Isnin, 4 Januari 2016

Punca kegagalan perniagaan atas talian (Online)

1) Menunggu terlalu lama untuk melancarkan produk/perhidmatan.

Sudah berblogger bertahun-tahun lamanya, tetapi tidak pernah menawarkan sesuatu untuk di jual.

Antara sebab yang berlaku: 
i) Menunggu pelawat atau pelangan datang ke blog sehingga 1,000 orang atau lebih.
ii) Tidak mempunyai masa untuk berblogger atau membuat video.
iii) Hanya cakap dan tidak menjual produk kerana takut tidak ada yang akan membelinya.

"Lebih cepat meletakkan sesuatu untuk di jual." Lebih dekat pendapatan yang akan diterima."

2) Menyelesaikan isu yang tidak penting.

Jangan terlalu fokus untuk menyelesaikan kepada isu yang tidak terlalu penting. Lebih baik anda meletakkan produk atau idea di internet dan jika tiada siapa yang membelinya. Peluang yang terbaik adalah cari punca dan selesaikan permasalahan yang lebih penting untuk perniagaan online anda.

3) Tidak benar-benar mendengar permasalahan pelangan.

Menyelesaikan masalah pelangan adalah sangat penting. Jangan hanya mendengar kepada pelangan yang membeli produk anda sahaja. Dengar juga kepada orang-orang yang meminta bayaran balik atau membeli produk anda dan tidak menggunakan produk tersebut. Cuba bertanya kepada pelangan apa permasalahan yang di hadapi tentang produk anda. Cuba selesaikan permasalahan tersebut dengan sebaik mungkin. Jangan hanya menabur janji kepada pelangan. 

"Pelangan sentiasa betul." Kerana tanpa Pelangan anda tidak mempunyai perniagaan."

4) Tidak berbeza dari yang lain.

Pelangan mempunyai pilihan yang berbeza untuk di pilih. Jika perniagaan anda mempunyai persaingan, anda perlu memberi pelangan keyakinan dan alasan untuk memilih tawaran anda daripada peniaga yang lain.

5) Tidak mengambil kisah tentang produk.

Apa sahaja produk yang anda pilih adalah fokus kepada perniagaan anda. Anda memerlukan pengetahuan tentang produk, kreativiti dan semangat. Akan ada pesaing lain mengambil berat tentang produk mereka. Bagaimana anda boleh bersaing jika pesaing anda lebih cinta kepada produk dan pesaing adalah banyak. 

Jika anda suka dengan produk anda. Anda tidak mudah lemah semangat, Kreativiti anda akan bertambah dan pengaruh membina perniagaan akan menjadi lebih mudah.

6) Terlalu banyak berfikir daripada melakukan.

"Genius adalah 1% Inpirasi dan 99% Peluh."
(Thomas Edision)

7) Melangkah sendirian.

Tiada siapa yang boleh berjaya dalam perniagaan semata-mata. Anda memerlukan orang untuk membuat perniagaan berfungsi. Pelangan anda adalah orang-orang, pembekal anda adalah orang. Paling penting anda memerlukan sokongan dari usahawan lain yang berada di peringkat yang sama seperti anda dan dari orang lain yang lebih banyak pengalaman.

8) Mengelirukan "blog" dengan "perniagaan."

Blog bukan perniagaan. Blog adalah satu platform yang luar biasa untuk berkongsi idea-idea anda. Perhubungan dengan orang lain dan pelawat akan bertambah. 

Memberi isi kandungan percuma bukan perniagaan. Ia adalah satu alat membina pengaruh.

"Jangan takut membuat kesilapan. Kesilapan adalah sebahagian dari proses."










Sabtu, 2 Januari 2016

6 Perkara Perlu ada dalam perniagaan



1) Elakkan sikap suka bertangguh
Sikap suka bertangguh akan hilang punca pendapatan. 

2) Pengurusan masa
Sediakan jadual harian untuk mengelakkan masa terbuang begitu sahaja.

3) Rekod setiap perniagaan
Setiap duit keluar masuk, rekod dalam buku bertulis untuk rujukan anda.

4) Jauhkan dari berfikiran negatif dan sikap negatif.

5) Sentiasa tambah ilmu dalam bidang perniagaan. 
Dari hari ke hari, baca dari buku atau sumber internet. 

6) Sentiasa jujur dalam perniagaan.







  

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...