Berdasarkan pegalaman saya menjadi suri rumah tanga yang tidak mempunyai cahaya mata ini, saya sentiasa memikirkan bagaimana ingin menambahkan pendapatan keluarga saya. Hampir setiap hari saya memikirkan apa perniagaan yang sesuai untuk saya buat. Tatkala mendapat idea saya akan menulis di atas kertas supaya idea yang terkeluar di awangan kepala tidak hilang begitu sahaja. Banyak idea yang terlintas di kepala, tetapi saya telah tetapkan apa yang perlu saya lakukan selepas ini. InsyaAllah.
Semenjak menjadi suri rumah, saya sudah pandai masak. Alhamdulillah. Jika saya bekerja sahaja, mana mungkin saya akan pandai masak. Sangat lah mudah rupa-rupanya untuk memasak. Apabila memasak dengan ikhlas, semuanya jadi mudah.
Suri rumah ini juga adalah tanggungjawab saya untuk menjaga rumah ini semasa ketiadaan suami, maklumlah suami kerja tidak tentu masa. Demi menjaga Negara dan bangsa, isteri pula perlu akur dengan ketentuan yang maha Esa. Pada awalnya terasa sangatlah sepi duduk di rumah, kerana sering ketiadaan suami di sisi. Terasa serabut yang keterlaluan, setahun tidak boleh menerima kenyataan. Kini saya mampu mengatasi masalah bosan itu dengan mengisi masa lapang dengan ikut cita rasa tersendiri. Tatkala bosan terlampau melanda diri, saya akan tidur sahaja. Saya lebih suka melelapkan mata apabila kebosanan atau permasalahan melanda diri.
Selain daripada itu, tugas saya dirumah adalah mencatat setiap perbelanjaan bulanan bagi memastikan duit belanja keluarga di guna pakai dengan sebaiknya. Pada awal perkahwinan, masalah krisis kewangan keluarga melanda diri. Segala duit syiling dalam tabung turut di guna pakai. Inilah yang membuat saya lebih berhati-hati dalam membuat setiap perbelanjaan. Ini lebih mematangkan saya dalam hari-hari akan mendatang dalam merancang kewangan. Walaupun saya seorang yang tidak bekerja di sebuah syarikat yang gah. Tetapi saya berhidmat untuk keluarga dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, membasuh kain, membasuh pingan, memasak dan sebagainya.
Telinga ini pernah juga mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut orang lain, "Belajar tetapi tidak Bekerja, hurm buang masa jer." selain itu "Eh kau ni bila nak kerja." dan "Engkau buat apa jer duduk dekat rumah, tak bosan ke." dan lagi "menghabiskan duit mak bapak jer." Kata-kata berikut sering keluar dari mulut-mulut orang. Apa yang boleh saya buat, saya buat tak tahu je lah. Apa yang saya tahu, apa yang saya buat itu betul. Jika sudah tidak berminat bekerja di bawah orang lain, apa yang hendak di paksakan diri, bukanya kalau saya bekerja di sebuah syarikat akan menjamin kebahagiaan diri. Pokok pangkalnya diri sendiri, buat apa yang kita suka, kita akan suka.
Apa yang orang lain cakap, adakala nya boleh diguna pakai,
Adakalanya perlu dengar, dan perlu di abai.
Bukan Senang Nak Senang,
Bukan Susah Nak Susah.
Cakap tanpa melakukan,
Hanya sia-sia.
Apa yang orang lain cakap, adakala nya boleh diguna pakai,
Adakalanya perlu dengar, dan perlu di abai.
Bukan Senang Nak Senang,
Bukan Susah Nak Susah.
Cakap tanpa melakukan,
Hanya sia-sia.
- Serbuk malt,
- Serbuk koko,
- Maltodekstrin dan
- Arabic Gum (Al-Manna)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan