Selasa, 16 Mei 2023

Lepasan SPM Ramai yang tidak berminat sambung belajar.

 

Hai Assalammualaikum dan salam sejahtera,  aku tertarik dengan tajuk kosmo pada harini. Oke aku alumni politeknik sabak bernam Tahun 2013 ya, dah 10 tahun berlalu.  Dan aku nak cerita berkaitan aku, pada awalnya dulu aku pun sama jelah macam ramai bebudak lain, rasa down tak dapat kerja.  


Pada pandangan aku, 

BEBUDAK SKANG RAMAI TERUS NAK KERJA,, ATAU BUAT KERJA SENDIRI....
ITU LAH REALITI KEHIDUPAN ZAMAN SKANG......
TAK KISAH PON NAK KERJA KE TIDAK KE. YANG NAK HADAP DIRI SENDIRI. ORANG LAIN TAK HADAP APA YANG KITA AKAN LALUI.
mentaliti masing masing, ko nak belajar nak dapat kerja ... Oke kalau tak dapat kerja, seharusnya kite cuba lah cipta kerja sendiri. Rezeki itu bermacam cara, cuma mahu dan tidak mahu sahaja. Jika tak mampu, cuba buat sesuatu dan terus fikirkan macam mana nak bantu diri sendiri.
Dah buang sikap , belajar untuk dapat kerja, Ilmu yang ada tu, tanya diri sendiri, apa yang kita boleh buat, kita buat.
Kalau ada rezeki kita dapat kerja. Alhamdulillah, jika tiada, buat lah apa apa yang sesuai dengan diri sendiri.
Sampai tua ni, aku rasa beguna aje sijil diploma tu, tak pernah rasa tak berguna pon...
Nak dapat bantuan niaga pon, sijil diploma dia nak.....
Setakat ni bantuan kerajaan dalam urusan niaga ni... Tanpa bayar balik adalah dalam (10K + 15K + 12.5K + 15K + 6K + 3K + 3K Ni aku dapat dari kerajaan Tanpa ada Kabel ya... Dari tahun 2017 sehingga 2021) dah beberapa kali aku pergi temuduga itu dan ini.
Dan masuk program.
Aku ada diploma teknologi maklumat, Jadi terkadang ada bantuan perniagaan yang memerlukan sijil itu.. Jadi sangat berguna sijil aku tu, Sebab kita meniaga printing- jadi ada lah kaitan dengan komputer tu. Untuk menyakinkan penemuduga yang kita ni betul-betul layak dengan bantuan yang dia nak beri. walaupun Aku lambat abes belajar sampai Sem 7 Pada tahun 2013 dan , ikotkan sepatutnya 2012 aku Habis belajar. Itu semua ada hikmahnya..
Apa yang aku buat, apabila peluang itu datang, aku isi borang, aku pergi temuduga, aku ikut kursus itu ini. Dan itu lah hasilnya.
------------ Jadi tak payah nak rasa rugi kalau sambung belajar...
Peluang tu ada, cuma terkadang diri sendiri yang suka bagi alasan.
Jadi hadik hadik baru lepas SPM, Kalau nak belajar tu, belajar jelah..tak payah nak rasa menyesal bagai.... ILMU LUAS !! JANGAN SEMPITKAN PEMIKIRAN....
Kalau nak kerja terus pon, kerja je lah... Tengah kerja sambung belajar pun boleh je. Ramai je yang belajar PJJ.
ada baiknya, ada kurangnya..
JIKA KITA DAH CUBA YANG
TERBAIK
, NAMUN KITA BELUM LAGI TAHAP YANG MEMBANGGAKAN... BEHENTI SEKETIKA KETIKA DOWN, DAN TERUS BANGKIT SEMULA. DAN BUAT DAN TERUS BUAT..... SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.
SENTIASA LAKUKAN APA YANG ADA, DAN CIPTA SESUATU KERJA UNTUK DIRI SENDIRI, SEKIRANYA KERJA DILUAR TIDAK MEMIHAK KEPADA KITA PADA HARI INI. DAN JANGAN BERHENTI MENCUBA JIKA KITA BERMINAT PADA KERJA YANG KITA SUKA.
MACAM AKU PERNAH MINTAK ASKAR, GAGAL 2 KALI, SEBAB PENDEK. Jadi aku kerja itu dan ini , Macam macam tempat kerja aku dah cuba kerja, namun asek behenti tak lebih 4 bulan, JADI AKU CEBURI BIDANG PERNIAGAAN, DAN TERKADANG ADA DOWN NYA TU.. WALAU AKU REHAT, KEPALA HOTAK AKU NI SENTIASA BERFIKIR, APA AKU NAK LAKUKAN SELEPAS INI. Dan sentiasa aku mencari cari peluang dan ruang.
REZEKI MASING-MASING
Apa yang penting sentiasa mengambil peluang tatlakala ada peluang,
Ikot suka ko lah nak belajar ke tidak.. PILIH LAH YANG
TERBAIK
UNTUK HIDUP SENDIRI, TANPA MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN..

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...