Isnin, 11 April 2016

Donut Comel Montel By SH

Assalamualaikum dan selamat pagi,
setelah sekian lamanya tak update blog dan secara kebetulan kerajinan muncul, maka hari ini blog SH akan kongsikan resepi Donut Comel Montel. 
Bahan-bahan

1. 1 Sudu Mentega. cairkan
2. 1 Biji telur ayam.
3. 1/2 Cawan air suam
4. 3 Sudu gula pasir.
5. 1 Paket yis / mauripan
6. 1 1/2 Cawan tepung gandum.
7. 1 1/2 Sudu susu pekat manis.
Cara-caranya 

1 . Mentega yang telah cair masukan dalam mangkuk dan pecahkan telur. letak tepi dahulu.

2.  Larutkan gula dengan air suam dalam mangkuk dan masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Masukkan yis, Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit. / tunggu berbuih.
4. Lepas 10 minit, Campurkan mentega bersama telur tadi ke dalam campuran yis yang telah berbuih. Dan kacau sehingga sebati. 

5. Masukkan semua campuran tadi ke dalam tepung siket demi sedikit. Dan gaul adunan perlahan dengan senduk. Biarkan Selama 45 minit.
6. Lepas 45 minit adunan akan kembang dan gebu. Dan Buat bentuk donat.
7. Goreng Donut. Semasa goreng balik balikan donut dan buka api gas dengan kadar yang kecil.
8. Sejukkan dan salut dengan Gula yang dah di kisar. Dan siap di hidang.






BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...