Dalam berniaga, Nak jual mesti kena cari pelangan. Macammana kedai Orang cina tu campak hujung corok mana pun, ada sahaja pelangan datang membeli. Diorang saling membantu dalam perniagaan. Banyak kali dah jumpa dengan peniaga cina, kalau kita datang di kedai mereka. Mereka akan beritahu bahawa kedai kawan dia ada jual dan tunjukkan dekat mana barang yang pelangan cari. Orang berniaga ni tugas dia menyelesaikan masalah pelangan.
Kalau kedai orang kita, duduk corok banang mana, kejap je dah bungkus. Sebab apa? Tak ada promosi dan duduk diam di situ. Tak ramai yang tahu bahawa ada kedai di situ. Satu permasalahan yang ketara adalah peniaga melayu ni, bila di tanya, mesti cakap tidak tahu? Suruh juga beli barang dekat dia. Macammana orang nak beli dekat peniaga macam ni, yang suka memaksa. Pelangan ada cita rasa tersendiri. Jika pelangan rasa barang yang di cari tiada di kedai itu, mesti lah pelangan akan cari kedai lain. Bila di tanya dan peniaga tahu kedai di mana? apa salahnya beritahu kepada pelangan. Takut sangat pelangan lari kepada orang lain. Rezeki kan ada di mana-mana.
Saya tidak kata semua, tetapi adalah segelintir yang saya tengok macam ni. Susah nak membantu bangsa sendiri. Dalam berniaga kena lah bersaing, saling bantu membantu. Pernah sekali saya berjumpa dengan orang melayu ni, Kita hendak sama-sama meniaga barang yang sama. Tetapi dia cerita? dekat mana nak ambil barang? Dekat mana nak borong barang murah? Cara dia buat guna apa? Jalinkan hubungan sesama peniaga. Dengan jalinkan hubungan sesama peniaga, Tak akan jadi masalah bila berkongsi cerita. Tetapi yang akan menjadi masalah adalah bila ada perasaan hasad dengki. Hidup kena lah saling bantu-membantu.
Berjual beli dengan manusia. Bukan dengan monyet. Jangan terlalu tamak dan suka menjatuhkan perniagaan orang lain. Berniaga secara berhikmah. Orang pun suka. Yang paling penting Jujur dalam berniaga lebih berkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan