Isnin, 20 Jun 2022

Profil Saya


Assalammualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya memperkenalkan Nama Saya adalah Azi Rozeiah binti Mohd Yusoff, Saya adalah pengurus syarikat MUP SOLUTION. Syarikat ini telah di tubuhkan pada April, tahun 2018. Syarikat MUP SOLUTION menjalankan perniagaan Percetakan dan pengiklanan di Negeri Sembilan daerah Gemas sehingga tahun 2020, pada Akhir tahun 2020 MUP SOLUTION Telah berpindah di Melaka, yang beralamat di Tanjung Minyak Jaya. Buat masa ini kami menjalankan Bisnes Printing Kami secara Online atau secara maya 100%. Untuk sebarang oder, pelanggan boleh hubungi kami di atas talian. 





 AZI ROZEIAH

                                                   Media Sosial berkaitan untuk berhubung








Syarikat MUP SOLUTION kini 2022 masih beroperasi seperti biasa, Syarikat ini telah menerima bantuan dari Pihak sme corp Di dalam program "TUBE MEGA 2018 (Tunas Usahawan Belia BumiPutera) dan Tabung Usahawan Negeri Sembilan Pada Tahun 2020. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu saya dalam menguruskan perniagaan Percetakkan ini. Tidak Dilupakan juga Saya ucapkan jutaan kasih sayang dan ucapan terima kasih kepada suami saya "Encik ShamsulRizal" yang menjadi tulang belakang Saya sepanjang proses menjalankan perniagaan Percetakan ini.  

Sejarah bermulanya perniagaan percetakan ini adalah bermula dari hujung tahun 2016. Pada October 2016 Saya telah mendaftar perniagaan SSM di atas Nama "Mama Umar Printing." Di tahun 2017 Saya juga telah mengikuti Program "MOBILE PRENEUR".  Di sini juga telah membantu saya dari segi pengangkutan motor dan peralatan repair komputer, dan sangat membantu saya untuk menghantar barang dari rumah ke tempat penghantaran seperti JNT dan Pos Laju. Terima Kasih juga kepada pihak yang berkenaan telah memberi peluang kepada saya mengikuti program tersebut.  Namun begitu, Saya telah menamatkan SSM "Mama Umar Printing." dan Saya Fokus menjenamakan MUP. MUP adalah singkatan dari Mama Umar Printing. Adalah baik saya menggunakan nama MUP, kerana ia lebih Ringkas dan tidak perlu orang memanggil saya mama. Cukup MUP Sahaja. 

Matlamat Saya, Adalah 1 Hari nanti Syarikat MUP akan lebih di kenali dan memberi manfaat kepada ramai orang yang memerlukan bantuan. Saya juga memegang prinsip, meniaga adalah bukan untuk kaya, tetapi meniaga adalah untuk memberi pertolongan kepada yang memerlukan dan keuntungan itu boleh mendatangkan pahala kepada saya dan keluarga. 

Sekian Terima Kasih. 

By#AziRozeiah #PrintingMUP #MUPSOLUTION #MUPPRINTING.

Program Sepanjang Hidup saya sertai sepanjang hidup dan berkaitan untuk lebih mengenali apa itu computer, design,  printing dan perniagaan , Adalah Seperti Dibawah.


   

Tahun 2018, Hadiri Program Usahawan
 TUBE 5.0 Selama 
3 Minggu Di Kem Ulu Pari,
Rembau,  Negeri Sembilan


Penerima Geran Tabung Usahawan
Negeri Sembilan 2020




Oke masa SPM dapat
 sijil mata pelajaran  Vokasional
,  Sekolah harian biasa ya.Tingkatan 4
kali pertama pegang Pc dekat
sekolah. Masa ni takot betul nak pegang pc.

  

Tamat belajar di Politeknik dan dapat sijil pada Tahun 2013
Diploma Teknologi Maklumat (PengaturCaraan)
Belajar di sabak bernam Dari Tahun 2010 Sehingga Tahun 2013


lain -lain business  @ Program lain yang Di sertai.  Klik Sini
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...