Hai Assalammualaikum,
Cerita ni adalah, Semasa Kami bertiga mencari-cari apa itu kertas sampul raya?
Cerita ni memang panjang. Sebabnya ni adalah kisah benar.
Pengalaman cari kertas Sampul Raya
Okay bermulalah kisah seawal dulu buat printing. Aku , adol dan samsol pegi ke satu tempat, masa tu adol ni kecil lagi. Umur dalam 4 bulan gitu, Kehulur kehilir kami bertiga cari kertas. Ko dapat bayangkan tak, Aku dokong budak 4 Bulan, gilir-gilir lah dokong. Tiba di satu tempat ni kawasan printing memang banyak. Kami bertiga jalan dan terus jalan. kehulur kehilir, tanya kedai sana, Tak bagi tahu. Tanya kedai situ tak bagi tau. Tanya kedai situ pon tak da juga jual kertas nak buat sampul raya. Masing-masing nak berahsia. Tah apa yang nak dirahsia. Aku pun tak tahu lah. Nak beli 1 kertas pon tak bagi. Dia buat sampul raya, tapi dia tak jual kertas walaupun sekeping.
Kalau korang yang nak beli kertas sampul raya, boleh beli dekat MUP Ok. MUP sedia jual kertas sampul raya kosong, x nak kertas. Nak beli sampul raya pun, MUP jual. Klik sini
Seawal tahun 2016 Dulu, Aku baru ada 1 printer canon G2000 Dan 1 Laptop. Satu hari tu aku terfikir lah nak buat sampul raya. Aku pon print guna kertas matt, boleh print. Tapi kualiti agak kecundang. Aku fikirkan, oh kertas tak sesuai. Mula dari sini, Tercari-cari kertas sampul raya yang sesuai. Pergi lah aku bertiga ke satu tempat. Yang aku cerita kat atas tu. Kami bertiga jalan dan terjumpa 1 kedai ni jual sampul raya C, Dan ada 1 anti ni tengah lipat dan gam sampul raya C. Memang belambak sampul raya yang dia tengah lipat. Dalam kepala, Apa kertas dia guna ni?
Oh dalam kedai yang jual sampul raya C tu, Samsol tanya ini ampau guna kertas apa ya? Si mamat poyo ni dengan kuat, Cakap. "Mana ada orang jual Ampauuu." Memang kuat dia jerit. sangat memalukan! @,@ So kami bertiga pon pergi dari kedai tu. Pandang sesama sendiri. Samsol pon cakap. , Abes tu dia jual ampau tu apa. Aku pon jadi panas hati jugak dengan mamat poyo tu. Sampai sekarang pon tak pernah rasa nak amek tahu hal dia. Masuk kedai dia. Itulah kali terakhir, Walaupun tahun 2020 aku masih pergi situ lagi. Pasalnya terlalu belagak sangat. Dekat situ, tak dapat jawapan kertas apa yang selalu orang buat sampul raya.
Dengan Rasa kecewa, Jalan lagi dan terus jalan. Masuk sudah tempat supplier yang kami pergi, Masa tu memang kertas belambak. Dia tanya. Adik nak kertas apa. Aku dengan samsol pon blur, Tak tahu nak beli kertas apa. sebab terlalu banyak jenis kertas dekat situ. So cakap tak pe, Kami bertiga teruskan kehulur kehilir dekat bangunan tu, Machine memang besar besar kat sana. Memang kalau tengok. Semangat habis. Teruskan jalan. Masuk 1 kedai ni pulak, Dia buat sampul raya, tapi tak jual kertas. Jadi tak mengapalah. Teruskan lagi jalan. Sampai naik penat.
Dalam kepenatan, dah kehulur kehilir, Uncle sorang ni perhati je, lalu lagi depan uncle ni, uncle ni tanya. Mau cari apa?
Cakaplah, Nak cari kertas sampul duit raya
Uncle ni pon cakap, Itu kertas Art nipis punya. Beli dekat sana.
Uncle ni pon tunjuk lah tempat kertas ni.
Rupanya, tempat yang banyak kertas tu lah tempat nak beli kertas sampul raya.
Kami bertiga pun pergi lah beli dekat tempat kertas banyak tu.
Sudah dapat kertas sampul raya.
kami pun pulang ke tempat tinggal kami.
Sehari selepas pulang ke tempat tinggal,
Aku pun print lah kertas tersebut dengan menggunakan kertas yang dibeli semalam. Tetapi malangnya, kertas tersebut tidak boleh print guna printer canon. huhuhu. Sebab utamanya adalah, Kertas yang dibeli hanyalah untuk printer laser jet sahaja.
Selepas dari 2016 ni, 2016 hujung tahun: Try print!! HAH x boleh. sebab printer x support!
2017: Hanya berangan nak buat sampul duit raya.
2018: Dah Ada machine yang ngam . Mula Jual sampul raya.
Pengalaman jual sampul raya 2018 - 2020 : KLIK SINI ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan