Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Aku cuma nak kongsikan kisah aku berhutang dalam hidup aku yang menghantui kepala huhu.
Kisah dia macam ni, Pada tahun 2010 dahulu kala, aku belajar dan di semester ke 2, aku telah membuat pinjaman sebanyak 12,500.oo .Pada masa aku mohon pinjaman tu, tak tahu lah pulak ada bunga. HAHAHAA. Sepatunya di jadualkan aku bayar pada 2013, Jadi nya bunga pon dah belambak pada tahun 2022. Tiap bulan akan naik 10.42 + 0.74 .
Kalau dulu aku bayo bulan-bulan siket siket, x de lah rasa sangat. Tapi nak buat macam mana perkara dah berlaku pon. Jadi hadap jelah. Duit ptptn ni sepatutnya aku tak yah pinjam pon tak pe. Dah seronok-seronok dulu abes kan duit. Sekarang hadap lah jie. HAHA. Kalau dulu boleh lah mintak bapak ko duit. Dulu jenis tak tahu pulak cari duit tu tak semudah Abc. Kerja nak menghabiskan duit orang tua aje oi. Tapi kini bila dah kena cari duit sendiri, baru lah terasa kepenatan nya tu.
Kini aku lebih mengharapkan Agar Allah membantu aku untuk melangsaikan hutang-hutang di dunia ini. Dan semoga dunia dan akhirat di kurniakan kebahagiaan. Bukan takat doa, kena juga usaha. Buat itu dan ini, agar ada sumber yang datang untuk membayar hutang-hutang aku ni.
Betul peribahasa "Telajak perahu boleh di undur, Telajak Perbuatan Buruk padahnya." Hah sekarang anak sudah 6 tahun , hutang aku masih belom selesai. Apo pon tak boleh. Aku bukan risau apo. Bukan tak risau, yang merisaukan adalah bila tiba ajal ko sampai. Hutang ko ada lagi. Huh lah, tak tenang kehidupan bila menjadi seorang yang berhutang ni woi.
Sebab tu aku nekad, Aku tak nak ada hutang lagi, Biar lah x de kereta baru ke hape, Asalkan aku tak de hutang. Kot ado rezeki nak beli. Kalau boleh memang nak cash sahaja. Hutang hutang ni hanya buat otak aku menjadi semak je. Okkkkk ...
Dah lah tu, merepek aje dari tadi. Moh lah buat kerja apa yang patut. Mudahan Rezeki mencurah-curah dalam menjalani kehidupan dan tidak ada hutang keliling pinggang. ELakkan berhutang sana dan sini agar hidup lebih tenang dan tenteram.
Assalammualaikum
by# azirozeiah. CopyMUP2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan