Rabu, 22 Julai 2020

Bagaimana untuk dapat bantuan tabung usahawan RM3000

Hai, Assalamualaikum. 
Harini MUP nak berkongsi cara bagaimana untuk dapat bantuan tabung usahawan. 


Penerima Geran Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan 2020

Perkara-perkaran yang  perlu di lakukan adalah. 

1. AMBIL TAHU , Bila tarikh  Permohonan bantuan di buka, dan bila tarikh tutup permohonan. 

Contoh: MUP duduk Negeri Sembilan. Rajin-rajin ambil tahu tentang page ni. 

Negeri lain, sila ambil tahu tentang usahawan di negeri anda.

Ataupun, Ada juga bantuan-bantuan lain. 
Follow page usahawan sme.corp,  usahawan mara,  dan page -page berkaitan usahawan 


2.  JANGAN LEPASKAN PELUANG

MUP dapat borang dari sini, 

Baca dan Fahamkan iklan yang di terima. 
Kalau permohonan dibuka. Korang cepat -cepat mohon



3. ISI BORANG DAN JANGAN PUTUS ASA. 

Proses isi borang ni agak banyak jugak. 
Antaranya adalah. 
a) kena print sendiri. 
b) Cari quotation 3 tempat. (Dalam N9, Kalau Luar Negeri sembilan. Kena buat surat)
Contoh surat rasmi : Klik SIni~
c)  Cop ketua kampung @ ketua taman @ berkaitan
d) Hantar ke pejabat yang tertera pada Iklan
e) Tak lengkap. Kena lengkapkan sampai lengkap. 

(macam mup 1 kali tak lengkap, iaitu surat rasmi. sebab beli machine ni luar kawasan N9) : 2Kali kena pergi pejabatnya. Dari gemas ke Seremban. : Jauh TU. ^__^' Perlukan pengorbanan. 


4. TUNGGU KEPUTUSAN. sama ada LULUS / GAGAL

Mereka akan hubungi sekiranya lulus. 

5. Sekiranya Lulus
Sign Cop di perlukan berkaitan Surat Aku Janji.

6. Duit masuk selepas 2 minggu Cop Sign Surat Aku Janji.

7. Beli barang-barang. 
Dapat duit ni bukan untuk Enjoy, Tapi 100% Beli bahan-bahan mentah atau machine. 

MUP beli machine 100% duit 3000 Tu dan tambah duit sendiri. Sebab harga machine melebihi RM3000.  

8. Hantar Bil original kepada tabung usahawan negeri sembilan

Terima kasih Pihak Usahawan Negeri Sembilan yang telah memberi bantuan RM3000 Kepada MUP Solution. Ini Sangat membantu perniagaan MUP. 

Kepada korang, Pastikan Ada ssm, atau lesen niaga. Ni antara satu syarat yang perlu ada. 
MUP ada SSM je.. Lesen niaga tiada. Jangan risau kalau anda berniaga online macam MUP.  
Semoga satu hari nanti. Perniagaan yang kecil ini, akan BERJAYA. Aminnnnnnn  ^_^'


UPDATE TERKINI BANTUAN 3000 . TARIKH TUTUP 20.09.2020

UPDATE TERKINI BANTUAN 3000, TARIKH TUTUP 28.2.2022

https://tuns.my/info/index.php

GI MOHON SEKARANG. KLIK SINI

SEMOGA korang dapat 3000, Tak yah  bayar balik wokey ^_^' suka ke suka. :)~

CARI KHIDMAT PERCETAKKAN 
KLIK SINI

~









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILL BOOK

 PERKHIDMATAN CETAK BUKU BILL MUP SOLUTION MENYEDIAKAN KHIDMAT PERCETAK BUKU BILL SEPERTI RECEIPT BILL , VOUCHER, TICKET, DAN SEBAGAINYA.  H...