Selasa, 14 November 2017

Udang masak simple.







Bahan - Bahan.
Udang siap di basuh
Bawang besar dihiris
Bawang putih 2 biji, Bawang kecik 2 biji, Ikan bilis 2 ekor (Di tumbuk)
Krisik
cili kering siap di blender (2 sudu setengah)
garam, aji no moto secukup rasa. dan gula sedikit
Air asam jawa
Minyak masak sedikit


Cara - Cara
Masukkan Minyak.
Goreng bawang besar.
Masukkan Bahan Bahan yang telah di tumbuk  Tadi
Bila Naik Bau
Masukkan Cili Kering.
Masukkan air sedikit
Dah MenDidih
Masukkan Udang
Masukkan air asam jawa
Masukkan krisik
Masukkan Garam, aji no moto, dan gula sedikit.
Tunggu sampai masak. Siap Di hidang.. Terima Kasih..

                                     

                                            Jangan lupa like page KAD NAMA UNIK





Selasa, 5 September 2017

Ragam dalam Perniagaan 1

Konon tranparent paper... alahai org ni..apa kau takut kan nak bagi tahu nama apa yg org guna..sedangkan ko yg jual mesin...penipu pulakkk... konon ohp film untuk laser jet punya...kami x de mesin besar...kami paham...nama ko tukar bagai.. over film bagai... ni semua poyo...
Disebab kan korang penipu..penakut nak tolong sesama M... kitorang kesana kesini... atas penipuan ko semua... masa banyak terbuang....
Konon tungu masa.. tapi haram... buat tak geti... Fine ...terima kasih.. kami dapat belajar erti berurusan dengan orang-orang M yang macam kau orang... hampir 2 bulan mencari...stok da habis... customer terpaksa hold... tunggu... tak pa..kami cari sendiri.. kami cari sampai dapat....
.. mujur ada org membantu serba sedikit...tanya sana sini...Alhamdulillah ari ni jumpa juga bahan buat cop..... kepada kau yang takut tolong sesama bangsa... takut konon kena caras... belajar lah apa itu perniagaan.... BYE ...
Siapa yang memerlukan bantuan....pm saya...
Nak order cop rubber stamp... beriahu kami...
Jangan lupa like page
Rubber Stamp COP MUP
Kami baru lagi dalam bidang percetakan...sekian terima kasih

Harini, apa yang terluah di facebook saya. Bukan lah nak mengaibkan sesiapa. Tetapi kesal terhadap segelintir peniaga yang sukar untuk membantu sesama peniaga yang lain. 

Saya baru lagi meniaga dalam percetakan, banyak saya dapat belajar dalam urusan perniagaan. Kenapa perlu tipu pelangan anda. kan lebih baik jika jujur. Tidak perlu takut sembunyi. Dalam dunia ni pelangan ada berjuta orang. 1 daerah pun anda seorang tidak terdaya support. 

Jangan takut membantu orang lain dalam urusan perniagaan. Lebih ramai anda bantu orang,  lebih banyak anda dapat keuntungan. 

Isnin, 21 Ogos 2017

Pengalaman berniaga mama umar printing..kronologi

Perjalanan zie mai...atau mama Umar Printing

Macam macam aku lalui...macam mana mama umar printing wujud??? Tragis

2013 - tisu ... jadi agent, pegi 2pm balik 12 malam... kedai ke kedai... 2  hari abes stok..abes penuh satu kereta..bonet penuh...tempat duduk cabut... penuh tisu....kos perjalanan jauh# nak mintak bayar separuh ambil stok guna kenderaan besar.. supplier tak bagi... masa ni ilmu x de...dapat duit beli baju...pastu bagi bagi hahahahaha...lawak... (ilmu niaga x de)

2014 - jual munif cocoa...ok lah...tapi dia da tukar...agent cam x leh cari makan...sokami behenti jual...hurmmmm

2014 -  belajar kait.. ade order sudah stokin.. kopiah..topi ...sampai skang x tebuat... 1 jer terjual..tu pun senget topi nya...sorry adik..stokin jadi..tapi keras... hahaha sorry ina..bagi free je ...

2014 - 2015 beli manik manik...nak buat tu ..ni.. semua tak tebuat...jadi rama rama satu jer.. tangan keras... da stop .... beli lagi timah lah pistol timah...nak buat butang tudung....

2015 - 2016 : berangan pulak nak menjahit... dah beli kekabu..kain semua...konon nak buat bantal..siap search..da mintak belajar kat giat mara... da dapat pangilan... masa ni nak beranak pulak da..tengah pantang ..

2015 - 2016.... dok pk apa nak niaga lagi... laki ajak jual  kiwi kasut ...masa ni menjadi.... 3 hari stock habis....ulang blik cam tisu dulu...best lah.... dapat lah untung 2k...modal pulang balik  kat diri masing2....simpan  untuk ambil stock...asek tanya stok tak ada....setahun tunguu.. pelangn asek tanya...hurmmm rupa kilang da  xbuat kiwi tu lagi..sedih

2016 .. asek search apa nak buat...adol 2 bulan... datang lah idea... nak buat apa... aku pun beli lah cd rm 198 tu... buat lah printing sampai arini... masa ni laki aku cakap... kalau x menjadi jugak...tak payah lah buat lagi guna idea aku ni... masa ni macam macam berlaku... mesin rosak lah apa lah.. skang mesin da tukar baru.... harap berjaya lah ke peringkat seterusnya.....doakan mama umar printing berjaya ....  


Nasi ayam penyet...ocs synergy..lupa nak cite...huhu

#tiap bulan duit aku abes ke modal modal dan modal.... Ya Allah mudahkan perjalanan aku ni....amin...hari hari tambah ilmu niaga...supaya dapat baiki apa yg salah....

#support bisnes kami
Rubber Stamp COP MUP
Liminate...print biasa...menu...masih berjalan seperti biasa....
#ajie jiwa kental...tak pernah serik #
#kalau nak cakap aku angan angan mat jenin...terpulangggg....aku tak marah๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘

Pengalaman berniaga online. Iklan penting

Dulu mula mula jual dekat online...  dalam masa setahun  2 orang jer beli munif koko dekat online..lain semua offline.. pastu buat iklan dekat youtube pasal kiwi ksut tu... hmpir setiap hari ada orang nak beli  ..terjual lah kepada 3 orang...pastu ada je tanya...cakap dari mana dapat nombor...dari youtube...tapi x de stok.. banyak da lepas jualan online...sebab stok x de...sekarang nak buat iklan online lagi....  buat dan buat..

Jual dekat offline..mula dulu..paksa paksa juga adik beradik soh beli... buat iklan taman taman gemas  ... anta rumah ke rumah...teharu ada pakcik ni pegang kertas potostat saya tu ye...cakap nak nasi ayam penyet...malam x buat msa tu ...tapi di sebabkan ada org order...tapi x ambil..terus taknak da buat... lagipun masak pun..baru pandai masak..hahaha .. ada lah jual 3 bungkus  nasi tu...dekat org...

Nak cerita dekat sini... macam macam da buat....  iklan sana sini..kalau kene pada tempatnya...ada lah rezeki ....

So, iklan atau pemasaran sangat penting...  tak da iklan...takda lah terjual barang...

Ini lah saya... Kerja dari rumah...
#begerak dan online
#dapat Rm 1 pun saya dah suka...
#support saya Yer Tq..
#i support u.. u support i...
#dapat duit...boleh lah buat beli coklat cudbary....

umarprinting.blogspot.com.my

Ahad, 6 Ogos 2017

Ayam Masak sambal Krisik By Surihome/MUP

Harini saya nak share satu resipi yang baru saya buat. Senang lagi mudah untuk lauk tengahari. 
 

Bahan Bahan Masak untuk 2 Orang

Bawang Putih 2 ulas
Bawang Kecil 2 ulas 
Bawang Besar /  Di hiris
Cili Kering 8 / Di Kisar
Minyak masak sedikit
Krisik sedikit (Beli dekat kedai yang dah siap)
Halia di hiris
Sos Cili


Cara-Cara

1. Masukkan minyak ke dalam kuali, Tunggu minyak panas
2. Masukkan Bawang putih dan Bawang Merah yang telah di tumbuk / Tumis
3. Masukkan Cili kering telah di kisar /  Tunggu sehingga naik bau
4. Masukkan garam, gula, dan sos cili sedikit
5. Masukkan halia yang telah di hiris
6. Masukkan Bawang yang telah di hiris
7. Kacau
8. Masukkan Krisik secukup rasa
9. Tunggu sehingga masak. 

Dan angkat, siap di hidangkan.
#Mudah dan senang 


Nak Order Cop 







Selasa, 14 Mac 2017

Berniaga biar orang suka.

Okey hari ni Mama Umar printing nak luahkan isi tersurat dan tersirat siket.

Hurmmm berniaga biar orang suka.
Okey Nak bagi Pencerahan sedikitlah. Kita nak berjual dengan pelangan sekali sahaja atau berkali-kali. Oh ya. Mestilah berkali-kali kan.

Anda sebagai peniaga pastikan untuk pelangan anda akan datang semula kepada anda.

1. Tepati masa
Jangan buat pelangan tertunggu-tunggu anda. Pastikan anda memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan anda. Sekiranya anda terlewat atau ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Ucapkan lah mohon maaf kepada pelangan anda. Jangan sesekali buat tidak kisah dengan sikap anda.

Yang ni saya telah terkena. Tertunggu tunggu. Rasanya sekali sahaja saya akan membeli dengan anda. Dan tak ada kata maaf dari penjual. 

2. Senyum
Murahkan senyuman dalam manisan yang terukir di bibir ketika bertemu dengan pelangan anda. Jangan sesekali buat muka dengan pelangan anda.


3. Kualiti
Pastikan sebelum menghantar kepada pelangan anda. Barang anda berkualiti sama dengan harga yang di beli oleh pelangan anda. Jangan sesekali memberi pelangan anda barang yang sudah rosak teruk.

Yang ni saya beli barang dari peniaga. satu dalam keadaan baik, satu lagi rosak. peniaga pun buat tak tahu, jadi tak apalah. sekali sahaja saya beli.  Ada juga 1 Kedai ni buat ABC.. Tak rupa ABC.. satu kali jer pergi. lepas dari tu. tak pergi dah. Dia buat dalam keadaan bergaduh dengan keluarga dia di kedai semasa buat ABC.

4. Bertanya kepada pelangan,
Sekiranya anda rasa perlu tanya pelangan tentang produk yang anda telah jual. Sebaiknya tanya, Baik kah? elok kah? sedapkah? dari pertanyaan ini juga. anda dapat perbetulkan produk yang ada kekurangan dan anda dapat juga perbaiki kesilapan anda.

5. Jujur dalam berniaga.
Pastikan anda jujur dalam berniaga, jangan sesekali menipu pelangan, Pulang baki pelangan walaupun 5 sen

6. Layan pelangan dengan baik
Layanlah pelangan anda dengan baik, baik bermaksud bukan tergedik-gedik. Balas kata-kata dengan cepat sekiranya Whatsapp atau mesej.
Sekiranya anda ada kedai. Pastikan anda tidak bercakap dengan telefon sepanjang masa. Letaklah telefon itu dahulu. sekiranya pelangan anda hendak bayar dan bertanya kepada anda sebagai peniaga yang jadi cashier di kedai.

okey yang ni pun dah kene. bergayut dengan telefon jer, sampaikan masa nak bayar pun..asek beborak jer dengan telefon dia.

7. Bila pelangan tanya. Jawab dengan baik

Anda peniaga, kalau pelangan tanya. jawab lah dengan baik. Andai kata pelangan anda nak cari barang selain dari anda jual. Cuba bantu pelangan anda dengan memberi jawapan yang membantu. Jangan sesekali jerit dengan pelangan sampai menguris hati pelangan. 

Yang ni pula, saya dan terkena di kl . Tanya sorang cashier tu. di jerit cakap mana ada orang buat ....... Padahal dia ada jual di situ. Sekali sahaja saya pergi situ. lain kali jangan harap. Jangan pandang orang yang macam tak da duit. dan layan orang dengan teruk yer. 


Banyak lagi kesilapan peniaga yang boleh buat pelangan lari dari membeli dengan anda. Jadi sebaik-baiknya anda sebagai peniaga. Jagalah sikap anda terhadap pelangan. Kerana pelangan anda juga ada perasaan. Jika anda perangai yang teruk. Anda telah menolak pelangan anda dengan serta merta. Jadi peniaga kena lah bijak.

Buat lah pelangan suka berkhidmat dengan anda, Pastikan pelangan anda membeli dengan anda berulang. Jika sekali sahaja beli kepada anda, Pasti ada tidak kena. Cek balik. Saya juga di sini sentiasa hendak memberi perhidmatan yang baik kepada pelangan saya. Sekiranya terdapat cacat cela ketika menjadi pelangan saya. Sila beritahu  saya , dan saya akan memperbaikinya.


Ada lagi kesilapan yang dilakukan. Nanti saya akan update lagi
KLIK SINI UNTUK  TAHU CERITA SELANJUTNYA.


Bebelan dari AziRozeiah
#mama umar printing
#umarprinting.blogspot
#surihome.blogspot




Isnin, 13 Februari 2017

Demam Campak: Anak umur 8bulan. Kongsi pengalaman

Pada 6 . 2 . 2017, abdul faeq demam dengan suhu 38. 4 dan dah letak kool fever pun masih demam lagi. Malah suhu bertambah menjadi 38.7, Masuk hari ke 3,bertarikh 7 . 2. 2017 . selepas panas badan semakin pulih.. Muncul pula demam campak .
Jadi saya ingin berkongsi tip pada hari ini. 
 . 
Tip Demam biasa. 
1. Buat air asam jawa seperti dalam gambar, sapu dengan tangan di kepala dan badan baby,

air asam jawa

abdul faeq

selapas panas surut, pagi hari 9.2.2017, saya ingatkan ruam. rupanya demam campak

Tip demam campak

1. Sediakan kelapa, gel mandian bidara (jika ada) - buat air sabun, dan air bersih. Oleh kerana abdul faeq baby lagi, saya guna air suam.


gel mandian bidara


2. Beri minum air kelapa kepada baby sedikit- sedikit. Ibu baby minum juga.

3. Mandikan dengan air kelapa pada baby, curah dengan air sabun gel mandian bidara, dan basuh bersih-bersih dengan air.

 4. Apabila bintik-bintik merah sudah naik di muka hingga kekaki. Ambil bedak sejuk, sapukan pada tempat-tempat bintik merah tersebut, seperti dalam gambar di bawah.







Dan pada 14/ 2/2017 . Syukur alhamdulillah Abdul faeq punya bintik-bintik merah hilang sepenuhnya.


11/2/2017

12/2/2017
13/2/2017
14/2/2017









Tip tambahan, hendaklah bersabar menjaga anak ketika demam. memang suka mengenget. kalau dia terasa gatal dia akan menjerit. Semoga tip di atas dapat membantu para penjaga.  














Isnin, 30 Januari 2017

Tahun 2017 memulakan perniagaan baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 
'
           Setelah sekian lama surihome tak update blog ni. Bukan lah kerana tidak mahu meluangkan masa di sini. Yang sebenarnya  saya telah memulakan perniagaan baru.Setelah 4 tahun saya menceburi bidang perniagaan online atau offline dengan menjual produk orang lain, pada tahun ini saya telah daftar kan syarikat di SSM yang di beri nama MAMA UMAR PRINTING. Semoga perniagaan saya berjalan dengan lancar. Pada bulan pertama ini, syukur alhamdulillah adalah rezeki saya dalam melaksanakan perniagaan ini. Kini saya ada blog baru iaitu umarprinting.blogspot.my. Bolehlah berkunjung di blog baru saya agar dapat mencuci mata dengan apa perhidmatan yang surihome telah buat. Sekiranya berminat dengan perhidmatan yang saya buat, bolehlah hubungi saya.

            Saya memulakan perniagaan secara online dan offline, Saya juga turut memberi peluang kepada sesiapa yang berminat hendak menjadi rakan mama umar printing. Terdapat 2 peluang yang saya telah sediakan kepada mereka yang berminat. Di antara adalah menjadi rakan sebagai Promoter online dan Editor. Tugas promoter online adalah membuat iklan sahaja, Sekiranya ada yang ingin mengunakan perhidmatan mama umar printing,  Pada 15 hb saya akan membuat kiraan jumlah bayaran kepada promoter online dan editor. Dan saya akan bank in kepada mereka selepas itu. Tugas yang sangat mudah dan  bayaran juga boleh dikatakan berbaloi dengan kerja mudah, Tugas editor pula, mengedit apa-apa sekiranya ada kekosongan kerja. Jika anda berminat hendak bersama-sama saya. Boleh lah isi borang di sini. Disini adalah saya ingin bersama-sama membantu orang yang mahu bantu diri sendiri.


             Walaubagaimanapun saya seharusnya berusaha keras lagi bagi mencapai cita-cita saya.

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...