Selasa, 20 Disember 2022

DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA

 DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA

- 21 DECEMBER 2022 -

1.    Hidup ni , nak cakap lebih-lebih, akan di salah erti.

Begitulah kehidupan. 

Ada baik nya diam seribu bahasa. 

Daripada terlebih berkata-kata.

Apa yang perlu di sampaikan telah di sampaikan,

Anda mahu terima atau tidak, 

Terpulang. 

Hidup ini ada peraturan,

Jika tidak ikut peraturan, 

maka hadapilah hidup yang tidak mahukan peraturan. 

Hidup yang tidak mahukan peraturan, 

Bakal menyusahkan Hidup diri sendiri dan orang berhampiran.

Apa yang di buat pada hari ini, 

akan memberi kesan pada masa akan datang. 

Hidup tanpa ilmu,

ibarat hidup dalam kepompong kegelapan.

Tambahkan Pengetahuan tentang Dunia dan Akhirat.

Dan hidup yang sementara

untuk menggapai Akhirat. 

Kerana kehidupan ini bukanlah hanya di dunia semata-mata. 

Kehidupan selepas kematian adalah menuju Alam Akhirat. 

Alam Akhirat itu benar. 

Semoga kehidupan di dunia yang sementara ini

bakal memberi ketenangan dan kemenangan di Alam Akhirat.

* Hargai masa-masa yang ada dengan mengisi dan mempelajari sesuatu yang bermanfaat *

2.    Kita tidak berhak untuk membenci orang atau tidak berhak untuk tidak suka kepada orang, tetapi perasaan itu itu hadir kerana itu adalah sebuah perasaan. 

3.    Dalam hidup ini, kita tidak perlulah ada satu perasaan yang boleh  menyimpan dendam dengan orang. Kerana ia hanya akan membuang masa dan sekiranya ada dendam itu hanyalah akan merosakkan sebuah kehidupan. Sucikan hati kita dengan perkara yang baik-baik seperti zikir-zikir dan simpanlah ketenangan yang mengembirakan hati sendiri. 


Sabtu, 26 November 2022

Adol Cakap Sedihnya...

 Oke ni sahaja sahaja jela nak menaip hari ni, setelah sekian lama aku tak merepek di blog. 

Beberapa hari lepas.

Adol : Mama nak air milo.

Aku : Air jarang jelah adol.

Adol : Sedihnyaaa.... 


Hahahahaa itu jela,

Ahad, 6 November 2022

Hari Ke - 2 buat kerja-kerja Pembinaan kecil.. RUANGAN NIAGA MUP ON PROGRESS 7.11.2022

Hari Ke - 2 buat kerja-kerja Pembinaan kecil..
RUANGAN NIAGA MUP ON PROGRESS 7.11.2022

Buat kerja sambil belajar...
Mujur jumpa dengan org tak kedekot ILmu..
Rezeki..
Setelah lebih beberapa org tanya Dan lawat tapak rumah Dan beri sebut harga "Ada yang mengatakan Kos lebih 22k siap semua." Dan ada juga yg Mulanya beritahu 4K finding je tanpa bumbung bila da dtg lagi sekali jadi 8K pulak". ada yang cakap sambung dapur kecik "4K", Ada yang nak repair sahaja kedai stor depan rumah sampai 8K" Dan ada yang cakap bin sahaja 3K siap dalam masa 2 hari. ..
Akhirnya panggil acik ni, Beli barang sendiri sahaja survey tempat harga paling rendah Dan Bayar Upah harian sahaja.. Disebabkan boleh Runding.. Ikotkan upah 300 sehari, Tapi inci Sumi cakap..Biar dia yang tolong acik ni sambil belajar.. Kos upah hanya 150 sahaja 1 hari..
Jimat sudah Kos upah, boleh lah beli barg lain..
NEXT Tak dapat cuti panjang dah..Dan slow slow kayuh dalam proses yang bakal di lalui pada masa akan datang.
Maybe lama gak nak siap.. Sebab modai banyak da abes tempat lain😂 Nanti akan usaha kan cari modai lagi.. Mudahan Akan terjadi ruangan MUP dengan sejuk mata memandang....
Buat masa ni ruang tamu rumah..Penuh dengan machine.. Jadi ruang tamu rumah pon tak de.. Akan dtg kalau da siap ur... baru lah ada ruang tamu.. Begitulah kehidupan..
Melalui satu satu fasa.. Dahulu dah dapat kedai majlis gemas, tapi tak jadi sewa, pindah pula Melaka.. Dahulu bengang .. Kenapa lah kena pindah melaka mengejot..
Setiap apa yang BERLAKU pasti ada hikmahnya... Apa yg Penting..Buat tanpa memberi Alasan..
Apa apa pun, Kena ada Matlamat.
isi masa masa yang ada, dengan perkara-perkara yang berfaedah...
Maju akan tiba, jika ada usaha. Cepat atau lambat..Serahkan pada Yang Maha Esa.
JUST DO IT.
SENANG TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK, TANPA ADA NYA PENGORBANAN...
KORBAN KAN MASA MASA MU PADA HARI INI.
Hidup tanpa hala tuju, ibarat Hidup sepérti kera di hutan...

#SemogaHabisHutangDiduniaDanAkhirat



 

Khamis, 27 Oktober 2022

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

 Cerita hari ni. Lepas abes kelas tajwid.

Aku sembang sembang lah,
Akupon cakap lah aku ni dah tak semangat nak niaga.. Aku nak robohkan aje kedai kecik depan umah tu.. Aku serabot kadang bila aku da semangat nak niaga, gadoh pula dengan laki, berbeza pendapat Dan aku stress jugak nak hadap mesen waktu Rosak. Kadang aku terpikir nak tukar bidang..
Aku pon cakap lah, aku tak nak dah buat printing..Aku nak tanam pokok pulak..Hahahahaha
Lepastu acik tu cakap kau tanam pokok..lagi lah susah . Kena makan ulat. Cuaca lagi..
Aku renungkan betul juga tu...
Pokok depan umah pon aku kadang malas nak siram..hahahaha
Memandang kan acik ni pon org bisnes aku mintak tips ... Dan dia bagi beberapa tips .. kursus. Production. Marketing. ledger /akaun .. siap lah last Kali kene daftar lhdn bayar zakat semua..Sikap .. Kalau ada pekerja kena tegas. oke aku pon dah dengar nasihat Dan Aku sebenarnya nak semangat aku balik... Sebab semangat aku ni hilang entah kemana .Rasa macam da malas sungguh nak niaga.
Tadi Aku dapat pesanan.
Jaga solat, ngaji hari hari. Dan Jaga hubungan Dengan Allah dengan Mak bapak tiap bulan tu sedekah... Serahkan semua pada Allah..
Yela tu, kadang punca serabot ni. Daripada tak jaga hubungan dengan Allah. Solat akhir waktu, kadang tak solat. huhu Berani betul jadi manusia sebegitu ek. Sok dah mati baru nak menyesal.
Ok dah ,
Tengah aku anto acik ni balik..
Acik ni pon cakap.. Hari hari buat sedekah subuh.. Aku cakap sebelum ni aku pernah buat..sekali je ..waktu puasa.. Lepastu tak buat dah.. Dah acik tu cakap..eh buat lah.. Mana boleh puasa je buat... Masukkan dalam tabung.. lepas tu bagi lah org susah.. Atau bubuh dekat masjid surau..
Aku cakap.baik Acik.
DAH sampai umah acik tu..Aku pon cakap lagi..Aku tak tahu sama ada aku nak pergi kursus tani tu ke x.. dah lah pompuan tak banyak.. laki je yg pegi situ banyak...Dan Sebab anak aku pon rombongan minggu depan.. Sama tarikh..
Acik tu cakap..Tak yah lah kursus tu
. Ko pegi je buat photostat ko tu .oke dah tu.. 🤣😂
Aku jadi confuse ..Dan aku pon ikot jelah Apa yang Allah tetapkan... Apa yang akan terjadi..Aku akan serahkan pada Allah..
Kisah dia... Semangat aku ni hilang Dari 18.10.2022 ..Ni semua gara gara Dari samsol lah ni.. Kalau dia tak buat aku..Takda lah aku jadi sebegini... Hilang deria aku nak niaga lagi.. Rasa macam tak de Guna hidup kat muka bumi..bahahahha
Allah temukan dengan Acik 2 orang ni.. Ada hikmahnya..Aku beserah sahaja pada Allah..
Aku da cakap.. Kalau Umor 40 tak jadi apa..emm tak tau lah..
Acik tu cakap.. Baru umor 31.. laki umor bape..aku cakap Umor 33.. .
Matlamat aku Dan samsol sama ..Nak niaga..Tapi selalu yg buat aku down.. Adalah punca bergaduh🤣🤣🤣😂 Modal dah beriban riban.. kang gadoh lagi.. Cam lahanat..
Tu aku cakap dengan Acik tu.. Insaf kejap saya.. pastu acik lagi sorang cakap.. ko jangan kejap je Insaf..hahahhaa 😆😆😆😆
Baiklah Acik.. Balik pada Allah..Serahkan segalanya pada Allah..Jaga Allah..Allah akan jaga kita.
SEKIAN DARI BUDAK DEGIL.. KEPALA BATU...
SETIAP APA YANG BERLAKU . PASTI ADA HIKMAHNYA..
MOHON DI TEMUKAN DENGAN ORG ORANG YANG BAWAK BALIK KE PANGKAL JALAN..

Rabu, 26 Oktober 2022

TERSANGAT LAH PANTAS MASA BERLALU. PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI.

 Sejak 18 Oct Aku da mogok dalam melakukan hal hal Berkaitan dengan PC..

😂😁 harini dah 27 Oct 2022.
TERSANGAT LAH PANTAS MASA BERLALU...
Tak puas Hidup . Macam baru Haritu aku umor 18. pejam celik pejam celik..Eh dah 31 Tahun ...
Zaman muda mudi fikir keseronokan tanpa memikirkan hal-hal yang mensesakkan Akal Fikiran.
Kesana kemari kesitu,
kalau masa boleh di putar.. Aku nak Duduk dekat Umur 18 je..hahahha ..
tapi apa kan Daya .. Waktu Dan masa begerak PANTAS..
Lalui dengan tenang.. Lakukan apa yang hendak dilakukan .
Kerana Waktu tidak akan terhenti..
yang tehenti adalah Nyawa yg bakal di cabut. Dan Malaikat maut datang mendekat.
OKE NYANYI LAH ---->
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
............................................................................................................................
Nak tak nak? lepas Mati..Berpindahlah ke Alam kubur ... alam Akhirat... Masih panjang nak lalui kehidupan selepas hidup di dunia.
Sediakan bekalan,
Istiqamah dalam menjadi sebuah kehidupan.
Nikmati kehidupan dengan melakukan aktivit Aktiviti yang bermanfaat.
kerana apabila sudah pergi.. Hanya tinggal Nama Dan Cerita yang telah di lakonkan di pentas Dunia...
cari sebanyaj Mungkin kenalan kenalan yang berpontensi.. Mudah Mudahan Selamat Di Akhirat kelak..
hidup di Dunia Hanyalah Sekejap sahaja...Dunia yang tidak kekal ..Dan Akhirat lah tempat yang kekal..
elakkan diri Dari menyombong diri..
Elakkan Dari berbangga diri...
Kerana Apa yang kita ada pada hari ni..
Hanyalah pinjaman Dari Yang Maha Esa..
BERSYUKURLAH...
Hari hari sentiasa perbaiki diri, kerana semua org pun hanya lah pendosa. Memandang kesilapan diri Dan baik diri sendiri..Tidak perlu memandang Dan mencari kesilapan orang lain untuk memuaskan hati sendiri...
1 hari di Tunjuk pada orang..4 hari akan berbalik pada diri sendiri... Semoga Semua orang dalam keadaan baik, sabar , tabah menghadapi ujian yang sedang di hadapi...
Kehidupan adalah sebuah perjalanan.. Jalani lah selagi Masih bernafas...
Tatkala Nafas sudah terhenti, berpindah lah ke Alam yang lain..
sekian Terima kasih...
PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI.

Selasa, 25 Oktober 2022

Menoleh ke belakang beberapa jam

 Hidup ni terkadang perlu menoleh ke belakang beberapa jam, kerana selepas menoleh ke belakang. Ia akan memperingatkan liku-liku permulaan kenali perniagaan yang telah di jalani.

Tarikh mulai jual tisu, Pada 2 Febuary 2014, Cermat tertib penulisan permulaan yang di buat. HAHAHA Entah sejak bila becelaru.
Permulaan itu adalah sebenarnya perangai. Kekalkan yang tertib, Kecelaruan yang berlalu jangan diulangi lagi, kerana jika di ulangi , ia akan bertambah menjadi haru biru.




SMILE ALWAYS WAJAH TAK DIMAMAH USIA

 Aku nengok makcik makcik umor 50 tahun, muda nya muka. Anak semua 30 an ke atas.

Menjadi sumber inpirasi gak ur, Nak senyum senyum , lepas senyum senyum. HAHAHAHHA.
SMILE ALWAYS.
POSITIF SELALU.
TENANG TENANG AIR DI LAUT,
TENANG LAGI AIR DI SUNGAI.
EH #TIBERRR !!!!!!!!
Mood beTegur sapa dengan org org. HAR HAR HAR ~ ^______________^' ~
Korang pun, jangan lupa SMILE ALWAYSS.
GELAK GELAK SELALU.
BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI.
KERANA BAHAGIA ENGKAU,
BUKAN PADA AKU. HAHAHAHA

DESIGN PILIHAN SUBLIMATION MUP

 ~HAI SELAMAT DATANG KE KEDAI ONLINE MUP~ size baju sublimation PILIHAN DESIGN SEDIA ADA!!!  PILIH DESIGN  PART - 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, @ 8 P...