Jumaat, 28 Ogos 2020

Permulaan hidup untuk berniaga

Setelah sekian lama, Menanti, Hari ni aku terus menanti. Permulaan untuk berniaga printing ni.

Oke Rumah dah dapat, kedai kecik pun dah dapat. Tapi belum boleh masuk lagi. 

Kalau dah dapat. Akan di update . Oke ni lah tempat bakal aku duduk. 





cadangan aku,

Pilih 1, 2 atau 3.

???
1. Beli machine baru , Niaga dalam rumah dulu, ada duit lebih renovate kedai kecik ni.ðŸĪŠ
2. Renovate Kedai kecik ni dulu, ada duit baru tambah machine baru. 🧐
3. Tak payah Renovate kedai kecik ni. Just basoh, Tukar pintu baru. hias siket je. Jual Barang Frozen, @ Makanan ada potensi orang nak beli (jualkan orang lain punya) just collect komisen. Jual printing dalam rumah je. Banner pasang kat kedai kecik. Beli machine baru . Niaga dalam ngumah je. ada modal . + Renovate kedai kasi beso😄
penduduk banyak ni?? $$$$$ Fikirkan sampai melayang. Tah bila Lah akan mula duduk dekat situ. cam cam dugaan. Huhu~bertahun sudah belalu😅

Khamis, 20 Ogos 2020

Kerisauan hal rumah

Assalamualaikum,

Dengar kabo bulan 10 ni, da kena bayo duit rumah dimelaka ( ðŸĨķ) . sekarang masih digemas. Renung-renungkan nasib keluarga kecil ku. Harapnya settle lah masalah masalah jadah mak dia tuðŸĪŦðŸ˜ī Tepalit jugak kena PK~Sini mau bayar. Sana mau bayar. dah nak masok bulan 9, #kerisauan melanda. #Harapnya 2021 ada sinar harapan. walaupun memang tgah down, x dapat nak repair kedai tu. PK Kan cara lain.ðŸĪŠ ðŸĪ§#Masih gelap gurita~

Al kisah belom masok lagi rumah melaka tu, Jiran situ dok dok tanya. Kalau nak keluar bagi tau dia. Isk isk isk. yele kite ni memang nak menyewa kat umah melaka sanun, Masok pon belom, da tunggu aku anak beranak keluar dari umah tu. Betapa ramai nya nak duduk rumah tu, dia tak tahu. Sakit hati tengok retak tu. kedai depan umah tu pon. macam cilanat. banyak nak kena betolkan. wang pon da abes. Tunggu ada modal baru ah betulkan. teruskan niaga cam biaso😂ðŸĪŦ #Indah kabar dari rupa. masa nak dapatkan berebut sampai 5 orang, bila da dapat. jiran umah melaka lak tanya bila nak kuar bagi tau diaðŸĪŠ, Bila da nak masok awal bulan 7,dah masok api air, rumah pulak bocor,retak, rosak sana sini dan bagai bagai lagi. #Waiting ~Harap nya masalah pindah randah ni selesai tahun ni. Nak fokus niaga. penat dah kehulur ke hilir mencari hala tuju. ðŸĨ° #PK anak sekolah #Pk duit #Pk Hutang #Pk Bisnes #Pk pahala #pk dosa #pk hidup #Pk mati

Cerita Macamman boleh beli rumah: KLIK SINI



Pengalaman buat sampul raya

 Pengalaman buat sampul Raya -/Mulanya anak umur 4 bulan-tercipta lah biz printing




2016 hujung tahun: jumpa cina sombong. dia jerit!! Mana ada org jual Ampau.
Kehulur kehilir lah pusing. Jumpa uncle cina buat ampau. Dia pon cakap beli kertas dekat situ.
Balik rumah.Try print!! HAH x boleh. sebab printer x support!
(Anak umur 6 bulan)
2017: Hanya berangan nak buat sampul duit raya. ~ Xmampu buat.~
2018: Dah Ada machine yang ngam . Jual sampul rayal. Machine pemotong x support. nak guna cameo ok tapi lambat . guna lah gunting. Berjam gunting sampai x raya.Gam pulak tak lekat sebab first time buat, Rupa salah step**~**masa ni, buang Sampul Raya 1 Bakul besar tu ~ Banyak juga kuantiti nya, Masa tu buat tengah penat dan ngantuk. Komplen pon dapat. Its Oke. kite terima dan Mana yg masih support. terima kasih. Dan perbaiki kesilapan lalu~
(Anak umur 1 tahun tahun lebih)
2019: MUP cipta 1 mesin pemotong sendiri. Masa Raya 2019 ni Alhamdulillah FeedBack dari customer memang Baik.
(Anak umur 2 tahun lebih)
Dan 2020: Doakan MUP lepas Target. Mana nak jana pendapatan bersama MUP. ~Dipersilakan Ya. Anda Buat, anda dapat!
(Anak skang 3 tahun lebih, bulan 6 masuk 4tahun)


#Alasan beri Anda seribu penyesalan~
#Gagal nya MUP. bila MUP tidak bertindak.
#USAHA UNTUK BERJAYA!!


Jumpa mamat poyo, Masa tengah susah!

 

Hai Assalammualaikum, 

Cerita ni adalah, Semasa Kami bertiga mencari-cari apa itu kertas sampul raya? 

Cerita ni memang panjang. Sebabnya ni adalah kisah benar. 

Pengalaman cari kertas Sampul Raya


Okay bermulalah kisah seawal dulu buat printing. Aku , adol dan samsol pegi ke satu tempat, masa tu adol ni kecil lagi. Umur dalam 4 bulan gitu, Kehulur kehilir kami bertiga cari kertas. Ko dapat bayangkan tak, Aku dokong budak 4 Bulan, gilir-gilir lah dokong. Tiba di satu tempat ni kawasan printing memang banyak. Kami bertiga jalan dan terus jalan. kehulur kehilir, tanya kedai sana, Tak bagi tahu. Tanya kedai situ tak bagi tau. Tanya kedai situ pon tak da juga jual kertas nak buat sampul raya. Masing-masing nak berahsia. Tah apa yang nak dirahsia. Aku pun tak tahu lah. Nak beli 1 kertas pon tak bagi. Dia buat sampul raya, tapi dia tak jual kertas walaupun sekeping. 

Kalau korang yang nak beli kertas sampul raya, boleh beli dekat MUP Ok. MUP sedia jual kertas sampul raya kosong, x nak kertas. Nak beli sampul raya pun, MUP jual. Klik sini


Seawal tahun 2016 Dulu, Aku baru ada 1 printer canon G2000 Dan 1 Laptop. Satu hari tu aku terfikir lah nak buat sampul raya. Aku pon print guna kertas matt, boleh print. Tapi kualiti agak kecundang. Aku fikirkan, oh kertas tak sesuai. Mula dari sini, Tercari-cari  kertas sampul raya  yang sesuai. Pergi lah aku bertiga ke satu tempat. Yang aku cerita kat atas tu. Kami bertiga jalan dan terjumpa 1 kedai ni jual sampul raya C, Dan ada 1 anti ni tengah lipat dan gam sampul raya C. Memang belambak sampul raya yang dia tengah lipat. Dalam kepala, Apa kertas dia guna ni? 

Oh dalam kedai yang jual sampul raya C tu, Samsol tanya ini ampau guna kertas apa ya? Si mamat poyo ni dengan kuat, Cakap. "Mana ada orang jual Ampauuu." Memang kuat dia jerit. sangat memalukan! @,@ So kami bertiga pon pergi dari kedai tu. Pandang sesama sendiri. Samsol pon cakap. , Abes tu dia jual ampau tu apa. Aku pon jadi panas hati jugak dengan mamat poyo tu. Sampai sekarang pon tak pernah rasa nak amek tahu  hal dia. Masuk kedai dia. Itulah kali terakhir, Walaupun tahun 2020 aku masih pergi situ lagi. Pasalnya terlalu belagak sangat. Dekat situ, tak dapat jawapan kertas apa yang selalu orang buat sampul raya. 

Dengan Rasa kecewa, Jalan lagi dan terus jalan. Masuk sudah tempat  supplier yang kami pergi, Masa tu memang kertas belambak. Dia tanya. Adik nak kertas apa. Aku dengan samsol pon blur, Tak tahu nak beli kertas apa. sebab terlalu banyak jenis kertas dekat situ. So cakap tak pe, Kami bertiga teruskan kehulur kehilir dekat bangunan tu, Machine memang besar besar kat sana. Memang kalau tengok. Semangat habis. Teruskan jalan. Masuk 1 kedai ni pulak, Dia buat sampul raya, tapi tak jual kertas. Jadi tak mengapalah. Teruskan lagi jalan. Sampai naik penat. 

Dalam kepenatan, dah kehulur kehilir, Uncle sorang ni perhati je, lalu lagi depan uncle ni,  uncle ni tanya. Mau cari apa?

Cakaplah, Nak cari kertas sampul duit raya 

Uncle ni pon cakap, Itu kertas Art nipis punya. Beli dekat sana. 

Uncle ni pon tunjuk lah tempat kertas ni. 

Rupanya, tempat yang banyak kertas tu lah tempat nak beli kertas sampul raya. 

Kami bertiga pun pergi lah beli dekat tempat kertas banyak tu. 

Sudah dapat kertas sampul raya. 

kami pun pulang ke tempat tinggal kami. 

Sehari selepas pulang ke tempat tinggal, 

Aku pun print lah kertas tersebut dengan menggunakan kertas yang dibeli semalam. Tetapi malangnya, kertas tersebut tidak boleh print guna printer canon. huhuhu.  Sebab utamanya adalah, Kertas yang dibeli hanyalah untuk printer laser jet sahaja. 

Selepas dari 2016 ni,  2016 hujung tahun: Try print!! HAH x boleh. sebab printer x support!

2017: Hanya berangan nak buat sampul duit raya.

2018: Dah Ada machine yang ngam . Mula Jual sampul raya.

Pengalaman jual sampul raya 2018 - 2020 : KLIK SINI ~






Isnin, 17 Ogos 2020

KERJA & Dugaan Dalam hidup bisnes..

 SAMBUNGAN KERJA & Dugaan Dalam hidup biz..

2016 : Biz Printing Modal sendiri
(Dugaan kena kecam, kena tipu, penat lelah kesana kemari,(Dugaan machine sampai kat tangan tinggal syiling)
2017 :Biz Printing gemas (Bantuan mobile preneur : 10k)
(dapat motor, lappy. Barang repair komputer 2 box) amek Di ledang johor. GiatMara.
(kursus bab : usahawan 3 hari di Hotel johor bahru)
2018 : Biz PRinting MUP gemas (Bantuan Tube 5.0 : 15k)
(kursus 3minggu di kem ulu pari, N.9 : 1 minggu ketahanan mental, 2 minggu bab usahawan)
(Belajo kelas jahit tak abes😅)
(Belajo jahit bear melaka)
(Dugaan machine)
( Dugaan kedai majlis, lain nak, lain dapat- Temuduga kedai majlis. berjaya ditawarkan. tapi tak nak/ bebulan lamanya tunggu)
2019 : Biz Printing MUP gemas
(Dugaan machine)
(Belajo jahit tudung)
(Dugaan cari rumah)
(Dugaan adol asek demam, salah makan ubat, detect paru kuman.
Kali pertama adol kena masuk air, mujur cepat betindak. dan Oke sudah)
(Selalu Down,rasa cam tak boleh nak biz dah)
2020 : Biz PRinting MUP gemas (Bantuan gpk 3K + Bantuan tabung usahawan 3k) :Syukur! Datang secara x diduga.
(Dugaan laki kena posting negeri lain)
(Dugaan covid)
(Dugaan machine )
(Dugaan rumah)
(Dugaan tukang repair machine buat onar: melayang terbang 100 bayo duit minyak dia je. bawak spanar satu je. machine x betul)
(Dugaan 3kali beli barang salah machine: laki repair x menjadi. tebuang duit, cam buang sampah. Dengar pulak orang tak betul bagi pandangan. Beli lagi sparepart yg salah. #so x guna ikot cakap orang tak betul😇)
(Dugaan dapat atasi dengan sewa van 150 + anta repair kat supplier) beratus gak abes, machine elok. x lama jadi semula
pangil orang lain dtg rumah,
(Dugaan da bayo repair machine. 560++ oke lah, . x lama jadi semula. dan problem lain pulak datang. Boleh guna, kena tolak pintu. Beribu kali kehulur kehilir untuk print. So kurus😂😂!
(Dugaan machine cop tebako + Machine cop Adol pecahkan cermin )
(Dugaan covid, x boleh rentas negeri. Stuck)
(Dugaan Covid : yang ni ramai stuck kan, yg oke tu Alhamdulillah)
2020 Paling banyak dugaan.😂
Harap 2021 ada sinar harapan. ~ Dugaan demi dugaan mengajar erti kehidupan. Perjalanan ku bukan perjalanan mu. Mungkin ada orang lebih banyak dugaanya. just catatan, supaya x lupa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~nak ode boleh ode. machine baru hah. jangan risau. Apa mup boleh tolong. mup akan tolongðŸĨ° .. Menanti kejayaan





Pengalaman Kerja dalam hidup.

Pengalaman keja. Sapa sini kawan aku pernah keja sekali. Boleh Komen. x kawan. . wakkakakaa.atau boleh kongsi. Pengalaman keja anda. Hihi. Banyak betul kerja behenti kerja behenti. Sapo kenal atau pernah kerja tempat sama. Say Hai.

1.,kilang bahau 4 hari. 2008
2.juru jual sisi 2 bulan. 2009
3. Kilang sensata subang jaya 2 bulan.2009
4. operator kilang freescale PEtaling jaya 1bulan,..2009
6.kilang western digital. x sempat keja.. temuduga je.2009
5. operator Kilang omron petaling jaya 2 bulan.2009
6. operator Kilang hitachi bangi . Setengah hari
7. juru jual Sisi 4 bulan 2011
8. part time juru jual Pasarayaku sabak bernam 1bulan. masa ni tengah belajar 2012 kat politeknik. tak ramai tahu. Aku bosan. tu pasal keja. duit belambak aje.
9. frozen Econsave bahau 3hari. 2013
10. cashier marrybrown bahau 2 bulan. 2013
11. buat ice blended cool blog bahau sebulan.2013
12. pembantu Kerani. ytg logistic gemas 2bulan.2013
13. jual tisu. sendiri.2013.. Jual munif koko 2013 x silap
14. Duduk umah bedoa. Supaya dapat keje. asek baca al waqiah aje. muhasabah diri. Mula pakai tudung 2014
15. Kerani Firama jaya gemas sebulan2014
16. jual Kiwi kasut. sampai kilang tu tutup 2014
17. jual kait. manik. melingkup. tak jadi 2015
18. jual nasi Ayam penyet. kah kah
19. Keja sendiri. Mama Umar Printing. 2 tahun lebih sampai skang. + Mup solution..2016
Mudah mudahan Dengan pengalaman di atas. aku Akan terus Majukan diri Aku. #Suka buat kepala. aku x suka. Aku blah. Sekarang. suka ke. tak suka. Aku nak Duit. Aku kena kerja. #Rezeki halal mudah mudahan.
#Mudahan banyak rezeki. 2018ðŸĪĢðŸĪĢðŸĪĢ
#Mencari kejayaan.



Ahad, 16 Ogos 2020

Pengalaman Di wad bersalin?

Simpan sini untuk peringatan dan kenangan.




Aku masok Labour room jam 3 Pagi.. JAM 6 pagi baru rasa sakit... Tak pandai teran.. Tak pandai tarik napas dengan betul..JAM 9 lebih hilang sakit.. Jadi 3 jam le aku betul betul cam nak putus nyawa... Tanpa menangis.. Tak rasa nak nangis... 3 jam jele sakit sangatðŸĪĢðŸĪĢðŸĪĢðŸĪĢ .. Sekuat kuat aku baca surah nabi yunus. Hahahhahaa tak de nak malu de.. Dengan orang dltekan perut.. Dengan orang dah gelabah aku tak pandai teran.. Budak da nak lemas.. Situasi memang huru hara. Last last forcep😖😖 4 tahun berlalu... ðŸĪĢðŸĪĢ

Jam 3 Pagi masuk bilik bersalin
Jam 9 lebih pagi beranak
Jam 12 abes jahit
Masa nak tunggu masok wad biasa.. Orang Tanya beranak forcep ya? Macam mana rasa.. Aku pon tak tau nak jawab apa..
Jam 2 30 petang masok wad biasa
Jam 4 30 petang pitam depan bilik air
---------------- - - - - ---------------
Masok hospital segamat.
1.6.2016..2.30petang
Beranak 2.6.2016
Keluar hospital 3.6.2016. JAM 7 malam (masa ni x boleh balik.. Aku mintak balik jugak.. 😂😂 BIL pon beribu jumlah nya.. Mujur ada guarantee letter. Kalau x de... Sapo nak bayau😂😂😂
#dugaan kite Camni.. ADa org lain lagi besar ujian.. Besyukurlah..
Tak boleh belah.da sudah jahit tu.. ADa akak tu mintak maaf sebab marah aku. Aku cakap bila marah.. Hahaha serious aku x perasan. Yg aku tahu.. Situasi semua kelam kabot... Huru hara nak selamat kan kitorang😂😂😂💊 pengalaman sangat...tau tau Tangan aku kiri kanan masok air😅 betahun jugak muka jadi kecot.. Ni da tembun muka😝😝


2016
2016

2020
2020


Jika korang nak share pengalaman korang. Tinggalkan lah cerita atau pengalaman korang semasa nak melahirkan anak korang diruangan komen.

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...