Sabtu, 21 November 2015

Kerja Vs Niaga

Tajuk di atas, muncul tatkala hati saya yang sedang gundah gulana bercampur rasa tercabar dengan segelintir kata-kata orang yang terdekat di dalam hidup ini yang tidak langsung menyokong apa yang saya ingin lakukan. Saya ingin meniaga.Saya tidak bekerja, dan masih duduk di rumah, menjadi seorang surirumah. Apa yang saya hendak lakukan adalah meniaga, tetapi apabila berbicara bab berniaga, saya juga yang merana, kerana salah berkata-kata pada corong telinga mereka. 

Bagi orang yang tidak berniaga, ia akan mengatakan. Kerja lagi bagus, duit yang ada itu simpan dan tidak perlu lah membazir nak keluar buat modal dan bukan dapat untung pun, dan bukan boleh kaya pun. Bagi pendapat saya duit yang ada itu kita perlu buat modal, dan berniaga dengan modal yang sedia ada dan mencari ilmu. Jika di simpan sahaja, tiba satu masa ia akan di gunakan juga untuk membeli benda lain. Pendapat masing-masing, terpulang kepada individu tersebut. "Aku adalah Aku."

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.Tambah lagi dengan kata-kata 2 orang sekaligus, "hangat-hangat taik ayam je kau tu". Sama lah macam bapak dia. Keluar modal kang beria-ia, apa pun tak nampak. pada tahun 2013, Bermodalkan RM 380 tidak termasuk duit minyak dan tol. Gagal kali pertama untuk perniagaan pertama, kerana kelalaian dan silap langkah. Tetapi ia memberi pengalaman dan pengajaran. Buat permulaan tahun 2015  ini modal yang saya keluarkan hanya RM400  lebih untuk membuat satu perniagaan baru. Ya apa yang di rancangkan gagal kali kedua dan kali ketiga. Tapi itu tidak bermakna saya akan berhenti dan mengaku kalah dalam bab perniagaan. Dan baru baru ni saya dan suami telah mengeluarkan Modal buat kali keempat, setelah banyak idea yang keluar, saya dan dia memilih satu idea untuk cuba meniaga  bagi perniagaan yang keempat, yang bermodalkan RM 450 ( Belum cukup modal). Entah kenapa kali ini terasa agak sukar sedikit, dan banyak halangan dan rintangan yang perlu di hadapi. Macam macam dugaan. Tetapi kini saya dan suami usaha untuk mencari lebih lagi ilmu dalam bab perniagaan yang ingin lakukan. Semoga perniagaan kali keempat ini akan berjaya. 


Walaubagaimana pun, kami masih menjual lagi munif cocoa secara online dan secara offline. Bermulanya dari bulan julai 2015, masih menjual secara sambilan sehingga ke hari ini. 

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT PERCETAKAN

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengkritik yang suka melemahkan semangat saya dan bukannya ingin memberi sokongan atau kata-kata positif, hanya kata-kata negatif sahaja yang di lemparkan, sampai da nak naik pekak telinga di buatnya. Tatkala terdengar suara-suara yang mengkritik, saya juga sentiasa berfikir untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Pengkritik itu adalah orang yang paling hampir dengan kita, Lebih baik mencuba sesuatu, daripada duduk membeku dan tak pernah lakukan dan beri suara sumbang yang tidak berpatutan. 

Jika awak suka bekerja awak kerja diam-diam, saya juga bekerja, tetapi saya ingin mula bekerja di rumah sahaja, sebab apa? apabila suatu hari nanti saya ada anak, saya berhasrat untuk menjaga anak saya sendiri tanpa menghantar anak di rumah pengasuh, mahupun rumah orang kedua orang tua untuk menyusahkan mereka kecuali dalam pantang. Cukup lah kedua orang tua saya sudah membesarkan saya dari kecil hingga ke besar. Jika saya bekerja jam 08:00 pagi hingga 05:00 petang, siapa pula yang akan jaga anak-anak saya suatu hari nanti. Fikir kehadapan. Untuk diri sendiri dan keluarga juga.


#BERJAYA atau pun tidak, Belakang cerita. Kita hanya merancang, Allah menentukan. 
#Lebih mudah bercerita dengan orang yang suka berniaga, daripada bercakap dengan segelintir orang yang tidak berminat denganNya. 
#mencari sumber yang halal

by Azierozeiah
surihome.blogspot.com

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BUANG ADIK AKAK DALAM HIDUP AKU

  lebih 10 bulan..Hati aku sentiassa sakit......Memang raya pon aku takde hati nak raya..Memang cuti pon aku tak de hati nak cuti.... SAKIT ...