TAK PERLU TAKSUB SANGAT NAK CEPAT KAYA, KALAU TAK PERNAH NAK BERUSAHA!
Bukan nak cakap apa lah, benda dah pernah terjadi depan mata. Cakap pung pang pung pang "keluarkan modal RM 2,000. Kau akan dapat RM 20,000." Cakap semua orang boleh cakap, baby baru lahir pun boleh "menguekk" lagikan kita yang berusia 20-an ni kan. Buat kerja tak sampai berapa hari, nak untung bukan main lagi. Bak kata makcik yang berusia 50-an ni."Nak berniaga kena lama-lama.' Satu lagi nenek ni berkata."Commitment kena ada, ko tahu apa tu commitment, kalau tak tahu nenek nak terangkan." Bila suara makcik dan nenek berpengalaman berbicara. Kita yanag muda perlulah ikut dengan kata-kata mereka berdua ni yang terlebih dahulu makan garam.
Satu lagi kisah. seseorang berbicara. "Kau masuklah dulu benda ni, kalau kau masuk kau akan dapat motor superbike macam aku." Chewah menyakinkan orang, macam lah kita boleh terpedaya dengan dia. Modal 300++, bagi orang yang mahukan duit banyak dengan cepat, mungkin akan terpedaya dengan kata-kata si fulan ini. OMG mudahnya nak jadi kaya. Macam tu awak suruh je lah sedara-mara awak masuk, adik-beradik, keluarga dekat dan sebagainya.
Mula-mula tahun 2013, kami berniaga tisu. Ya Allah ada yang memberi semangat dan ada juga yang memperlekehkan apa yang kami buat. "Eh kau jual tisu zi, selekeh je kan. Berkat bekerja dari perang sampai malam, bawak balik RM400 hingga RM500 buat permulaan perniagaan. Terasa sangat seronok bila berniaga walaupun penat. Saya tidak pandai cakap pun, yang cakap dengan tokey-tokey kedai si dia. Pada suatu hari, di akibatkan sikap tamak dan kurang ilmu. Terhenti perniagaan kerana bertukar kepada produk lain. " Abang burger dah call. "Hantar tisu 10 bag dik." Tokey kedai lain pun dah mula order dan ramai dah mula percaya dengan perniagaan yang kami meniaga. Ah rasa ruginya tidak berniaga lagi. Sikap yang gopoh, tak berfikir panjang telah mendatangkan kerugian, tetapi ia lebih mematangkan kami dalam bab perniagaan.
Nak duit banyak, kena lah usaha lebih. Kami kehulur-kehilir pergi sana sini. Ada satu hari tu, sampai 12 malam berjalan. Nak cari duit punya pasal. Masuk kedai tu, dan kedai ni. Pusing kawasan seremban dan senawang. Macam-macam ragam di temui. Nak menyakinkan orang bukan semudah yang disangka. Terkadang semangat tu hilang. Itu perkara biasa dalam perniagaan yang tsangat kecil ini. Ada pasang surutnya. Laku tak laku nombor dua, apa yang penting usaha bertanya mesti ada.
Jom Minum Munif cocoa |
Jom Singgah ke PAGE FACEBOOK SAYA KLIK SINI !!!!
Kepada orang susah macam saya, kalau nak ada duit. Berniagalah. Tak perlu terpedaya dengan kata-kata sandiwara yang memberi janji-janji palsu. Bukan senang nak senang. Bermula dari sekarang, tak perlu dah ada duit beribu-ribu baru nak berniaga. Sekarang saya berniaga Munif cocoa ni hanya bermodalkan RM210, dan masuk ni dah beberapa kali saya ambil munif cocoa ni untuk di jual kepada korang. huhu ^___^'. Berniaga dari rumah sahaja. Tak perlu dengan ada kedai, tapi kalau mampu bolehlah sewa kedai kan. Rezeki masing-masing, saya cuma ingin berkongsi perbiacaraan ini kepada orang-orang susah macam saya sahaja. Bagi orang yang sudah senang-lenang. Kaya-raya Tahniah di ucapkan. Doakan suatu hari nanti kami akan berjaya dalam bidang perniagaan.
#Biarlah orang nak kutuk saya ke hape, Jual tu, jual ni. Saya tak pernah kisah dengan korang.
#Nak cakap saya buang masa meniaga ke hape, nak gelakkan ke hape, gelakkan lah. Sebab saya mempunyai matlamat.
#Berniaga semua orang boleh berniaga, tapi nak kekal lama, bukan semua orang boleh kekal lama. Perlukan kesabaran juga.
#Takda ilmu pun jadi masalah. Sekarang rajin-rajinkan diri untuk membaca.
#Cari rezeki yang halal.
Sekian dari
surihome.blogpot.com
By AzieRozeiah
Nak baca cerita berkaitan
KLIK SINI UNTUK MULA MEMBACA CERITA BERKAITAN!
CEPAT KLIK!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan