Jumaat, 28 Ogos 2015

Perniagaan yang belum mencapai kejayaan




Assalamualaikum, 
      Pada hari ini, saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang diri saya dalam dunia perniagaan yang masih belum mencapai kejayaan. Pada Febuari 2014, saya dan suami mula berniaga tisu. Memang tersangat penat pada mulanya, kehulu kehilir naik kereta dari Negeri Sembilan ke Selangor. Barulah saya tahu betapa letihnya meniaga ni. Dari petang sampai ke malam. Tetapi tidak lah lama saya meniaga tisu ni, kerana atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya dan suami berhenti dalam meniaga tisu. Masa nak mulakan perniagaan ni, saya dan suami gunakan duit yang ada. Tatkala  pelangan pun dah mula call menanyakan. Dek kerana da tidak meniaga, Tamat lah sudah perniaagaan tisu. Oh antara sebab utama kegagalan perniagaan tisu ni adalah sebab, hendak bertukar kepada polistren. Nak di jadikan cerita, ada lah kedai ni tanya nak polistren lah, plastik lah. Pergilah satu kilang ni, beli polistren. Lepas beli polistren ni. Terus gagal buat tisu. Apa-apapun lepasni kena fokus kepada satu barang, dah ok baru lah tukar barang lain. Kalau tak fokus, macam ni lah jadinya.

       Suami saya yang tidak segan silu, bertanya kepada pembeli. Sepanjang saya dan suami berniaga, satu kali je yang aku tanya pada pembeli. Itupun Suami aku yang backup, dapatlah 10 bag tisu pembeli tu beli. Perasaan malu untuk bertanya itu, adalah sikap yang tidak perlu ada dalam dunia perniagaan. Bila malu, bak kata pepatah " Bila malu sesat jalan." Bak kata saya pulak , " Kalau dah malu, tak dapat lah duit. Suami saya pun dari sekolah dah ada pegalaman berniaga, pandai mengurus diri sendiri. Macam saya, tak pernah walau sekali menyusahkan diri sendiri. itu lah jadi nya. Dari kecil apa yang saya nak saya dapat, mintak je, tak payah susah-susah nak kerja. Tapi bila saya dah kenali dunia meniaga kecil-kecilan ni, saya tahu. Betapa susahnya nak dapatkan duit dari pembeli walaupun seposen.

         Dengan muka tebalnya, suami saya ni bertanya. Ada pulak yang nak beli, ada juga yang tidak mahu beli. Macam-macam perangai lah saya dan suami jumpa. Tapi apa-apa pun Sabar itu indah, sabar je la. Demi mencari rezeki yang halal. 

         Habis bab tisu, lama sudah menyepi. Saya pun duduk mengait topi,belajar sikit-sikit. Nak mengait ni bagi saya terlalu lama nak menyiapkanya. Entah berapa lama dah mahu siap. macam-macam lah saya beli alatan kait, benang lah apa lah, banyak lagi. Jadikan hobi jela, kalau ada masa baru lah saya mengait, kalau masa tidak ada. Biarlah dia terbengkalai.

KLIK SINI UNTUK KE PAGE TOPI HAT SAYA

         Hah satu hari ini, adik saya jual lah burger depan rumah, saya pun apa lagi cuba lah belajar buat nasi ayam penyet. hahaha nak di jadikan cerita saya da lah baru pandai masak. bulan puasa tahun 2015 tu, saya belajar lah masak Nasi Ayam Penyet. 3 kali belajar buat nasi ayam penyet, baru lah menjadi. Saya pun jual lah nasi ayam penyet. Buat dari rumah je pun. Penghantaran percuma di sediakan. Nak di jadikan satu cerita, ada lah budak ni. Order nasi ayam penyet. Dah penat-penat saya buat, eh dia tak datang rumah untuk ambik nasi yang telah siap. Sakit pulak hati kita ni. Lepas je Raya tahun 2015 saya dah tak buat dah Nasi Ayam Penyet. Entahlah, mungkin sebab saya tidak minat untuk masak memasak kot! Jika tak berminat, lebih baik berhenti! ^___^'


KLIK SINI UNTUK TAHU CARA MASAK NASI AYAM PENYET

           Sekarang Ogos 2015, setelah sebulan  saya berniaga munif cocoa. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil ini, saya jual aje lah dengan pegerakan yang perlahan. Munif cocoa ni saya meniaga secara maya dan secara depan-depan. maknanya dekat internet jual kalau pelangan nak beli, dekat luar pun kalau orang nak beli. Saya dan suami jual. Sekarang tengah mencari pelangan-pelangan untuk membeli produk munif hijjaz ni. Saya suka jual munif cocoa ni sebab barang dari orang islam.  

KLIK SINI UNTUK KE PAGE MUNIF COCOA 

Ada juga saya daftar affiate, kerja dari rumah, ashadee dan banyak lagi lah. Tah apa kenama affiate banyak saya daftar. Daftar je lah, promote nya tak da lah sangat. Dari pembacaan saya affiate ni dapat komisen dari syarikat tersebut. Itu yang saya daftar je. Buat masa ni, Seposen pun belum masuk dalam akaun lagi bab-bab affiate ni. Tapi apa-apa pun semoga satu hari nanti dapat lah seposen dua posen masuk dalam akaun saya, kalau lebih pun, apa salahnya. "Rezeki jangan di tolak." Tak gitu. Dalah . Penat membebel. 

Sampai di sini sahaja lah celoteh dari saya,
Bukan senang nak senang.
Begini lah nasib saya, Duduk di depan PC memikirkan, bagaimana untuk menambah pendapatan sampingan.
#Biar sikit, Asalkan Halal. Daripada Banyak tetapi Haram."
#USAHA TANGGA KEJAYAAN."
Doa Usaha Ikthiar Tawakal
#Semoga suatu hari nanti saya dan suami berjaya dalam Perniagaan.















         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BUANG ADIK AKAK DALAM HIDUP AKU

  lebih 10 bulan..Hati aku sentiassa sakit......Memang raya pon aku takde hati nak raya..Memang cuti pon aku tak de hati nak cuti.... SAKIT ...