Khamis, 10 Februari 2022

Kemalasan Aku ~

 Semalam aku kene bebel, Bukan semalam je, selalu pon kene bebel. Hidup aku memang menyampah kene bebel, bukan semalam je, gi memana org nak memekak kat telinga aku. Sepanjang aku hidup kerja, paling lama keja ngan org 4 bulan. tu lah paling lama, lain lain , Setengah hari paling cepat aku berambos.

Paling bongok, dulu aku kerja kilang, dah supervisor ni memekak kat aku, bising kat aku. Aku balik , aku bukak baju kilang,Aku campakkan, Tukar jeans baju dan aku tak jejak dah situ, Naik komuter gi tempat lain dan aku berambos ikot hati dan kaki, x datang kerja terus. Dan banyak tempat lagi aku kene memekak, sampai lah aku duduk umah ni, bila dengar org komplen, telingga aku ni jadi panas.
Ko tak payah bising dekat kepala aku, aku tahu apa aku nak buat. Jangan suka memekak kat kepala aku. PAHAM !!!!!!!!!!! HAHAHHA
Serius kadang aku belajar dari hidup aku, Dulu Nak berlari pon, dah nak pergi keperingkat seterusnya, cikgu sampai datang umah , Ajak pergi berlari. AKu taknak. !!! Pernah sekali tu, masa berbaris, sekali cikgu ngan pengetua kat belakang, suruh gi siap siap nak berlari. Sebenarnya aku ni salah tarikh, ingatkan selasa, tapi aku pon cakap aku demam, padahal tak demam, aku bagi alasan. Tengok org lain, ramai x gi, sibuk aku x nak pergi. Padahal diri tu layak. Saja ngada tak nak pergi, Betapa bongoknya masa itu. Hal berlalu biar berlalu. Jadikan pengajaran.
Sama macam sekarang, Aku boleh buat, tapi aku taknak buat, Makanya beriban riban lah rugi. Aku banyak buang masa dalam hidup ni, Ikotkan perjalanan aku ni, kalau aku ikot perasaan aku. Dah lama melingkop. Tak abes abes kene paksa. Maka kerugian tu, tak lah berapa rugi walaupun ada yg rugi.
Walaupun aku selalu bertekak, yang banyak paksa Aku, itu lah yang orang selalu bertekak dengan aku. HAHAHA. Kalau dulu, orang tak paksa aku untuk pergi ke peringkat seterusnya. Kesannya Aku yang rasa rugi di waktu kini, dok lah cakap, kenapa aku tak pergi dulu. Kenapa bodoh nya masa aku lari tu. Kisah yg lain, masa aku da pergi, ada 1 tahun tu, Selalu aku berlari tanpa henti, dah menang baru aku behenti, Haritu aku malas, aku berjalan taknak berlari, memang aku pk , aku nak kalah hari tu, sengaja aku kalahkan. saje aku jalan tanpa lari. hanya semata mata aku x nak pergi ke peringkat seterusnya. Padahal budak yg aku tegur dan motong aku tu, aku cakap dekat dia, jalan jelah x payah lari, budak tu menang.
Semangat aku memang tinggi, kalau aku kata aku nak menang, aku pastikan aku menang. Halangan kemalasan yang membuat aku jadi tak menang 😂✌
Semoga kemalasan aku ni terkubor cepat. Aku pon kadang pedap dengan diri sendiri, ko ingat orang keliling aku, tak pedap dengan perangai aku. HAHAHAHA.
AKu tahu, tapi aku buat buat tak tahu. Kalau nengok, patut lah tak leh go. Memang patut, semua dah tak yakin dengan aku. HAHAHAHA. OKEEEEEEE BYEEEEEEEEEE.
SEKIAN TERIMA KASIH,
DARI CELOTEH BUDAK DEGIL KEPALA BATU.
Selagi perangai tak ubah, camni yolah.🥴
Terima kasih kepada insan yg selalu memaksa aku dalam menjalani kehidupan ni, ikotkan hati aku, aku dah bosan nak lalui liku liku hidup yang penuh pancaroba ni. Hidup mesti di teruskan. Selagi nyawa masih di dunia, terus jalani kehidupan.

#MALAS #KEMALASAN #JANGAN JADI PEMALAS, SAMPAI KEMATI. SENDIRI YANG AKAN RUGI !

#MALAS SILA PERGI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pencapaian SHOPEE MUP

 Pencapaian SHOPEE MUP setakat ini,  12.8.2025 / Tuesday   / self employeed Pending  1,215.40 This Month   RM 1,065.13 Total    RM 50,621.86...