Sabtu, 15 Oktober 2022

Hidup ini adalah proses belajar.

Beberapa hari lepas, aku agak rushing dengan 7 Pelangan bill book,

Selesai semua dah dapat item masing masing.
Minggu ni 3 kali aku kecot perot, Sebab persoalan pelangan. Membuat aku sedia hadapi segala yang terjadi.
Kisah 1 dan kisah 2 dan kisah ke 3. Dah lama customer tak komplen, Jadi bila terima komplen aku akan amek tindakan.
Yang pertama bukan salah aku, Sebab customer tak cek size betul betul. Jadi takpa aku cuba bantu dengan membuat 1 size yang baru.
Yang kedua, Pelangan amek gambar buku bill 10 buku itu, dan bertanya mana no. tu, Jadi aku pon mengambil sedikit masa dalam beberapa minit, meneliti di manakah silapnya, Ketika aku membuka pc, aku cek semula, aku sudah print out semula. Dan aku teliti lebih lagi di manakah silapnya?? Kerana pelangan telah menerima sebanyak 10 buku, Tetapi setelah aku teliti dan teliti. Maka terjawablah ada muka depan Yang tersilap , double No. Salah diri sendiri, memang salah aku, tak cek 1 No. silap , Mujur lah dapat pelangan yang oke.Tersalah No. sahaja di kulit depan. Dan pelangan mengatakan tidak apa, boleh tulis guna tangan muka depan tersebut. Sebelum itu aku menawarkan, sekiranya hendak betulkan , boleh aku betulkan kesilapan itu....
Alhamdulillah dapat pelangan yang baik hati, ia memudahkan urusan pada hari ini.
Yang Ketiga, Memang salah pelangan sebab dah confirmkan. Jadi aku pon print out. Sesudah sampai pelangan pon mesej bertanya, kemanakah No. Sebab pelangan dan confirm, jadi aku follow sahaja. Memang ingat pelangan taknak no. Jadi pengajaran lepas ni confirmkan betul betul. Nak No. atau taknak. Oleh sebab ada budi bahasa, Aku mencadangkan pelangan Guna stiker No1 sehingga 250 sebanyak 500PCS. Aku pon print out dan memberi Penghantaran percuma. Walaupun aku sebagai seller tak salah. Tapi atas budi pekerti, aku akan selesaikan masalah pelangan.
Komplen itu sangat penting, untuk memperbaiki perkhidmatan pada hari akan datang.
dalam kehidupan ni, kita akan melalui hidup dan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Apa apa pun terima kasih kerana sudi menjadi pelangan MUP.
-----------------------------------------------------------------------
Itulah Pelajaran yang aku dapat belajar pada minggu ini, sebab itu kena betul-betul teliti. Kalau tak teliti. Untung rugi kena hadapi.
Bagi aku pula, aku meniaga bukan lah semata mata nak keuntungan, lebih kepada aku mengisi masa masa hidup aku dan membantu mereka yang memerlukan.
-------------------------------------------------------------------
Itu yang dapat customer ,baik.
Sebelum ni dalam tahun lepas aku dapat 2 orang pelangan yang agak tak boleh berbincang.
Aku terlupa buat ------------------- 2 helai, padahal tarik itu percuma, Oleh kerana nak menjaga hati pelangan aku memulangkan duit kepada 2 orang ini, dan aku terus blok. HAHAHAHHA..........................................................................................................
Itu lah sedikit kisah aku dalam menjalani perniagaan di atas talian,
Ia adalah satu proses, kalau aku menyerah kalah dari aku mengenali sebuah perjalanan meniaga ini.
Maka berakhirlah kisah MUP SOLUTION, Tapi aku terus kan juga, belajar dari kesilapan.
Banyak benda silap, tapi terus perbaiki dari hari ke hari.
Kerana hidup ini adalah proses belajar.
-------------------------------------------------------------------







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pencapaian SHOPEE MUP

 Pencapaian SHOPEE MUP setakat ini,  12.8.2025 / Tuesday   / self employeed Pending  1,215.40 This Month   RM 1,065.13 Total    RM 50,621.86...