Jumaat, 23 Disember 2016

Masa sangat berharga

Masa adalah sangat berharga. Selalu kan kita dengar' "Masa itu Emas". Tidak pula kita dengar masa itu selain emas. Itu bermakna masa sangat sangat berharga.

Apa yang hari ini kita lakukan, ia akan menghasilkan di masa akan datang. Jika pengisian nya yang baik. Maka baik lah jadinya. Jika sebaliknya, maka kualti hidup di masa akan datang mungkin sebaliknya juga.

Disini saya ingin menasihati diri saya sendiri, supaya menghargai masa. Minggu ini sahaja saya sudah banyak sangat membuang masa dengan scroll di facebook membaca dan terus membaca new feed atau cerita-cerita orang. Bila di lihat balik. Sangat banyak masa yang terbuang begitu sahaja dengan berfokus pada facebook semata-mata.

Mulai saat ini, kita seharusnya mengunakan masa dengan sebaiknya. Tanamkan matlamat dan azam baru 2017 supaya masa masa yang akan kita semua lalui di isi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Supaya di masa hadapan kita semua menjadi orang-orang yang lebih baik dari sekarang.

Nak berjaya. Pertamanya siapa yang boleh ubah adalah diri kita sendiri. Orang yang berjaya. Menghargai masa. Setiap minit adalah berharga baginya. Latih diri supaya menghargai masa supaya kehidupan yang di miliki lebih berkualiti.

By surihome.blogspot.com
Zie mai

Rabu, 7 Disember 2016

Kisah kelahiran putera sulungku si Abdul

Assalammualaikum, dan selamat malam .Okey nak cerita ala-ala Tulis diari sebagai bacaan dan peringatan detik-detik melahirkan anak Pertama / Kandungan ke 2.
Pada 2.6.2016 lahirlah putera sulungku si abdul faeq umar. Due date ku adalah pada 01. 06. 2016 '



Okeyyy, Pada 1.6.2016 Due date, Aku pergi ke Hospital Segamat. Pergi Hospital dengan keadaan sihat walafiat. Tak rasa macam nak beranak. Pergi melenggang kangkung, masa masuk hospital. Tapi bag bayi dan bayu spare sentiasa bawak, letak dalam kereta. Setibanya aku di Hospital segamat, Johor. Aku terus makan tengahari. Selesai makan aku daftarkan diri di ruang bersalin. Lupa lah nama dia. Doktor pelatih cek laluan, Sekali * Dua Kali ,,Oh dia pun tak yakin lah kot. Datang Doktor Cek. Katanya dah buka 1 cm. Masa dia cek bukaan terus darah sentiasa keluar. 
Aku kena tahan Wad.
Masuk dekat wad pada 1.6.2016 , Start 2 pm masuk wad..Cek laluan adalah beberapa kali. Tetap 1cm. Masa ni tak rasa sakit langsung.

Jam 12.01 pagi masuklah 2.6.2016, Jam 3 pagi doktor cek dah 3cm. Masa ni pun tak sakit lagi. kakak ni suruh siap-siap pergi ke labour room. Masa ni kena bawak Baju baby, pampers,bedung je. Masa ni selamat suami aku tak balik rumah lagi. Dia tidur dalam kereta. Dan aku pon telefon , cakap nak masuk labour room dah, nak bersalin.  Dia pun datang lah ke labour room.
Jam 3 pagi aku di tolak ke labour room, masa ni tak rasa sakit apa apa pun. Aku pun baring lah dekat labour room tu. Jam 6 pagi suami aku masuk teman aku. Masa dalam ni lah aku rasa sakit sangat dari 6.30 sampailah si Abdul keluar, baru lega. Masa tahan sakit ni , aku langsung tak keluar air mata , boleh tahan. Asal sakit aku cakap..sakitnye, yang aku ingat aku di cucuk ubat tahan sakit dekat bontot tu, lega lah siket. Jam dekat dinding aku nampak dah pukul 8pagi. Masa ni aku rasa sakit dan sakit. Sampaikan aku cakap, kak cucuk ubat tahan sakit lagi. Tapi tak cucuk pun. Cuma dia suruh duduk mengiring untuk tahan sakit. Mujur suami aku ada masa aku sakit. Jadi tahu rasa lah cammana nak melahirkan ni.  Masa ni makin kuat baca ayat Nabi yunus tu, sebab dekat dinding tu ada pamerkan ayat tuh, baca dan baca. 
Aku tahan sakit sehingga 10cm, Masa ni semua da suruh teran. Tapi sayang nya aku tak pandai teran, tarik nafas pun tak betul. Masa ni Suami aku cakap, tarik nafas macam ni' tu lah aku denga. orang lain marah ke apa, aku tak ingat . Apa yang aku PK , aku boleh lahirkan si abdul. 
Yang aku ingat lagi, Masa tengah sakit tu, suami aku di suruh keluar, Tapi aku pangil. Abgg.. suami aku pun datang teman aku, hahaha tah apesal aku tak tahu, Masa 10 cm ni, aku memang tak pandai teran. Macam-macam nurse doktor tolong aku, Masa ni aku tengok ramai betol.. tekan perot aku. kaki siap kena naik dekat besi. tetap tak pandai teran. Doktor pakar ambil Alih .. Aku dengar dia cakap Forcep,

Masa tu aku terbayang besi dalam kepala. Dia cakap dia bantu tapi aku kena gak teran tu. So , Dalam kepala aku, Aku doa" Ya Allah aku janji akan baik dengan suami aku dan anak aku ni. Mudahkan urusanku" Dengan melahirkan guna Forcep tu, Abdul Faeq Umar berjaya di lahirkan pada jam 9.27 am. Dan masa tu aku cuma dapat sentuh kepala Abdul, dan cuma jawab.lelaki.dan Abdul di bawa keluar
Masa Abdul lahir, rupanya suami aku da kena duduk luar . jadi tak dapat lah dia tengok masa si abdul keluar.

Mulalah Sesi mejahit . lama juga masa jahit tu, jam 11 siap menjahit. Masa proses menjahit, aku dengar suara bayi menangis je,,dalam hati aku cakap... napa lah si abdul tu. Bila suami aku masuk, aku tanya.,,rupanya anak orang lain.. penat aje aku dok pk kan... si abdul tidur je dia cakap...masa tu laki aku dah tengok abdul, Dan selesai jahit...suami aku pun teman Aku dekat labour room tu. sampai tetelap dia. Jam 12 lebih aku di tolak keluar , untuk masuk ke wad semula. Masa ni Si Abdul pun ikut sekali dengan aku masuk wad. Dekat sini lah bermulanya aku jadi seorang emak. Macam-macam hal terjadi ?? Klik sini untuk tahu cerita////:


Sambungan aku pitam lagi.. Di wad, Klik sini .. Dan bila aku keluar wad, Klik sini

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...