari kedai tu. Pandang sesama sendiri. Samsol pon cakap. , Abes tu dia jual ampau tu apa. Aku pon jadi panas hati jugak dengan mamat poyo tu. Sampai sekarang pon tak pernah rasa nak amek tahu  hal dia. Masuk kedai dia. Itulah kali terakhir, Walaupun tahun 2020 aku masih pergi situ lagi. Pasalnya terlalu belagak sangat. Dekat situ, tak dapat jawapan kertas apa yang selalu orang buat sampul raya. 

Dengan Rasa kecewa, Jalan lagi dan terus jalan. Masuk sudah tempat  supplier yang kami pergi, Masa tu memang kertas belambak. Dia tanya. Adik nak kertas apa. Aku dengan samsol pon blur, Tak tahu nak beli kertas apa. sebab terlalu banyak jenis kertas dekat situ. So cakap tak pe, Kami bertiga teruskan kehulur kehilir dekat bangunan tu, Machine memang besar besar kat sana. Memang kalau tengok. Semangat habis. Teruskan jalan. Masuk 1 kedai ni pulak, Dia buat sampul raya, tapi tak jual kertas. Jadi tak mengapalah. Teruskan lagi jalan. Sampai naik penat. 

Dalam kepenatan, dah kehulur kehilir, Uncle sorang ni perhati je, lalu lagi depan uncle ni,  uncle ni tanya. Mau cari apa?

Cakaplah, Nak cari kertas sampul duit raya 

Uncle ni pon cakap, Itu kertas Art nipis punya. Beli dekat sana. 

Uncle ni pon tunjuk lah tempat kertas ni. 

Rupanya, tempat yang banyak kertas tu lah tempat nak beli kertas sampul raya. 

Kami bertiga pun pergi lah beli dekat tempat kertas banyak tu. 

Sudah dapat kertas sampul raya. 

kami pun pulang ke tempat tinggal kami. 

Sehari selepas pulang ke tempat tinggal, 

Aku pun print lah kertas tersebut dengan menggunakan kertas yang dibeli semalam. Tetapi malangnya, kertas tersebut tidak boleh print guna printer canon. huhuhu.  Sebab utamanya adalah, Kertas yang dibeli hanyalah untuk printer laser jet sahaja. 

Selepas dari 2016 ni,  2016 hujung tahun: Try print!! HAH x boleh. sebab printer x support!

2017: Hanya berangan nak buat sampul duit raya.

2018: Dah Ada machine yang ngam . Mula Jual sampul raya.

Pengalaman jual sampul raya 2018 - 2020 : KLIK SINI ~






BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...