Jumaat, 18 Februari 2022

Tanda -tanda jodoh yang baik

 Tanda -tanda jodoh yang baik

1. Terima diri seadanya
2. Tak berlakon
3. Hati tenang bila bersama
4. Jujur
5. Mengaku kelemahan diri
6. Saling mempercayai
7. Mendidik ke arah kebaikan
8. Ahli keluarga selesa




Rabu, 16 Februari 2022

Masak pagi sekitar jam 6

 Kengantokan pulak dah, rasa macam nak sambung membuta pulak, Dalam tahun 2022, harini kali pertama aku tumbuk lesung yg di berikan hadiah oleh rakan poli sem 7,lesung yg di beri sangat berguna sehingga kini, Harini buat sepinggan nasi goreng dalam sekitar jam 6 pagi. HAHAHA. Dasyat wei, last aku tumbuk lesung pagi pagi masa 2014, konon mentaati lakik bawak bekal hari hari, walaupun dulu masak punya tak sedap, kah kah kah. Memula jadi binik org, Pepagi rajin lah gak nak sedia kan makan, peagi petang malam, Rajin pon kejap je, x lama pon. Ada lah beberapa kali rajin. Lepas tu malas balik...

dah dah bape tahun aku bermalas malasan ni. Cer kira sendiri , 2014 - 2022 , lama tol x masak pagi pagi. Mesti lakik aku terkejot pagini aku masak nasi goreng sepinggan- udang beso 3 ketol cukup ler, bahan dia simple gile , bawang kecik, ikan bilis dan cili api 3 ketol je, HAHAHAHA . Kongsi berdua, pasal nasi tu memang sepinggan. Dan secawan milo je aku buat. Tak kuasa aku nak buat banyak-banyak. Kongsi jelah, jimat. Musim skang barang mahal, minum sorang siket, Dan Dah makan dalam jam 6 lebih, terus poie kojo.
Cerita ini aku kena tulis dan masuk di blog, sebab ko ingat aku senang nak masak pepagi sekitar jam 6 . 17.2.2022 . Pecah rekod masak pagi. SEKIAN TQ. DONE BUAT NOTA.
HAHAHAHHAHAHAA #MOOD SAJE NAK MEMENUHKAN NEW FEEDS KO, TAK YAH NAK MUNTAH SANGAT DENGAR CITE AKU, KALAU KO MUNTAH, AKU TAK KISAH. OK TAMAT!!!



AKTIVITI APA MASA BUKA PC

 Dah bertahun ni, benda yang biasa memang auto mesti nak buka, semasa buka pc.


1. Facebook,
2. Shopee,
3. Youtube
4. Adobe illustrator dan ap jika perlu sahaja

Selain dari ni, jarang nak bukak...

Rutin , Kalau mood tak ok, Aku bukak Fb & blog, merepek dekat situ, kadang aku x post, just merepek, dah post pon aku padam jele.

Mood kerja sendiri, kalau aku kerja dengan orang, aku asek benti je, lebih 10 tempat dah aku benti keja.

Pagi ni nak buat apa??? ~
Buat lah apa apa yang nak dibuat, asalkan aku tak menganggu hidup org lain. Bersyukurlah.

MOOD : MENGHADAP PC ~
Kang nak kene sidai kain lak, nak jadi cikgu tadika lagi- ajo sorang murid, nak basuh kain lagi, nak makan lagi. banyak benda lagi aku nak kene PK dan nak kena buat. Jadi aku ni, beginilah......

MOOD : Menunggu mesen baru sampai, kemain lamo odderrr, harap minggu ni sampai lah... Mesin apa???mesin kelapa ke??? 🧐
Tidak perlu di beri tahu, kang macam jakon pulak.... wulahai,

Masih dalam bidang printing


Khamis, 10 Februari 2022

Kemalasan Aku ~

 Semalam aku kene bebel, Bukan semalam je, selalu pon kene bebel. Hidup aku memang menyampah kene bebel, bukan semalam je, gi memana org nak memekak kat telinga aku. Sepanjang aku hidup kerja, paling lama keja ngan org 4 bulan. tu lah paling lama, lain lain , Setengah hari paling cepat aku berambos.

Paling bongok, dulu aku kerja kilang, dah supervisor ni memekak kat aku, bising kat aku. Aku balik , aku bukak baju kilang,Aku campakkan, Tukar jeans baju dan aku tak jejak dah situ, Naik komuter gi tempat lain dan aku berambos ikot hati dan kaki, x datang kerja terus. Dan banyak tempat lagi aku kene memekak, sampai lah aku duduk umah ni, bila dengar org komplen, telingga aku ni jadi panas.
Ko tak payah bising dekat kepala aku, aku tahu apa aku nak buat. Jangan suka memekak kat kepala aku. PAHAM !!!!!!!!!!! HAHAHHA
Serius kadang aku belajar dari hidup aku, Dulu Nak berlari pon, dah nak pergi keperingkat seterusnya, cikgu sampai datang umah , Ajak pergi berlari. AKu taknak. !!! Pernah sekali tu, masa berbaris, sekali cikgu ngan pengetua kat belakang, suruh gi siap siap nak berlari. Sebenarnya aku ni salah tarikh, ingatkan selasa, tapi aku pon cakap aku demam, padahal tak demam, aku bagi alasan. Tengok org lain, ramai x gi, sibuk aku x nak pergi. Padahal diri tu layak. Saja ngada tak nak pergi, Betapa bongoknya masa itu. Hal berlalu biar berlalu. Jadikan pengajaran.
Sama macam sekarang, Aku boleh buat, tapi aku taknak buat, Makanya beriban riban lah rugi. Aku banyak buang masa dalam hidup ni, Ikotkan perjalanan aku ni, kalau aku ikot perasaan aku. Dah lama melingkop. Tak abes abes kene paksa. Maka kerugian tu, tak lah berapa rugi walaupun ada yg rugi.
Walaupun aku selalu bertekak, yang banyak paksa Aku, itu lah yang orang selalu bertekak dengan aku. HAHAHA. Kalau dulu, orang tak paksa aku untuk pergi ke peringkat seterusnya. Kesannya Aku yang rasa rugi di waktu kini, dok lah cakap, kenapa aku tak pergi dulu. Kenapa bodoh nya masa aku lari tu. Kisah yg lain, masa aku da pergi, ada 1 tahun tu, Selalu aku berlari tanpa henti, dah menang baru aku behenti, Haritu aku malas, aku berjalan taknak berlari, memang aku pk , aku nak kalah hari tu, sengaja aku kalahkan. saje aku jalan tanpa lari. hanya semata mata aku x nak pergi ke peringkat seterusnya. Padahal budak yg aku tegur dan motong aku tu, aku cakap dekat dia, jalan jelah x payah lari, budak tu menang.
Semangat aku memang tinggi, kalau aku kata aku nak menang, aku pastikan aku menang. Halangan kemalasan yang membuat aku jadi tak menang 😂✌
Semoga kemalasan aku ni terkubor cepat. Aku pon kadang pedap dengan diri sendiri, ko ingat orang keliling aku, tak pedap dengan perangai aku. HAHAHAHA.
AKu tahu, tapi aku buat buat tak tahu. Kalau nengok, patut lah tak leh go. Memang patut, semua dah tak yakin dengan aku. HAHAHAHA. OKEEEEEEE BYEEEEEEEEEE.
SEKIAN TERIMA KASIH,
DARI CELOTEH BUDAK DEGIL KEPALA BATU.
Selagi perangai tak ubah, camni yolah.🥴
Terima kasih kepada insan yg selalu memaksa aku dalam menjalani kehidupan ni, ikotkan hati aku, aku dah bosan nak lalui liku liku hidup yang penuh pancaroba ni. Hidup mesti di teruskan. Selagi nyawa masih di dunia, terus jalani kehidupan.

#MALAS #KEMALASAN #JANGAN JADI PEMALAS, SAMPAI KEMATI. SENDIRI YANG AKAN RUGI !

#MALAS SILA PERGI



BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...