Selasa, 14 Mac 2017

Berniaga biar orang suka.

Okey hari ni Mama Umar printing nak luahkan isi tersurat dan tersirat siket.

Hurmmm berniaga biar orang suka.
Okey Nak bagi Pencerahan sedikitlah. Kita nak berjual dengan pelangan sekali sahaja atau berkali-kali. Oh ya. Mestilah berkali-kali kan.

Anda sebagai peniaga pastikan untuk pelangan anda akan datang semula kepada anda.

1. Tepati masa
Jangan buat pelangan tertunggu-tunggu anda. Pastikan anda memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan anda. Sekiranya anda terlewat atau ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Ucapkan lah mohon maaf kepada pelangan anda. Jangan sesekali buat tidak kisah dengan sikap anda.

Yang ni saya telah terkena. Tertunggu tunggu. Rasanya sekali sahaja saya akan membeli dengan anda. Dan tak ada kata maaf dari penjual. 

2. Senyum
Murahkan senyuman dalam manisan yang terukir di bibir ketika bertemu dengan pelangan anda. Jangan sesekali buat muka dengan pelangan anda.


3. Kualiti
Pastikan sebelum menghantar kepada pelangan anda. Barang anda berkualiti sama dengan harga yang di beli oleh pelangan anda. Jangan sesekali memberi pelangan anda barang yang sudah rosak teruk.

Yang ni saya beli barang dari peniaga. satu dalam keadaan baik, satu lagi rosak. peniaga pun buat tak tahu, jadi tak apalah. sekali sahaja saya beli.  Ada juga 1 Kedai ni buat ABC.. Tak rupa ABC.. satu kali jer pergi. lepas dari tu. tak pergi dah. Dia buat dalam keadaan bergaduh dengan keluarga dia di kedai semasa buat ABC.

4. Bertanya kepada pelangan,
Sekiranya anda rasa perlu tanya pelangan tentang produk yang anda telah jual. Sebaiknya tanya, Baik kah? elok kah? sedapkah? dari pertanyaan ini juga. anda dapat perbetulkan produk yang ada kekurangan dan anda dapat juga perbaiki kesilapan anda.

5. Jujur dalam berniaga.
Pastikan anda jujur dalam berniaga, jangan sesekali menipu pelangan, Pulang baki pelangan walaupun 5 sen

6. Layan pelangan dengan baik
Layanlah pelangan anda dengan baik, baik bermaksud bukan tergedik-gedik. Balas kata-kata dengan cepat sekiranya Whatsapp atau mesej.
Sekiranya anda ada kedai. Pastikan anda tidak bercakap dengan telefon sepanjang masa. Letaklah telefon itu dahulu. sekiranya pelangan anda hendak bayar dan bertanya kepada anda sebagai peniaga yang jadi cashier di kedai.

okey yang ni pun dah kene. bergayut dengan telefon jer, sampaikan masa nak bayar pun..asek beborak jer dengan telefon dia.

7. Bila pelangan tanya. Jawab dengan baik

Anda peniaga, kalau pelangan tanya. jawab lah dengan baik. Andai kata pelangan anda nak cari barang selain dari anda jual. Cuba bantu pelangan anda dengan memberi jawapan yang membantu. Jangan sesekali jerit dengan pelangan sampai menguris hati pelangan. 

Yang ni pula, saya dan terkena di kl . Tanya sorang cashier tu. di jerit cakap mana ada orang buat ....... Padahal dia ada jual di situ. Sekali sahaja saya pergi situ. lain kali jangan harap. Jangan pandang orang yang macam tak da duit. dan layan orang dengan teruk yer. 


Banyak lagi kesilapan peniaga yang boleh buat pelangan lari dari membeli dengan anda. Jadi sebaik-baiknya anda sebagai peniaga. Jagalah sikap anda terhadap pelangan. Kerana pelangan anda juga ada perasaan. Jika anda perangai yang teruk. Anda telah menolak pelangan anda dengan serta merta. Jadi peniaga kena lah bijak.

Buat lah pelangan suka berkhidmat dengan anda, Pastikan pelangan anda membeli dengan anda berulang. Jika sekali sahaja beli kepada anda, Pasti ada tidak kena. Cek balik. Saya juga di sini sentiasa hendak memberi perhidmatan yang baik kepada pelangan saya. Sekiranya terdapat cacat cela ketika menjadi pelangan saya. Sila beritahu  saya , dan saya akan memperbaikinya.


Ada lagi kesilapan yang dilakukan. Nanti saya akan update lagi
KLIK SINI UNTUK  TAHU CERITA SELANJUTNYA.


Bebelan dari AziRozeiah
#mama umar printing
#umarprinting.blogspot
#surihome.blogspot




BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...