Khamis, 24 September 2015

Ikan Siakap Tiga rasa by SH

Minggu lepas adalah minggu paling rajin si dia masak ikan sikap tiga rasa & ikan cencaru bakar. Harini surihome nak share resepi yang si dia masak. Okey.. Kalau selalu makan dekat kedai je sampai bila nak pandai masak kan? Cuba rajinkan diri untuk masak ye, dalam masa yang sama anda juga dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan anda. JOM TENGOK RESEPI DEKAT BAWAH NI. 




BAHAN IKAN GORENG
- 1 ekor ikan siakap
- Tepung jagung
- minyak masak secukupnya

^^ Siang ikan terlebih dahulu, dan basuh ikan.
 ^^(Salutkan Tepung jagung pada semua bahagian ikan)
^^ GORENG IKAN SIAKAP SEHINGA MASAK KUNING KEEMASAN, DAN LETAK DALAM BEKAS/ PINGAN YANG SESUAI. 


BAHAN SOS
3 sudu makan sos tomato
- 3 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan sos tiram
- sedikit air 
- 1 sudu teh gula
- 3 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia 
** HIRIS tulisan yang berwarna biru

^^Guna minyak ikan yang telah di siap goreng sedikit, Tumis bahan yang telah dihiris, dan masukkan bahan tulisan hijau di atas, tunggu sampai mendidih dan kacau rata. kemudian masukkan bahan hiasan di bawah dan tutup api.


BAHAN  HIASAN
Daun bawang di potong 
- 2 biji cili merah / hiris
- 2 biji cili merah / hiris
- 2 biji tomato    / belah 4
^^Tuang kuah sos yang telah siap ke atas ikan yang telah siap di goreng.


sekian sahaja dari saya.
surihome.blogspot.com
by : Azie Rozeiah
^____________^'
SELAMAT MENCUBA!!^^'


KLIK SINI UNTUK CARA MASAK IKAN CENCARU BAKAR DAPUR GAS 









                         JOM  SINGGAH  KE PAGE FACEBOOK SAYA..... KLIK SINI 

    Selasa, 15 September 2015

    Berniaga dengan modal yang kecil

    TAK PERLU TAKSUB SANGAT NAK CEPAT KAYA, KALAU TAK PERNAH NAK BERUSAHA!

    Bukan nak cakap apa lah, benda dah pernah terjadi depan mata. Cakap pung pang pung pang "keluarkan modal RM 2,000. Kau akan dapat RM 20,000." Cakap semua orang boleh cakap, baby baru lahir pun boleh "menguekk" lagikan kita yang berusia 20-an ni kan. Buat kerja tak sampai berapa hari, nak untung bukan main lagi. Bak kata makcik yang berusia 50-an ni."Nak berniaga kena lama-lama.' Satu lagi nenek ni berkata."Commitment kena ada, ko tahu apa tu commitment, kalau tak tahu nenek nak terangkan." Bila suara makcik dan  nenek berpengalaman berbicara. Kita yanag muda perlulah ikut dengan kata-kata mereka berdua ni yang terlebih dahulu makan garam. 

    Satu lagi kisah. seseorang berbicara. "Kau masuklah dulu benda ni, kalau kau masuk kau akan dapat motor superbike macam aku." Chewah menyakinkan orang, macam lah kita boleh terpedaya dengan dia. Modal 300++, bagi orang yang mahukan duit banyak dengan cepat, mungkin akan terpedaya dengan kata-kata si fulan ini. OMG mudahnya nak jadi kaya. Macam tu awak suruh je lah sedara-mara awak masuk, adik-beradik, keluarga dekat dan sebagainya.  
      

    Mula-mula tahun 2013, kami berniaga tisu. Ya Allah ada yang memberi semangat dan ada juga yang memperlekehkan apa yang kami buat. "Eh kau jual tisu zi, selekeh je kan. Berkat bekerja dari perang sampai malam, bawak balik RM400 hingga RM500 buat permulaan perniagaan. Terasa sangat seronok bila berniaga walaupun penat. Saya tidak pandai cakap pun, yang cakap dengan tokey-tokey kedai si dia. Pada suatu hari, di akibatkan sikap tamak dan kurang ilmu. Terhenti perniagaan kerana bertukar kepada produk lain. " Abang burger dah call. "Hantar tisu 10 bag dik." Tokey kedai lain pun dah mula order dan ramai dah mula percaya dengan perniagaan yang kami meniaga. Ah rasa ruginya tidak berniaga lagi. Sikap yang gopoh, tak berfikir panjang telah mendatangkan kerugian, tetapi ia lebih mematangkan kami dalam bab perniagaan. 

    Nak duit banyak, kena lah usaha lebih. Kami kehulur-kehilir pergi sana sini. Ada satu hari tu, sampai 12 malam berjalan. Nak cari duit punya pasal. Masuk kedai tu, dan kedai ni. Pusing kawasan seremban dan senawang. Macam-macam ragam di temui. Nak menyakinkan orang bukan semudah yang disangka. Terkadang semangat tu hilang. Itu perkara biasa dalam perniagaan yang tsangat kecil ini. Ada pasang surutnya. Laku tak laku nombor dua, apa yang penting usaha bertanya mesti ada.

    Jom Minum Munif cocoa
                                     Jom Singgah ke PAGE FACEBOOK SAYA KLIK SINI !!!!

    Kepada yang suka makan gaji, makan lah gaji. Tapi jangan lah suka memperlekehkan orang-orang susah macam saya. Awak kaya dengan gaji awak, itu awak punya pasal lah, saya tak berminat kerja makan gaji, itu saya punya suka. Saya juga bersyukur kerana bertemu dengan orang yang pernah berniaga. Kalau saya tidak berjumpa dengan dia, mungkin saya tidak tahu berniaga, dan sibuk mencari kerja. Bila dah kerja Berhenti. Bila hati tidak suka berkerja, bermakna tetap tidak suka. Jadinya buat apa yang kita suka. Saya tidak pula suka mengikut orang lain. kerana "Aku adalah Aku". 

    Kepada orang susah macam saya, kalau nak ada duit. Berniagalah. Tak perlu terpedaya dengan kata-kata sandiwara yang memberi janji-janji palsu. Bukan senang nak senang. Bermula dari sekarang, tak perlu dah ada duit beribu-ribu baru nak berniaga. Sekarang saya berniaga Munif cocoa ni hanya bermodalkan RM210, dan masuk ni dah beberapa kali saya ambil munif cocoa ni untuk di jual kepada korang. huhu ^___^'. Berniaga dari rumah sahaja. Tak perlu dengan ada kedai, tapi kalau mampu bolehlah sewa kedai kan. Rezeki masing-masing, saya cuma ingin berkongsi perbiacaraan ini kepada orang-orang susah macam saya sahaja. Bagi orang yang sudah senang-lenang. Kaya-raya Tahniah di ucapkan. Doakan suatu hari nanti kami akan berjaya dalam bidang perniagaan.

    #Biarlah orang nak kutuk saya ke hape, Jual tu, jual ni. Saya tak pernah kisah dengan korang.
    #Nak cakap saya buang masa meniaga ke hape, nak gelakkan ke hape, gelakkan lah. Sebab saya mempunyai matlamat.
    #Berniaga semua orang boleh berniaga, tapi nak kekal lama, bukan semua orang boleh kekal lama. Perlukan kesabaran juga.
    #Takda ilmu pun jadi masalah. Sekarang rajin-rajinkan diri untuk membaca.
    #Cari rezeki yang halal.

    Sekian dari
    surihome.blogpot.com
    By AzieRozeiah


    Nak baca cerita berkaitan 
     KLIK SINI UNTUK MULA MEMBACA CERITA BERKAITAN!
                                         CEPAT KLIK!


    BILL BOOK

     PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...