Jumaat, 18 Disember 2015

Berniaga dengan Pelangan

Dalam berniaga, Nak jual mesti kena cari pelangan. Macammana kedai Orang cina tu campak hujung corok mana pun, ada sahaja pelangan datang membeli. Diorang saling membantu dalam perniagaan. Banyak kali dah jumpa dengan peniaga cina, kalau kita datang di kedai mereka. Mereka akan beritahu bahawa kedai kawan dia ada jual dan tunjukkan dekat mana barang yang pelangan cari. Orang berniaga ni tugas dia menyelesaikan masalah pelangan. 

Kalau kedai orang kita, duduk corok banang mana, kejap je dah bungkus. Sebab apa? Tak ada promosi dan duduk diam di situ. Tak ramai yang tahu bahawa ada kedai di situ. Satu permasalahan yang ketara adalah peniaga melayu ni, bila di tanya, mesti cakap tidak tahu? Suruh juga beli barang dekat dia. Macammana orang nak beli dekat peniaga macam ni, yang suka memaksa. Pelangan ada cita rasa tersendiri. Jika pelangan rasa barang yang di cari tiada di kedai itu, mesti lah pelangan akan cari kedai lain. Bila di tanya dan peniaga tahu kedai di mana? apa salahnya beritahu kepada pelangan. Takut sangat pelangan lari kepada orang lain. Rezeki kan ada di mana-mana. 

Saya tidak kata semua, tetapi adalah segelintir yang saya tengok macam ni. Susah nak membantu bangsa sendiri. Dalam berniaga kena lah bersaing, saling bantu membantu. Pernah sekali saya berjumpa dengan orang melayu ni, Kita hendak sama-sama meniaga barang yang sama. Tetapi dia cerita? dekat mana nak ambil barang? Dekat mana nak borong barang murah? Cara dia buat guna apa? Jalinkan hubungan sesama peniaga. Dengan jalinkan hubungan sesama peniaga, Tak akan jadi masalah bila berkongsi cerita. Tetapi yang akan menjadi masalah adalah bila ada  perasaan hasad dengki. Hidup kena lah saling bantu-membantu. 

Berjual beli dengan manusia. Bukan dengan monyet. Jangan terlalu tamak dan suka menjatuhkan perniagaan orang lain. Berniaga secara berhikmah. Orang pun suka. Yang paling penting Jujur dalam berniaga lebih berkat.




Semangat Berniaga Vs Negatif

Semangat Berniaga Vs Buang Air Liur. 

Kisah si dia yang suka berniaga. Dari tahun 2013, saya hanya memerhati. Semangat lain macam kalau bab perniagaan. Kalau bercakap dalam jual beli memang hobi dan minat si dia. 
  
Di mana ada kesempatan untuk bersuara, selagi itu dia akan gunakan untuk menjual. Dari mula jual tisu, munif cocoa dan sekarang dengan projek baru OCS SYNERGY... Kebanyakan urusan jual beli akan berjumpa dengan tokey-tokey kedai makan. Entah kenapa suka promote kedai makan? Mungkin ia selesa. 
  
Sebenarnya banyak cerita. Tetapi hari ini nak bercerita tentang "RUGI AIR LIOR JE KO BERCAKAP". Tujuan sebenarnya untuk berkongsi maklumat kepada tokey kedai ini bahawa jika ingin memajukan lagi perniagaan dengan menarik pelangan. JOIN lah OCS SYNERGY.   

Rambut sama hitam, Hati lain-lain.

Situasi pertama : Tokey lelaki: Si dia pot pet pot pet, Si tokey ni pon dengar lah sampai habis.  Dan Ayat last sekali si tokey. Buat habis air liur kau je sol. Si dia pun balas. Tak habis lah. Cuma kita nak beritahu dengan cara ni boleh majukan perniagaan. Kalau abang berminat boleh beritahu saya ye dan kalau ada masa 26.12.2015 ni boleh lah pergi dengar taklimat tentang ocs synergy ni.

Situasi Kedua : Kedai kucing : Tujuan mempromosi kan OCS SYNERGY kepada kedai haiwan ini adalah, Sekiranya tokey kedai ini Join OCS SYNERGY, Ramai lah Ahli pecinta kucing akan beli dekat Tokey kedai ni. Betul tak? Sesi perbualan. Akak nak majukan perniagaan akak tak? Kakak ni pun menjawab, hah macammana? Si dia baru mula nak terangkan. "KONSEP Dia." Kakak ni pun cakap, Buang air liur kau jer bercakap. Hai baru cakap konsep dah cakap buang air liur. Apa lah masalah orang macam ni. Si dia pun membalas dengan berkata. "Kakak air liur saya ni tak habis pun, lagipun Allah yang bagi air liur ni, untuk bercakap. Tak rugi apa pun. Kakak ni pun dengar. Si dia pun sambung penerangan sampai habis. Rupanya Bos dia tak ada??? Dia bagi kad. Nanti call boss. 

Nampak tak? Kalau bercakap dengan pekerja ni macammana? Semacam jual tisu dekat senawang pada tahun 2013 dulu. Pekerja lebih OVER daripada BOSS. Mengalahkan Tokey besar. Jadi manusia jangan angkuh sangat. 

Ini lah ragam manusia, bila 2 orang menolak Peluang. 10 orang yang nampak peluang. Bagi mereka yang telah join OCS SYNERGY tahniah, kerana telah membuat pilihan yang bijak. Dan bagi mereka yang tidak mahu memberi peluang kepada diri sendiri Terpulang. Tiada siapa yang akan bantu anda, ketika anda susah. Ingat tu.

Kita berkongsi benda baik, untuk memajukan diri sendiri. Tapi kalau jasad pada diri hanya menunggu dan menanti dan tidak mahu berubah untuk maju ke depan. Selamat jalan sahaja lah. Masih ramai orang-orang yang mahukan kejayaan.  

Siapa tidak mahu? kalau pergi kedai membeli barang keperluan dan dalam masa yang sama kita mengumpol point, dan point itu tukar kepada duit. Peniaga boleh membuat duit serta memajukan lagi perniagaan dan pembeli juga buat duit dengan mengumpul point dengan adanya KAD OCS SYNERGY.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

"Jadikan Perbelanjaan anda sebagai Tabungan/perniagaan."
#CELIK MINDA #CELIK HATI.













Rabu, 9 Disember 2015

Ayam Masak Sambal Piaw By SH

Pagi subuh dah bangun nak menyiapkan makanan, Suami nak pergi kerja kan, bawak lah bekal... so jimat, kita kena berjimat di zaman sekarang ni, ada masa makan kedai, ada masa kita kena makan masakan sendiri. Pagi ni masak cengkodok pisang dan Ayam Masak Sambal...  Ni nak berkongsi resepi yang mudah. 


Ayam masak sambal


BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN 
makan untuk 2 orang )


- Ayam 
- Bawang Besar 1 biji 
- Bawang Kecil 2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Cili kering 9 - 14 tangkai
- Halia 2 inci siap di 
- serai 2 batang siap di ketuk
- Minyak masak
- Air Jarang / Air putih
- Air asam jawa
- Garam 
- Gula
- Sos Cili


CARA - CARANYA

1) Rebus Ayam sehingga mendidih
2) Toskan Ayam yang siap di didih
3) Belendar Cili Kering, Bawang Kecil, & Bawang Putih (siap di belender/di kisar)
4) Hiris Bawang Besar & Halia

Masa untuk memasak (Tenggek Kuali atas dapur gas)

5) Masukkan Minyak - tunggu sampai panas
6) Masukkan Halia & Bawang Besar
7) Masukkan bahan yang siap di kisar/belender tadi 
8) Masukkan Serai - Tunggu sampai naik bau
9) Masukkan Air Jarang / Air putih -tunggu da mendidih siket
10) Masukkan garam secukup rasa, dan sedikit gula dan masukkan sos cili sedikit.
11) Masukkan Ayam yang telah siap di rebus
12) Masukkan Air Asam Jawa
13) Kecikan api, dan tunggu sampai naik minyak, dah Yakin masak.. TUTUP API..

SIAP DI HIDANG
SELAMAT MENCUBA !!!!! 
^______________^'

By Azie Rozeiah 
surihome.blogspot.com



















BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...